Perasmian LKE Industri DURIAN NEGARA Program LEGASI DURIAN Yang Patuhi Syariah - NANASX Dengan Kerjasama TARUC


JABATAN PERTANIAN MEMUJI KOMITMEN LKE UNTUK MENYEMARAKKAN INDUSTRI DURIAN NEGARA DENGAN PROGRAM LEGASI PERKONGSIAN DURIAN YANG PATUH SYARIAH - NANASX 

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2022 - Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan telah merasmikan Program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama LKE Musang Queen yang dinamakan Phase 5: NanasX. Sempena program ini, LKE Group Sdn. Bhd (LKE) bekerjasama dengan Kolej; Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC).

Demi menjalankan kajian terhadap kaedah yang paling efektif untuk membesarkan dan menjaga pokok durian secara saintifik sebagai usaha untuk meningkatkan industri dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi ideal untuk pengeksportan durian secara global. 


Dengan peningkatan permintaan untuk durian premium, LKE Musang Queen membolehkan para rakan kongsi mengakses pasaran melalui tanah pegangan bebas seluas 200 ekar mereka. Projek ini mempunyai 20 fasa, dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium. 

Ini hanya dibolehkan kepada bakal rakan kongsi setelah pokok di dalam kawasan terbabit mencapai usia 1 tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya. Ini menunjukkan ketelusan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko yang diambil para rakan kongsi. 


Dengan pelancaran ‘Phase 5: NanasX’ yang menghasilkan durian Blackthorn dan Musang King di kawasan seluas 5 ekar, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Encik Jeremy Chin mengumumkan komitmen syarikatnya untuk mempamerkan kebolehpercayaan dengan mematuhi undang-undang syariah.

Beliau berkata, “Di LKE, kami telah mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan di dalam operasi, antaranya adalah pematuhan syariah. Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa LKE Musang Queen adalah program perkongsian durian legasi patuh syariah yang pertama di Malaysia, sekaligus memberi kelebihan kepada para rakan kongsi kami.” 


Kami sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan kami, kerana semua projek kami memberikan tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi. Satu (1) lagi aspek yang memberi manfaat kepada rakan kongsi projek LKE Musang Queen adalah LKE Legacy Plan. Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas, rakan kongsi dibolehkan untuk mewaris pegangan mereka kepada ahli keluarga yang lain untuk meraih pulangan yang lumayan pada masa akan datang,” tambah beliau. 


LKE turut mengumumkan kerjasama bersama TARUC untuk menjalankan program kajian menggunakan sampel tanah untuk menyelidik kesan pembolehubah terhadap perkembangan dan kesihatan pokok durian. Melalui program ini, LKE berniat untuk memahami dengan lebih menyeluruh kaedah saintifik yang terbaik untuk membesarkan dan menjaga pokok durian dengan harapan untuk menemukan kaedah baru sekaligus membangunkan industri secara menyeluruh. 


Dengan ini, Malaysia mampu untuk memenuhi permintaan durian untuk pasaran global secara efektif, di mana ianya dijangka mencecah USD30 billion menjelang 2025

YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian berkata, “Saya yakin dan percaya bahawa adaptasi teknologi pertanian moden di sepanjang rantaian nilai dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran buah durian tempatan untuk pasaran global.

Pendekatan yang dilaksanakan oleh LKE bertepatan dengan sinergi pintar bagi memacu pembangunan ekosistem pertanian lestari melalui kerjasama erat antara jabatan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta yang dapat memaksimumkan nilai kemampanan ekonomi sektor agromakanan negara.” 
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lkegroup.com.my/lke-musang-queen/

###
Mengenai LKE Grou: Sdn Bhd.
LKE Group Sdn Bhd ialah pemaju pertanian terkemuka yang berdedikasi untuk mempromosikan pertanian, meningkatkan ekonomi tempatan dan memelihara warisannya. Segmen operasi teras kami terdiri daripada LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm dan LKE Bio Ginger Farm.

#LKEGroup #IndustiDurianNegara #Perasmian #Legasi #PatuhSyariah #NanasX #Bentong

Capture By: Samsung Galaxy S22+ Series Samsung #GalaxyS22Plus #Flagship #SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments