Volvo Buses serah 90 unit Volvo B8L – Bas dua (2) tingkat Euro 6 yang pertama di Malaysia

Volvo Buses berjaya menyerahkan lebih 90 unit bas dua tingkat Euro 6 yang pertama, Volvo B8L kepada Prasarana Malaysia Berhad.

Presentation of bus mock key (and group photo) from Karen Tan, Country Manager, Volvo Buses Malaysia to En. Mohd Azharuddin Mat Sah, President and Group Chief Executive Officer, Prasarana Malaysia Berhad. Standing at the centre witnessing the mock key handover is Dato' Seri Haji Mustafar Haji Ali, Prasarana Board Member and Chairman of Rapid Bus Sdn Bhd; (1st from left) En. Muhammad Yazurin Sallij, Chief Executive Officer of Rapid Bus Sdn Bhd; (2nd from left) Datin Hjh Norlia Hj Noah, Group Chief Operating Officer (Operations), Prasarana Malaysia Berhad; and (1st from right) Vikneswaran Subramaniam, Sales Manager, Volvo Buses Malaysia.

Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 – Volvo Buses hari ini mengumumkan kejayaan menyerahkan 90 unit bas dua tingkat Euro 6 yang pertama kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Detik bersejarah itu diraikan dalam satu majlis penyerahan rasmi. 

Bagi pihak Volvo Buses, kami sangat teruja untuk memperkenalkan teknologi Euro 6 ke Malaysia. Regulasi emisi kenderaan di Malaysia sekarang ialah Euro 3, tetapi rakan kami di Prasarana komited untuk mengurangkan tahap emisi di Malaysia dengan membeli bas Volvo B8L Euro 6 yang melebihi garis panduan regulasi tempatan,” kata Pengarah Volvo Buses Region APAC Central, Mats Nilsson

Pada akhir tahun 2017, Volvo Buses Malaysia telah dianugerahkan tender 90 unit bas dua tingkat oleh Prasarana, yang kemudian digunakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd untuk kegunaan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

Presentation of a crystal bus memento from Karen Tan, Country Manager, Volvo Buses Malaysia to En. Mohd Azharuddin Mat Sah, President and Group Chief Executive Officer, Prasarana Malaysia Berhad, as witnessed by Dato' Seri Haji Mustafar Haji Ali, Prasarana Board Member and Chairman of Rapid Bus Sdn Bhd.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, “Bas dua tingkat 12 meter Volvo B8L menawarkan penyelesaian terbaik kepada cabaran operasi kami. Dengan lebih banyak tempat duduk dan ruang berdiri, termasuklah satu kemudahan kerusi roda, setiap bas boleh membawa sehingga 110 orang penumpang pada satu-satu masa
 
Memandangkan kita kini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, Rapid Bus menjangkakan peningkatan jumlah penumpang daripada 10% kepada 20% pada waktu puncak, selain penambahan kapasiti bagi setiap perjalanan. Kini, lebih ramai penumpang boleh menaiki bas pada satu-satu masa, sekali gus dapat memendekkan tempoh menunggu,” tambahnya. 

Chasis Volvo B8L yang dikilangkan di Boras, Sweden telah diuji secara meluas di bandar-bandar seperti Hong Kong dan UK.

Dikuasakan oleh enjin D8K Volvo yang telah terbukti, B8L menawarkan berat keseluruhan lebih rendah, radius pusingan lebih kecil, gandar dan suspensi baharu yang memberikan kualiti pengendalian serta prestasi kenderaan terbaik. 

The first ever Euro 6 double deck buses, Volvo B8L, in Malaysia

Manfaat Euro 6 
Kenderaan Euro 6 mampu mengurang emisi bahan partikel yang merupakan elemen partikel pepejal atau cecair mikroskopik yang terperangkap dalam atmosfera Bumi sebanyak 0.02 hingga 0.01. Ia juga mengurangkan jumlah nitrogen oksida yang dilepaskan ke udara daripada 2.0 hingga 0.4.

Penjagaan Alam Sekitar merupakan salah satu nilai utama Volvo Group. Kami percaya kepada penyelesaian pengangkutan yang bersih, senyap dan efisien. Seterusnya menawarkan kemungkinan baru sepenuhnya kepada pelanggan untuk kehidupan dan pembangunan bandar moden yang lestari,” kata Pengurus Negara Volvo Buses Malaysia, Karen Tan.

(From left) En. Muhammad Yazurin Sallij, Chief Executive Officer of Rapid Bus Sdn Bhd; Datin Hjh Norlia Hj Noah, Group Chief Operating Officer (Operations), Prasarana Malaysia Berhad; En. Mohd Azharuddin Mat Sah, President and Group Chief Executive Officer, Prasarana Malaysia Berhad; Dato' Seri Haji Mustafar Haji Ali, Prasarana Board Member and Chairman of Rapid Bus Sdn Bhd; Karen Tan, Country Manager, Volvo Buses Malaysia; and Vikneswaran Subramaniam, Sales Manager, Volvo Buses Malaysia.

Fakta mengenai Volvo B8L
✓ Enjin Volvo D8K 350hp 
✓ Kotak gear automatik dengan kuasa tork 1,400 atau 1,600Nm
✓ Gandar belakang dan konfigurasi tali pacuan baharu 
✓ Auksiliari elektrik yang menjimatkan penggunaan bahan api 
✓ Sistem pengurusan minyak bagi memastikan tahap minyak yang optimum 
✓ Pengurangan berat sehingga 600kg 
✓ Stereng hidraulik berkuasa elektrik 

Dipasang di dalam negara oleh Pioneer Coachbuilders Sdn Bhd, bas dua tangkat Euro 6 ini menawarkan kuasa 350hp dan dibina dengan kapasiti 22 tan, mempunyai panjang 12 meter dan setinggi 4.2 meter. Badannya dihasilkan oleh Gemilang Coachwork Sdn Bhd dengan keupayaan membawa penumpang seramai 110 orang. Bas-bas itu dilengkapi tanjakan untuk kerusi roda serta tempat duduk bagi ibu dan anak. Bas B8L meneruskan fokus Volvo ke atas aspek keselamatan melalui beberapa ciri dipasang sebagai peralatan standard. Antaranya ialah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Elektronik (EBS) dan pengehad pecutan. Chasisnya juga dipasang dengan sistem telematik Volvo yang sudah terbukti, ia membolehkan pengendali mengakses data kenderaan pada masa sebenar. 

Volvo Buses ingin mengucapkan terima kasih kepada Prasarana di atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan. Selain mengucapkan tahniah kepada penumpang di Malaysia untuk perjalanan harian yang menyenangkan! 

Mengenai Volvo Buses

Volvo Buses merupakan salah satu pengeluar bas utama di dunia yang fokus kepada kenderaan dan sistem demi kelestaran pengangkutan awam dalam jangka masa panjang. Rangkaian produknya terdiri daripada penyelesaian pengangkutan yang menyeluruh, bas bandar, bas antara banda dan bas pelancong. Ia juga menawarkan perkhidmatan pembiayaan, servis, diagnostik kenderaan dan maklumat trafik. Volvo Buses ialah sebahagian daripada Volvo Group, salah satu peneraju pengeluaran trak, bas dan mesin-mesin pembinaan, selain sistem pacuan untuk aplikasi marin dan industri. Volvo Group juga menawarkan penyelesaian pembiayaan penuh. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.volvobuses.com

Post a Comment

0 Comments