DINAMIKA MIA LATEEFA MENERUSI ‘ANIMA’ & ‘ANIMA BELLA’


Puteri Pop Tanah Air Beraksi Lincah Dalam Single Pop Dansa Terbaharu Ciptaan Kayda Aziz Dan Rakan Dalam Dua Versi

KUALA LUMPUR, 2 December 2021 - Pendatang baharu berdarah kacukan Melayu-New Zealand, Mia Lateefa, 19, kembali merancakkan industri muzik tanah air dengan single pop dansa terbaharu berjudul ‘Anima’ yang dicipta oleh penyanyi rap wanita terkenal negara, Kayda Aziz, bersama rakan￾rakan komposer seperti Aiman Rijal, Christiana Chai dan Alwani Badaruddin, dan diterbitkan oleh Deep Faith, Entertainment

Bukan satu, bahkan dua single yang dilancarkan serentak, selain Anima yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu, Mia turut mempersembahkan ‘Anima Bella’ dalam Bahasa Inggeris bagi memenuhi 
selera pendengar di luar sana.

Terdahulu, Mia baharu sahaja meriliskan sebuah single berjudul ‘Nothing 2 Prove’ yang menampilkan aksi tarian ‘bersahaja’ bersama pelakon muda, Nadhir Nasar.

Minat menyanyi yang dimiliki Mia seawal usia 15 tahun bermula hanya dengan penghasilan lagu-lagu cover bersama teman-teman secara suka-suka, kemudiannya bertukar menjadi serius apabila beliau mula menghadiri kelas vokal secara profesional di Akademi Suara sehinggalah terlahirnya single pertama berjudul ‘Hujung Dunia’ dan disusuli pula dengan single ‘Nothing 2 Prove’ pada Nov tahun ini.

Bidang seni sememangnya sebati dalam diri saya, saya sangat suka menari dan menyanyi, dan apabila digabungkan kedua-duanya ada magis yang terhasil.

Dalam single Anima dan Anima Bella, saya cuba tonjolkan sisi yang lebih dewasa serta berani, dan lari dari imej keanak-anakan. Kini, saya lebih gemar bereksperimentasi dengan muzik demi menghasilkan bunyi ‘signature’ Mia Lateefa,” kata pemilik nama Mia Lateefa Keyte ini.


Anima bukan bermaksud ‘animasi’ seperti yang disangkakan tetapi bermaksud ‘jiwa’ dalam Bahasa Itali yang diangkat menjadi judul single terbaharu Mia.

Dalam lagu Anima serta Anima Bella ada sebahagian liriknya yang berbunyi ‘Sei la Mia anima gemella’ yang bermaksud ‘Mia, kamu adalah jiwa ku’ yang sering dituturkan oleh seorang ‘player’ yang cuba membuat mana-mana gadis setia bersamanya.

Lagu ini tiada kena-mengena dengan kisah peribadi saya, tetapi bagi sesiapa yang pernah mengalaminya, suba selamai liriknya dan saya pasti pendengar mengerti apa yang disampaikan,” katanya lagi.

Demo lagu yang diberikan oleh produser muzik, Dua Dua, pada mulanya ternyata menambat hati Mia dan mereka terus merangka proses seterusnya.


Peluang bekerjasama dengan komposer-komposer terkenal seperti Kayda ternyata sebuah pengalaman yang sangat berharga kerana banyak yang saya pelajari dari mereka. Dan mereka tidak lokek berkongsi ilmu dengan pendatang baru seperti saya.

Proses rakaman single Anima dan Anima Bella tidak memakan masa yang lama dan berlangsung dengan lancar,” tambahnya lagi.

Video muzik (MV) yang dilancarkan serentak dengan single Anima dan Anima Bella memaparkan jalan cerita yang menarik dengan tarian moden yang dikoreografikan oleh pereka tari muda berbakat besar.

Istimewanya MV Anima, terdapat bahagian satu dan dua, tetapi bagi MV Anima Bella pula, hanya ada satu bahagian sahaja.

“Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang telah dikhianati dan ditipu oleh lelaki yang dicintainya. Daripada terus menyalahkan gadis-gadis yang turut mengalami nasib yang sama, lebih baik tonjolkan ‘fantasi’ apa yang mereka mahukan sebenarnya”, kata Mia.

Selain bakat menyanyi yang dimiliki Mia, beliau juga gemar menari dan pernah menghasilkan MV di laman YouTube yang mempamerkan kebolehan menarinya dalam rentak tari kontemporari dengan 
begitu indah sekali.

Jika nak dibandingkan dengan single Hujung Dunia yang berentak balada pop, Anima dan Anima Bella lebih rancak dan punya dinamik yang tersendiri. Malah, sesiapa yang mendengarnya pasti berasa seronok untuk turut menari.

“Secara peribadi, saya lebih gemar menghasilkan muzik dalam genre R&B perlahan, dan kerana minat yang mendalam dalam bidang tarian, saya hasilkan irama yang boleh saya turut berdansa.

Menurut Puan Lin Hussain, selaku Pengarah Deep Faith Entertainment, "Single Anima jauh berbeza dari single pertama Hujung dunia. Dalam single terbaru ini, Mia mempamerkan kebolehan menarinya dengan baik ditambah dengan versatiliti nyanyiannya.

Selain itu, fesyen yang ditampilkan lebih edgy dengan personaliti yang menyenangkan. Diharap, pendengar dapat merasai semangat women empowerment yang diketengahkan menerusi single ini.

Bagi Encik Joe Saiful pula, iaitu Pengasas Joe PRC International, “Mia Lateefa adalah artis muda di bawah jagaan kami yang penuh berbakat dan mempunyai potensi besar dalam industri muzik Malaysia.

Sebagai publicist yang berpengalaman, saya boleh jangka sejauh mana seseorang artis itu mampu pergi dan saya nampak potensi tersebut dalam diri Mia.

Semoga single Anima dan Anima Bella dapat diterima ramai dan melonjakkan lagi nama Mia Lateefa sebaris dengan nama-nama besar di Malaysia.

Sebagai anak seni yang masih mengorak langkah dalam industri hiburan, Mia meminati Yuna kerana pencapaian yang diraihnya di peringkat antarabangsa.

Saya menjadikan Yuna sebagai idola saya kerana kerja keras yang dilakukannya membuahkan hasil sehingga berjaya menempa nama di luar negara, selain pernah bekerjasama dengan nama-nama besar industri muzik dunia.

Semoga single Anima dan Anima Bella menjadi titik tolak saya ke arah itu. Selain itu saya berharap agar single terbaru saya ini mendapat tempat di hati penggemar muzik dan membuatkan anda mahu 
bergoyang apabila mendengarnya,” akhiri Mia.

Lagu Anima dan Anima Bella boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube 
Music, KKBox dan Deezer.

Mia Lateefa - Anima Bella (Bahagian 1)

Mia Lateefa - Anima (Bahagian 2)

Manakala MV Anima bahagian pertama dan Anima Bella boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Warner Music Malaysia, dan MV Anima bahagia kedua pula boleh ditonton hanya di YouTube Mia Lateefa Keyte.


Tajuk: ANIMA
Artis: Mia Lateefa
Penulis Lirik : Kayda & Alwani Badaruddin
Komposer: Aiman Rijal & Christiana Chai
Penerbit: Deep Faith Entertainment

Intro
Hey Mia, show em watchu got
They ain’t ready for ya
Let’s go

Verse 1
Kau lepaskan ku hanya begitu saja
Ku bangkit semula sudah ternyata
Kau abaikan aku sejak mulanya
Kau muncul bila ku bersuara

Pre-Chorus
He said Mia be my bella
Sei la mia anima’gemella
Tak bisa lagi kau sakitkan hatiku
Got my girls slayin’ up in here
So, I don’t need you

Chorus
Tada tada ta… Tada tada tata
Tada tada ta… Tada tada ta
Takkan kembali… padamu
Tada tada ta… Tada tada tata
Tada tada ta… Tada tada ta
Takkan kau luka… hatiku

Verse 2
Ku lebih berani sendirian
Tidak risau kalau kesepian
Yang dekat padaku semua setia
Keep up with me boy better hurry up

Pre-Chorus

Pre-Chorus

Chorus

Bridge
Jiwaku dulu kau hanyutkan
Woah oh… Rasakan…
Lihatlah duniaku sewaktu kau hancurkan

Chorus
Tada tada ta… Tada tada tata
Takkan kau luka… oooohh

Outro
Hey Mia, Sing it for me now
Show em watchu got
Let’s go


Post a Comment

0 Comments