KOPETRO Hulur Sumbangan Kepada BAD INDIGO & ASHIRA


KUALA LUMPUR - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM 7,000.00 kepada pasangan Bad Indigo dan Ashira, bekas peserta Gegar Vaganza 7, hari ini di rumah
pasangan tersebut di Puchong. Sumbangan yang ditujukan kepada Sharifah Nur Ashira atau lebih dikenali sebagai Ashira pada asalnya merupakan sebuah tajaan pakej bulan madu bagi meraikan pasangan tersebut. Namun disebabkan oleh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sepanjang April sehingga Oktober yang lalu serta keadaan kesihatan Bad Indigo yang tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan, pasangan ini tidak mampu untuk melancong, maka KOPETRO telah mengambil keputusan untuk menukar
tajaan pakej percutian bulan madu mereka kepada sumbangan wang tunai bagi
membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, yang ditemui sewaktu menyampaikan cek sumbangan tunai kepada pasangan ini berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban Bad Indigo dan Ashira dalam menanggung kos perubatan Bad Indigo lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang belum lagi mengizinkan mereka untuk menjana pendapatan.

Bad Indigo dan Ashira merupakan bekas peserta Gegar Vaganza 7, telah
melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 11 Mac 2021 dan kemudiannya disandingkan dalam program Gegar Vaganza Raya terbitan Astro pada musim Aidilfitri yang lalu. Mengikut perancangan asal, Bad dan Ashira sepatutnya diterbangkan ke Langkawi selama 4 hari 3 malam untuk percutian bulan madu mereka, tajaan KOPETRO Travel & Tour, sebuah anak syarikat kepada KOPETRO.

Berpengalaman lebih 35 tahun dalam pengurusan pelancongan dan percutian dengan, KOPETRO Travel mempunyai rakan kongsi di serata dunia, menjadikannya pusat sehenti yang dapat menawarkan pelbagai servis pelancongan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Travel layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut:

KOPETRO Travel:

###

MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO)

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30
Oktober 1980 dianggotai 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Keanggotaan & Servis Kewangan, Perdagangan & Peruncitan, Pelancongan dan Perhotelan, dan juga Makanan dan Minuman.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 5 Koperasi
Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, iaitu anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk butiran lanjut mengenai syarikat atau ikuti akaun media sosial berikut:


MENGENAI KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menjadi agensi yang mengurus servis
pelancongan, dan juga percutian. Dengan pengalaman dalam perniagaan pelancongan, dan nilai tambah yang komprehensif dalam rangkaian perkhidmatan perjalanan, percutian pelanggan akan menjadi lebih mudah.

Post a Comment

0 Comments