Boost Mencatatkan Pendapatan Dua Kali Ganda, Bersedia Meningkatkan Pengembangan dan Pertumbuhan di Asia Tenggara


Berbekalkan idaman menjadi bank digital, Boost berhasrat menjadi penyedia perkhidmatan fintech untuk pengguna dan peniaga di Asia Tenggara melalui pelan peluasan serantau

Kuala Lumpur, 26 Januari 2022 – Selepas setahun yang luar biasa dari segi pertumbuhan pendapatan dan inovasi produk, Boost, anak syarikat fintech Axiata, kini tekad memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan berkembang di peringkat rantau. Meniti evolusi daripada pelantar pembayaran digital kepada syarikat fintech spektrum penuh, Boost berhasrat menjadi bank digital bagi memenuhi keperluan pengguna dan peniaga di serata Asia Tenggara (SEA).

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Semenjak memulakan operasi pada 2017, misi kami adalah untuk memenuhi keperluan mereka yang kurang mendapat liputan kewangan, melalui pelantar teknologi boleh skala.  Sepanjang empat tahun, kami telah memperkasakan operasi dan memperkukuhkan kebolehan memenuhi keperluan kewangan pengguna dan perniagaan kecil. Kini, perniagaan fintech kami dikendalikan oleh lima jenama berbeza – Boost Life, Boost Biz, Boost Credit, Boost Connect dan Boost Indonesia, dapat menjadikan kami antara kelompok kecil syarikat fintech yang menawarkan perkhidmatan pembayaran, peminjaman, solusi perniagaan dan pengiriman wang rentas sempadan berskala besar di Malaysia. Kami bangga menjadi perintis dan penggerak perkhidmatan yang kini digunapakai sebagai solusi arus perdana, seperti pembayaran melalui kod QR dan solusi peminjaman kredit alternatif bagi perusahaan mikro.”


Renungan
Pada 2020, Boost memperoleh pelaburan strategik bernilai USD70 juta dari Great Eastern untuk kepemilikan 21.875% perniagaan bagi memacu dan memperluas solusi fintech di serantau.

Setahun kemudian pada Jun 2021, Axiata dan RHB menubuhkan konsortium untuk memohon lesen perbankan digital dari Bank Negara Malaysia. Sebagai rakan ekuiti konsortium, Boost kelak memiliki pecahan majoriti sebanyak 60%, manakala RHB akan memiliki baki 40% Bank Digital. Melangkah lebih jauh ke arah menjadi Bank Digital, Boost turut menjadi pemohon lesen perbankan digital yang pertama untuk menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, berkaitan jaminan bank digital mungkin.  

Boost juga bekerjasama dengan GHL, Lazada dan foodpanda untuk menawarkan solusi mikro-pembiayaan seperti modal kerja, pembiayaan rantaian bekalan dan pembiayaan invois, selain daripada produk insurans mikro kepada Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) melalui Boost Credit.

Di peringkat rantau, Boost giat meluaskan skala perniagaan. Dengan Indonesia sebagai jentera pertumbuhan utama, pada Mei 2021, Boost selesai pengambilalihan ekuiti sebanyak 68.75% dengan nilai pertimbangan keseluruhan sebanyak USD 5.25 juta (RM21.57 juta) di syarikat berlesen dari Indonesia, PT Creative Mobile Adventure. PT Creative Mobile Adventure menjalankan perniagaan pembiayaan model rantaian bekalan telekomunikasi di bawah jenama KIMO. Sepanjang pandemik ini, Boost Indonesia telah mencatatkan pertumbuhan 5X tahun-ke-tahun dengan pengagihan pembiayaan lebih daripada IDR 250 bilion sebulan, menjadikannya salah satu operasi pembiayaan antara rakan setara (P2P) terbesar di seluruh Indonesia.

Selain itu, perniagaan perkhidmatan kandungan rentas sempadan Boost, dikendalikan oleh Boost Connect, turut mencatatkan pertumbuhan menggalakkan sepanjang setahun yang lalu. Pada Januari 2021, Boost Connect melancarkan Storefront untuk Smart Cambodia, bagi memasuki pasaran baucar permainan pintar. Pada Mei 2021, Boost melancarkan pelantar bundling untuk permainan dan tawaran hiburan yang lain melalui kerjasama dengan Celcom. Enam bulan kemudian, Boost pula melancarkan ‘Game Connect’ untuk Boost Life yang menyasarkan penggiat e-permainan yang mencari baucar dan peralatan permainan di satu lokasi.

Boost Connect kini mempunyai sekitar satu billion pelanggan dan lebih daripada 100 rakan digital. Nilai Transaksi Kasar (GTV) tumbuh sebanyak 60% tahun-ke-tahun (YoY) manakala pendapatan bersih meningkat sebanyak 88% pada 2021 berbanding 2020. Sementara itu, perniagaan fintech keseluruhan Boost mencatatkan pertumbuhan angka ‘topline’ YoY sebanyak dua kali ganda. Pada 2021, ia mencatatkan GTV sebanyak RM4,911 juta, lebih daripada dua kali ganda GTV pada 2019 dan peningkatan 30% berbanding 2020.

“Perniagaan rentas sempadan Boost semakin berkembang sepanjang dua tahun yang lalu. Kami sentiasa memikirkan produk baharu yang mengujakan untuk ditawar kepada penggiat permainan dan penggemar program hiburan. Tahun ini, pengguna boleh menjangkakan kemudahan bertambah di Google Play dan langganan kepada TVB serta penyedia perkhidmatan video streaming yang terkenal,” kata Raja Mansukhani, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Connect.


Evolusi Boost
Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, perkhidmatan kewangan digital dijangka berkembang pesat di Asia Tenggara. Menurut Laporan e-Conomy SEA 2021, peluang digital di rantau ini kian mencanak, mencatatkan 60 juta pengguna digital baharu di ekonomi internet semenjak pandemik bermula.
 
Trend meningkat ini turut dilihat di data pertumbuhan pengguna dan peniaga Boost di Malaysia. Menjelang penghujung 2021, pangkalan pengguna Boost meningkat sehingga lebih daripada 9.6 juta. Boost juga mencatatkan pertumbuhan rangkaian peniaga hampir dua kali ganda, mencecah lebih daripada 438,000 peniaga berbanding penghujung 2020.

Menurut laporan tersebut, satu daripada setiap tiga PKS berasa yang mereka tidak mungkin dapat meneruskan operasi ketika pandemik, jika tiada pelantar digital. Boost telah mengambil langkah untuk memastikan PKSM di rantau ini memiliki akses kepada perkakas transformasi digital. Melalui perniagaan peniaga Boost, Boost Biz, syarikat telah mencipta ekosistem yang memudahkan peniaga beralih daripada luar talian kepada dalam talian. Boost Business Payment Link mencatatkan pertumbuhan GTV sebanyak 90% dari 2020 ke 2021.

Laporan e-Conomy SEA 2021 turut menyatakan yang perkhidmatan kewangan digital, terutamanya peminjaman, akan terus berkembang pesat sehingga 2025. Di peringkat rantau, bilangan pinjaman meningkat sebanyak 48% dari 2020 sehingga 2021, dan dijangka mencatatkan momentum pertumbuhan sebanyak 31% sehingga 2025. Ini adalah salah satu sektor di mana Boost memiliki rancangan kukuh untuk menumpukan pertumbuhan. Pada 2021 sahaja, pinjaman yang diberi Boost Credit di Indonesia dan Malaysia menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan jumlah GTV keseluruhan pinjaman yang diberikan masing-masing meningkat sekitar 13x dan 55x sepanjang tempoh dua tahun dari 2020 ke 2021.  

Selain itu, nisbah pinjaman tidak berbayar dari Malaysia dan Indonesia kekal satu digit dan masing-masing kurang daripada 3% dan 1%, meskipun tempoh dua tahun yang lalu cukup mencabar. Dengan itu, Boost Credit menerima penarafan awal A1 stabil dan lestari dari RAM Ratings.


2022 dan seterusnya
Di fasa seterusnya, Boost akan mengutamakan peluasan solusi Buy-Now-Pay-Later (BNPL) pada 2022. Boost berpotensi khas untuk menguasai segmen pasaran ini di Malaysia, kerana sudah sedia memiliki ciri-ciri asas untuk membina perniagaan: pangkalan pengguna yang besar dan aktif, rangkaian peniaga yang luas, infrastruktur penyelesaian dan pembayaran, dan kebolehan digital menaja jamin dan mengumpul yang terbaik dalam pasaran.

Boost juga akan memperluaskan pelantar B2B untuk membolehkan PKS lebih rancak menyertai ekonomi digital. Baru-baru ini, Boost melancarkan pelantar penghantaran makanan bernama Boost Makan, dan kini sedang merancang pelancaran pelantar khusus untuk PKS memperoleh bahan mentah pada harga yang berdaya saing. Selain itu, tumpuan turut disalurkan kepada menambahbaik kebolehfungsian dan keupayaan app peniaga supaya para peniaga dapat memanfaatkan analitik dan pemahaman bagi mengembangkan skala perniagaan mereka.

Untuk pengguna, kerjasama dengan Mastercard yang baru diumumkan akan menumpukan pengeluaran kad prabayar fizikal dan maya tahun ini.

Peluang perniagaan untuk Boost melalui kerjasama dengan Mastercard adalah luarbiasa, memandangkan lebih daripada 65% transaksi tambah nilai di dalam akan eDompet Boost dilakukan melalui perbankan dalam talian. Ini merupakan pangkalan pengguna mungkin yang boleh memanfaatkan kemudahan memiliki kad prabayar fizikal atau maya untuk transaksi mereka, selain perbelanjaan di eDompet,” kata Karthik Bhaskaran, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Boost.

Boost juga akan melabur untuk berkongsi manfaat dengan pelanggan pada 2022 dan seterusnya. Inisiatif terbaharu adalah suntikan nafas baharu kepada BoostUP, program kesetiaan berdasarkan tiga prinsip – meningkatkan nilai intrinsik program kesetiaan melalui pelbagai jenis ganjaran, struktur pemerolehan yang lebih telus dan mudah, serta membolehkan sistem anjakan tingkat yang lebih mudah.  

Satu tinjauan oleh pengguna Boost menunjukkan yang seramai 75% menyukai program kesetiaan yang diberi nafas baharu, manakala 80% berpendapat ia lebih mudah dan senang difahami.  Semenjak dilancarkan tahun lalu, kadar pendapatan purata telah meningkat dua kali ganda. Lebih memberangsangkan lagi, penebusan purata juga meningkat dua kali ganda, menunjukkan penyertaan meningkat dalam kalangan pengguna program Boost UP.  

Dengan tersusunnya langkah untuk perluasan serantau, 2022 dan tahun-tahun mendatang bakal menjadi tempoh yang mengujakan untuk Boost, berbekalkan matlamat menjadi pejuang fintech untuk PKSM di peringkat rantau. Sebahagian besar rancangan syarikat adalah untuk mengulangi kandungan ‘playbook’ di pasaran baharu, di mana Asia Selatan dan Bangladesh terutamanya menawarkan peluang bertapak yang menarik.  

Kami sudah melangkah jauh daripada permulaan sebagai eDompet, kemudian menceburi perniagaan peminjaman melalui Boost Credit. Hari ini, kami membentangkan cadangan kukuh sebagai penyedia perkhidmatan fintech, beserta pengalaman luas sebagai pemberi pinjaman skala besar dengan perniagaan eDompet dan perniagaan pembayaran rentas sempadan yang menguntungkan. Jika permohonan lesen bank digital kami berjaya, ia akan membolehkan perniagaan fintech kami mara ke fasa seterusnya, memenuhi cita-cita kami untuk menjadi penggerak fintech spektrum penuh bagi membina ekosistem digital terangkum buat pengguna dan peniaga di seluruh rantau,” kata Sheyantha menutup kata.  

###

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau
‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Post a Comment

0 Comments