Yang Terbaik dari Kelasnya: Katakan Hello kepada Samsung Galaxy A52s 5G ‘Next-Level’ Anda




Semua dilengkapi dengan kamera OIS beresolusi tinggi, paparan AMOLED yang sangat halus dengan kadar penyegaran 120Hz, kelajuan pengecasan yang sangat pantas 25W, dan pemproses baharu.

Kuala Lumpur, 17 September 2021 – Samsung Malaysia Electronics hari ini mengumumkan keluaran terbaharu, Galaxy A52s 5G, telefon pintar terbaik dari kelasnya yang memberi peluang kepada pengguna untuk memanfaatkan fungsi, prestasi, ketahanan dan gaya tanpa perlu memperbelanjakan duit dengan banyak. Kali ini, telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan 6'5" Infinity-O FHD+ Super AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, bateri 4.500mAh yang menyokong Pengecasan Pantas 25W, dan empat kamera belakang dengan kamera utama 64MP antara lain. Jadi, naik taraf hidup anda bersama Galaxy A52s 5G terbaharu dan ucapkan selamat tinggal kepada urusan harian yang bosan.

Pengembaraan Visual yang Menyeronokkan dengan Paparan yang Lancar

Tingkatkan penglihatan visual anda dengan paparan 6'5" Infinity-O Super AMOLED  yang bukan sahaja memberikan warna yang nyata dan realistik kepada penonton tetapi juga memberikan penglihatan yang terang dan lebih baik walaupun anda berada di luar. Sama ada anda bermain games, menstrim filem atau menonton video muzik artis kegemaran anda di YouTube, gambar skrin penuh dan kadar penyegaran 120Hz memberi anda pengalaman menonton yang halus dan tidak terganggu. Dilengkapi dengan chipset Snapdragon 778G, prestasi, kelajuan dan fungsi keseluruhan juga ditingkatkan – terutamanya untuk game yang lebih berat yang perlu memberikan perincian lebih baik. Terima kasih kepada Stereo Speakers baharu yang dilengkapi dengan Dolby ATMOS, penonton dapat membenamkan diri dalam audio 3D yang lebih asyik dan lebih kuat untuk ketika mendengar lagu kegemaran mereka.

Dengan keupayaan 5G , anda boleh memuat turun fail besar dengan pantas - seperti keseluruhan siri TV - dan data dalam sekelip mata sebaik sahaja 5G tersedia di Malaysia. Dengan kelajuan ultra-cepat dan latensi rendah, anda boleh bermain permainan dengan rakan anda, menonton siaran langsung sukan kegemaran anda atau memuat naik kandungan kreatif anda tanpa gangguan. Sekiranya anda bimbang bahawa semua itu akan menggunakan storan anda dengan banyak, jangan risau. Walaupun Galaxy A52s 5G sudah dilengkapi dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB , anda masih boleh meningkatkan storan anda sebanyak 1TB dengan kad microSD.

Kemudahan dan Fungsi Tidak Tandingan

Sama ada anda pelajar kolej yang sibuk atau baru mula bekerja, peranti ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4.500mAh yang boleh bertahan dengan lama . Sekiranya bateri anda mati di tengah hari kerana penggunaan yang tinggi, jangan risau. Keupayaan pengecasan pantas 25W  membolehkan peranti mengecas dengan cepat - dapatkan caj 50% hanya dalam 30 minit sahaja! - dan membolehkan anda kembali ke tugas harian anda dengan cepat. Dengan Power Saving Mode, bateri akan menganalisis rutin anda, mengoptimumkan sumber CPU dan mematikan data di latar belakang untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Sekiranya anda menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan suka mencuba sukan baru dan hobi yang berbeza, anda tidak perlu risau kerana Galaxy A52s 5G rintang air . Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda menggunakan housing kalis air untuk melindungi peranti anda dengan lebih baik dalam cuaca atau keadaan yang melampau. Selain itu, Galaxy A52s 5G dilengkapi dengan Gorilla Glass 5 yang tahan calar.

Bagi mereka yang suka kekal teratur, UI Core 3 memberi anda Quick Panel dan Home Screen yang dinamik yang membolehkan anda mendapatkan maklumat dengan cepat dalam satu tempat. Lebih menyeronokkan, anda juga dapat menyesuaikan latar belakang panggilan pada foto dan video pilihan anda. Untuk skrin kunci anda, anda dapat memilih hingga lima gambar sekaligus yang akan berubah secara automatik setiap kali anda membuka telefon anda. Untuk menyimpan dokumen peribadi dengan lebih selamat, platform keselamatan Samsung Knox melindungi data anda dan mengesan sebarang perubahan yang dibuat. Dengan Secure Folder, anda juga boleh menyimpan dokumen peribadi yang hanya dapat diakses dengan kata laluan atau cap jari anda.

Capat Hasil Profesional bersama Kamera OIS Resolusi Tinggi

Kamera utama 64MP F1.8 tidak akan mengecewakan mana-mana peminat fotografi - sama ada anda suka street fotografi, landskap atau mengambil gambar portret yang menakjubkan, kamera pada Galaxy A52s akan menjadikan pengalaman anda lebih mudah terima kasih kepada fungsi OIS (penstabilan imej optik) yang dapat mengurangkan pergerakan, secara tidak langsung membolehkan anda untuk menangkap gambar dengan terperinci dan jelas. Sekiranya anda gemar mengambil gambar pada waktu malam, maka anda bernasib baik! Kamera OIS memberikankan gambar yang lebih terang ketika dalam keadaan gelap sementara Night Mode pula menggabungkan 12 gambar menjadi satu untuk mencipta gambar yang stabil. Untuk menangkap lebih banyak cahaya, teknologi Tetra Binning juga menggabungkan empat piksel menjadi satu.

Selain itu, kamera Kedalaman dan Makro 5MP membolehkan anda menangkap tekstur dan perincian yang sangat halus ke dalam gambar anda - sempurna jika anda mengambil gambar kulit, makanan atau perincian pada pakaian anda. Oleh kerana bilangan bukaan F2.4 yang rendah, efek bokeh juga dapat dicapai dengan semula jadi di latar belakang. Lebih baik lagi, anda juga dapat menyesuaikan intensiti kesan kabur dengan Portrait Mode pada kamera Kedalaman, membuatkan subjek foto anda menonjol dengan lebih.

Jadi lebih kreatif dengan efek lensa. Dengan kerjasama Snapchat, Fun Mode membolehkan pengguna mengambil gambar dan merakam video dengan efek-efek Snapchat yang berbeza dari aplikasi kamera anda. Anda juga dapat edit gambar anda dengan filter tersendiri. Terokai identiti kreatif anda dan cipta sebanyak 99 filter yang disesuaikan dengan warna, tona dan estetika anda. Jangan lupa untuk mencubanya dengan kamera swafoto 32MP F2.2 juga!

Ia didatangkan dengan empat warna bergaya – Awesome Black dan Awesome White– dengan kemasan mat dengan harga runcit yang disyorkan RM1,899. Ia juga boleh didapati dengan hanya RM79.13/bulan dengan pelan ansuran 0% di Samsung Online Store . Sehingga 31 Oktober 2021, jika anda membeli Galaxy A52s 5G sekarang, anda akan dapat Clear Standing Cover bernilai RM109 secara percuma .




Spesifikasi Galaxy A52s 5G
###

Mengenai Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan transformasi idea dan teknologi. Samsung menjadi agen perubahan kepada dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, dan penyelesaian LED. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.



Post a Comment

0 Comments