Persatuan Pemiagaan Malaysia (FMBA) dalam usaha sama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sentiasa bekerjasama dan membantu sekiranya berlaku bencana alam

KUALA LUMPUR, 4 November 2022 - Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) telah ditubuhkan sebagai Kumpulan Kelangsungan Perniagaan. lanya adalah yang terbesar dan satu-satunya suara kolektif bersatu bagi semua perniagaan yang beroperasi di Malaysia dan telah menganjurkan lebih daripada sedozen forum, sidang media dan dewan pemiagaan, mewakili lebih daripada 500,000 perniagaan merangkumi semua sektor. 

Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan tiga (3) teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa dalam melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanahair. 


Gabungan Persatuan Pemiagaan Malaysia (FMBA) dalam usaha sama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sentiasa bekerjasama dan membantu sekiranya berlaku bencana alam di sekitar Malaysia mahupun di luar negara. Tamsilnya, bantuan-bantuan berbentuk makanan dan minuman bagi yang terkesan dan memerlukan semasa wabak pandemik Covid-19.

Tidak terkecuali juga, bantuan berbentuk pengumpulan dana dan juga program CSR yang telah dilaksanakan bagi membantu dan meringankan beban penduduk terkesan semasa berlakunya bencana banjir yang memberi impak kepada hampir seluruh rakyat Malaysia pada tahun lepas. 


Antara Jun dan Ogos 2022, Pakistan mengalami hujan monsun yang menyebabkan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh Pakistan. Selain beribu-ribu nyawa yang terkorban, Pakistan juga telah menanggung kerugian berbilion dolar dalam bentuk fizikal dan ekonomi. Menurut Bank Dunia, Pakistan telah menanggung kerugian ekonomi sebanyak USD 30 Bilion dan memerlukan USD 16 Bilion untuk pembinaan semula. 

Bersama-sama, FMBA & YPN telah mengumpul RM52,657.00 sebagai bantuan kepada Pakistan pada masa yang sukar ini. Dana yang dikumpul akan diberikan kepada Pakistan melalui Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia. Yang Amat Berhormat Puan Amna Baloch, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia menerima sumbangan melalui cek palsu pada 4 November 2022 di Roti by d'Tandoor. 


Selaras dengan usaha menyediakan bantuan bencana, FMBA & YPN telah menubuhkan tabung baharu sebagai kontigensi untuk memberi bantuan segera kepada rakyat Malaysia sekiranya berlaku kejadian malang banjir semasa Tempoh Monsun yang sedang berlangsung di Malaysia. 

FEDERATION OF MALAYSIAN BUSINESS ASSOCIATIONS (FMBA)

Post a Comment

0 Comments