Persembahan Amal RHYTHM OF LEGENDS Live In Concerts Himpun Artis Terkenal, Bantu Golongan Memerlukan Berlangsung Di Dewan Plenary KLCC


KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2022 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2019 lalu memberi impak besar dari segi ekonomi dan kehidupan harian rakyat dalam negara. Ramai yang terjejas hingga ada antaranya yang menderita. 

Tidak hanya itu, banjir besar melanda di beberapa negeri pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini cukup meresahkan jiwa dan raga. Dapat dilihat, kesusahan di merata tempat, menagih simpati dan ihsan daripada mereka yang berkemampuan. 

Majlis Sidang Media konsert Rhythm of Legends Di Istana Budaya.(Bawah) Sudyr Tahir Emcee Majlis.


Bersimpati dengan nasib yang menimpa, syarikat pengurusan acara CS Excellent dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Drug Free Malaysia tampil menganjurkan persembahan amal Rhythm of Legends yang bakal bertangsung di Dewan Plenarry KLCC, jam 8.30 malam, pada 29 dan 30 Oktober depan. 

Menariknya, konsert amal Rhythm Of Legends menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Zamani, Mawi, One Nation Emcee, Asmidar dan Rojer Kajol

(Bawah) Rojer Kajol Persembahan Pembukaan di Majlis Sidang Media konsert Rhythm of Legends Di Istana Budaya.

Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar berkata, tujuan dan matlamat utama konsert Rhythm of Legends diadakan dalah untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada enam (6) NGO, tabung amal, banjir, golongan asnaf dan artis veteran

“Konsert ini adalah persembahan amai yang mana kita nak mengutip dana. Penganjuran acara ini kami berkolaborasi dengan NGO Drug Free Malaysia. Kami menyasarkan 50 peratus hasil kutipan konsert disalurkan kepada-enam (6) badan NGO, tabung amal, tabung banjir dan asnaf. 

(Atas) Asmidar & Rojer Kajol | Zamani Persembahan di Majlis Sidang Media konsert Rhythm of Legends Di Istana Budaya.

*Tidak dilupakan juga, golongan artis veteran yang terkesan sama. Kita tahu, mereka ini juga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama. Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka. Jadi, dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki dengan banyak pihak. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh. 

Rhythm of Legends ini adalah persembahan kedua terbesar yang kami buat. Sebetum ini kami turut menjalankan acara sama iaitu Rock The City di Melaka membabitkan artis antaranya Caprice, Hujan, Bunkface, MK Clique, Joe Flizzow dan ramai lagi pada Februari 2020. Sepanjang hampir lima (5) tahun bergiat aktif dalam bidang ini, ada banyak juga program lain yang sudah kami buat,” katanya. 

Sesi Sidang Media konsert Rhythm of Legends bersama Datuk Hattan, Zamani, Rojer Kajol dan One Nation Emcees Di Istana Budaya.

Berkongsi mengenai pemilihan artis, Marinatasha yang juga pengarah program bagi konsert Rhythm of Legends mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kesudian mereka menerima tawaran bagi menjayakan persembahan amal itu, 

“Sebelum ini ada ramai artis lain juga yang kami jemput untuk terbabit sama, tapi hanya yang tersenarai ini saja yang berkelapangan untuk persembahan dua (2) hari itu. Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal. 

Temubual secara 1 To 1 bersama (Atas) Datuk Hattan, (Bawah) Zamani di Majlis Sidang Media Konsert Rhythm of Legends Di Istana Budaya.

Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep dimana persembahan akan diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (Istana Budaya) di bawah pimpinan Encik Yazid Zakaria. Jadi, selain daripada lagu-lagu popular daripada koleksi album artis itu sendiri, mereka turut akan menyampaikan lagu-lagu popular artis terkemuka yang lain dengan gabungan elemen alat muzik moden dan tradisional yang menjadi kepakaran OTM yang pastinya akan memberi suatu kelainan dan kepuasan kepada penonton,” katanya. 

Menurut Marinatasha yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia, pihaknya turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang. 

Datuk Hattan, Zamani, Rojer Kajol dan One Nation Emcees bersama Sponsor Konsert Di Dewan Plenary KLCC - Sidang Media konsert Rhythm of Legends Di Istana Budaya.

Dalam masa sama, Marinatasha mengajak orang ramai untuk membeli tiket sekaligus boleh berhibur dan menderma

“Sebelum PKP lagi saya bersama Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia terbabit dalam beberapa program amal. Malah, saya bersama seorang lagi Pengarah Urusan CS Excellent iaitu Qhal Iskandar dan Presiden DFM, Dr Khairudin Aziz, memang aktif. Jadi, apabila PKP dilaksanakan dapat dilihat banyak terjejas dari segi pendapatan, pekerjaan dan banyak lagi.


“Apabila kita sudah masuk fasa endemik dan boleh buat konsert, itu yang kami merancang untuk mengadakan persembahan amal berkonsepkan konsert. Macam dikatakan tadi, ia bertujuan untuk berkongsi rezeki. Tak banyak sikit, apa yang penting hasitnya nanti dapat memberi manfaat kepada pihak yang memertukan. 

Kepada pembeli tiket nanti, mereka bukan saja boleh berhibur tapi juga beramal. Justeru, kami turut mengalualukan dan membuka kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan jika mahu menaja dan menyumbang,” katanya. 

Rhythm of Legends bakal dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Saraya Arbi

Berikut harga tiket menyaksikan Rhythm of Legends: 

Meet & Greet : RM979.00
Diamond         : RM879.00
Gold                 : RM679.00
Silver                : RM579.00
Bronze             : RM479.00
Premium 1      : RM379.00
Premium 2      : RM279.00
Premium 3      : RM179 00 

###

#RhythmofLegends #LiveInConcerts #SidangMedia #DewanPlenaryKLCC #DatukHattan #Zamani #Mawi #OneNationEmcee #Asmidar #RojerKajol #IstanaBudayaBilikNilamSari

Capture By: Samsung Galaxy A53 5G Series
Samsung #GalaxyA535G #Midrange #SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments