Filem Review: PENGABDI SETAN 2 - COMMUNION ...Dahulu Sangat Dark! Kini Sangat Keliru dan Makin Seram!


Pengabdi Setan 2: Communion adalah sebuah filem seram Indonesia pada tahun 2022 yang disutradarai dan ditulis oleh Joko Anwar sebagai sekuel dari film tahun 2017, Pengabdi Setan. Film yang ditayangkan di bioskop pada bulan Ogos 2022 ini masih dibintangi oleh para pelakon dari film pertamanya juga

PELAKON : Tara Basro, Bront Palarae, Jourdy Pranata, Endy Arfian
PENGARAH : Joko Anwar
BAHASA Indonesia
GENRE : Horror
KLASIFIKASI : 18
DURASI MASA : 119 mins


Sinopsis:
rini (Tara Basro), adik-beradiknya, Toni (Endy Arfian) dan Bondi (Nasar Anuz), bersama bapa mereka, Bahri (Bront Palarae) tinggal di sebuah apartmen beberapa tahun selepas mereka berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian ngeri yang menyebabkan mereka kehilangan ibu mereka, iaitu Mawarni (Ayu Laksmi), danbongsu, Ian (Muhammad Adhiyat).


Mereka tinggal di rumah pangsa yang ramai orang tinggal, jadi mereka berasa selamat jika sesuatu berlaku. Walau bagaimanapun, mereka tidak lama lagi menyedari bahawa hidup dengan ramai orang juga boleh menjadi sangat berbahaya jika mereka tidak begitu mengenali siapa jiran mereka. Pada malam yang penuh ketakutan, Rini dan keluarganya mesti pulang untuk menyelamatkan diri.


REVIEW:  Sebelum ini MegatzRevieW telah menyaksikan Filem Pertama Pengabdi Setan, ia Agak Dark Filem agak sukses.... Manakala untuk yang Sekuel kedua ini ia ada Unsur Seram, Komedi dan pencarian Klue disebalik misteri. Hmmm Mengenai Communion ini baru saya difahamkan kerana Comm (Komuniti) dan Union beramai didalam rumah flat bertingkat.


Filem kedua ini turut juga memiliki unsur  Iluminati diterapkan didalam filem kedua ini. tetapi ia masih tidak mengecewakan penonton. Apa yang difahamkan oleh saya ketika waktu selepas preview diadakan Video Online secara Google Meet bersama rakan media di pawagam GSC MidValley mengadakan sesi Sidang Media Online berasama Joko Anwar, Bront Palarae dan lagi 3 orang pelakon disana.

Pengarah Joko Anwar juga berkata jikalau filem sekuel ini berjaya ia akan membuat sekuel ke-3! Mengenai rumah flat lama ditinggalkan ia amat benar kerana pengarah mengunakan kawasan perumahan yang ditinggalkan terbiar ia adalah lokasi filem sekuel ke-2 Pengabdi Setan 2: Communion ini. Kerana saya minat ingin menyaksikan kerana ia ada Bront Palarae didalam ini!

Apa yang boleh MegatzRevieW kata filem sekuel ke-2 ini amat tidak mengecewakan juga kerana dipermulaan jalan cerita juga amat menarik minat kita untuk menyaksikan... pada yang penakut tu silalah ke pawagam diwaktu pagi dan petang kerana saya tau peminat cerita seram sentiasa ada hihihi.MegatzRevieW boleh bagi Rating 3.5/5 Bintang!


Post a Comment

0 Comments