Viu Malaysia Umum Lima Viu Original Bagi Tahun 2023

Acara Viu Upfront yang julung kali diadakan memperkenalkan senarai kandungan bagi tahun 2023, termasuk lima karya asli tempatan 

PCCW (SEHK:0008) - KUALA LUMPUR, 24 NOVEMBER 2022 - Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka PCCW mengumumkan lima drama Viu Original yang bakal disiarkan pada tahun 2023. Tahun selepas pasca pandemik setelah ia mendapat pengiktirafan dari pemain industri dan pengguna untuk produksi tempatannya. 

Pengumuman ini telah dibuat di acara Viu Upfront yang diadakan buat julung kalinya, dengan kehadiran pelbagai pinak termasuk agensi media utama, rakan kongsi, pelanggan dan pihak berkepentingan dalam industri filem dan seni tanahair. 


Encik Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia berkata, “Viu sudah lama ingin menganjurkan acara ini, namun terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik. Di penghujung tahun 2022 inilah masa yang sesuai kami mengadakan Viu Upfront untuk berkongsi tentang pencapaian Viu sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023 daripada sudut kandungan kepada rakan kongsi dan pihak berkepentingan di dalam industri.” 


2023 akan dimulakan dengan tayangan Viu Original Nenek Bongkok Tiga yang sememangnya sangat dinantikan ramai. Drama ini merupakan kisah seram melibatkan unsur ghaib yang telahpun menjadi bualan ramai di media sosial. Produksi bagi drama ini melibatkan pengarah terkemuka, Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit, Zurina Ramli yang sebelum ini menghasilkan drama Viu Original She was Pretty, sebuah drama yang meraih populariti pada tahun 2022. Nenek Bongkok Tiga menampilkan gabungan mantap pelakon baharu dan lama dalam bidang lakonan tanahair seperti Meerqeen, Sara Ali, Sofia Jane, Sherlis Merlis dan tayangannya dijangka bermula pada awal tahun 2023. 


Berikutan kejayaan adaptasi K-drama Viu seperti Black dan She Was Pretty, Viu akan menghasilkan satu lagi drama adaptasi daripada sebuah drama _ fantasi romantik, W: Two Worlds, yang dibintangi oleh pelakon dan model, Hun Haqeem dan penyanyi, pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha. Siri ini juga bakal diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramli. 

Drama-drama lain daripada pelbagai genre berbeza yang akan disiarkan pada tahun 2023 termasuklah sebuah drama sains fiksyen psikologi mendebarkan bertajuk Alter-naratif, diarahkan oleh pengarah terkemuka Faizal Ishak (/steri Misteri, Juvana, Nur Kasih) yang menampilkan pelakon-pelakon berbakat seperti Nabila Huda, Neera Azizi, Liyana Jasmay, Rahim Omar dan Gambit Saifullah. Satu lagi adalah drama keluarga yang menonjolkan nilai cinta dan tanggungjawab, iman dan penebusan dosa yang dihasilkan oleh Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan, Akulah Balgis, Perempuan Melayu Terakhir) bertajuk Terlanjur Cinta. Drama Dear Karma pula dihasilkan dengan latarbelakang lokasi di Malaysia dan Jepun dan diterbitkan oleh RedComm Productions, yang cukup dikenali sebagai syarikat produksi yang menghasilkan filem hit seperti Go/ Dan Gincu, Istanbul Aku Datang!, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Kami Histeria. 


Makiumat lanjut mengenai drama-drama yang disebutkan di atas boleh dirujuk di Lampiran. 

Drama-drama ini dan lain-lain lagi boleh didapati di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, dan TV pintar terpilin serta laman web www.viu.com


Imbasan 2022 

2022 merupakan tahun kejayaan bagi Viu Malaysia dengan drama She Was Pretty dan Seribu Nina memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan di Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) dan lain-lain anugerah. Kedua-dua drama ini merupakan antara lima drama Viu Original yang ditayangkan pada tahun 2022. Diana Danielle memenangi anugerah Pemenang Peringkat Nasional Persembahan Komedi Terbaik (Malaysia) untuk watak Nadia Rahman yang dipegang beliau dalam She Was Pretty. Selain itu, pemuzik tempatan, Amylea dan Bajai yang menghasilkan lagu Bintang menjadi Pemenang Peringkat Nasional Lagu Tema Terbaik (Malaysia) yang dimainkan dalam drama yang sama. 


Pada masa sama, Seribu Nina turut merangkul anugerah Pemenang Peringkat Nasional Program Original oleh Platform Penstriman/OTT Terbaik (Malaysia). Kedua-dua karya ini akan terus mewakili Malaysia di peringkat akhir Anugerah Akademi Kreatif Asia yang bakal diadakan di Singapura pada Disember nanti. 

////

Nenek Bongkok Tiga 


Apabila lapan orang terjaga di dalam sebuah rumah agam yang dihuni seorang nenek bongkok tua. Tidak lama kemudian, mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan, bukan sahaja di dalam rumah tersebut dan hutan kelilingnya, tetapi juga berada di dalam dimensi yang tidak dikenali. Dengan ancaman jahat yang semakin bahaya, kelapan-lapan tebusan tersebut terpaksa memenangi siri permainan yang dicipta oleh nenek dengan harapan mereka dapat kembali ke kehidupan sebelumnya suatu hari nanti... 

Membawa kembali gabungan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli (Viu Original She Was Pretty), Nenek Bongkok Tiga menampilkan barisan pelakon baharu dan juga yang berpengalaman di persada lakonan Malaysia, termasuk Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, serta Sherie Merlis dan Sofia Jane. 

Alter-naratif 


Alter-naratif mengisahkan sebuah syarikat yang terkenal dengan inovasinya dalam bidang mengubah ingatan - kebolehan memadam ingatan dan menggantinya dengan kenangan tiruan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mel Ilsa, memperjuangkan teknologi baharu ini sebagai masa depan psikoterapi, membantu mangsa trauma membina semula kehidupan mereka. Tetapi apabila Mel mula pitam dan mengalami halusinasi, dia mula mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah. Siasatannya mendedahkan korupsi syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali Jenayah yang berlaku 20 tahun lalu. Tetapi siapa yang boleh Mel percayai bila beliau sendiri tidak yakin tentang identiti beliau sendiri? 

Diarahkan oleh Faisal Ishak (Isteri Misteri, Juvana, Nur Kasih), drama_ thriller psikologi ini menampilkan para pelakon berbakat Nabila Huda, Neera Azizi, Liyana Jasmay, Rahim Omar dan Gambit Saifullah. 


Terlanjur Cinta 

Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah bernama Salleh, dari penjara dan menyelamatkan keluarganya dari belenggu kemiskinan, Hidayah menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid. Ini menyebabkan Hidayah mengenepikan percintaan beliau dengan rakannya, Amir. Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa dan menawan menyebabkan Hidayah jatuh cinta padanya. Walaubagaimanapun, harapan Hidayah untuk bahagia berkecai apabila Pak Majid kembali daripada kerja luarnya bersama isteri kedua. Kini, Hidayah perlu berjuang untuk mengekalkan kehidupan baharunya. Sementara itu, 

Amir yang menunggu Hidayah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Hidayah. 

Sebuah drama keluarga yang kuat tentang cinta, kewajipan, iman dan penebusan, Terlanjur Cinta merupakan satu karya Eirma Fatima (Pesan Dari Tuhan, Akulah Balqis, Perempuan Melayu Terakhir). 

Dear Karma 

Kisah ini mengenai Karma, seorang idealis yang berusaha menjadi influencer barangan kecantikan. Tanpa dijangka, beliau diterima bekerja di Jepun bersama kawannya, Bianca, seorang pelakon yang ingin memulihkan kembali imejnya yang berpasangan dengan Bob, teman lelaki dan juruvideonya yang mesra _ tetapi membosankan. Mereka bertiga ke Saga, Jepun, dan bertemu Sham, seorang bekas peguam yang menjadi perantis pembuat tembikar di sana. Pertembungan budaya dan personaliti mula bergolak di antara keempat-empat watak unik ini, dengan personaliti dan agenda masing-masing sewaktu perjalanan ini. 

Dear Karma akan diterbitkan oleh RedComm Productions, yang dikenali dengan filem hit seperti Gol Dan Gincu, Istanbul Aku Datang!, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Kami Histeria. 


W: Two Worlds 

Berikutan kejayaan adaptasi K-drama Viu seperti Black dan She Was Pretty, Viu akan menghasilkan satu lagi adaptasi drama fantasi percintaan Korea popular - W:Two Worlds. 

Selepas bapa Ika (pencipta siri webtoon popular W) hilang tanpa jejak, usaha Ika mencarinya membawanya ke dalam dunia webtoon, di mana beliau menyelamatkan nyawa watak utama, Aliff. Disebabkan ini, watak Ika mula muncul di dalam cerita webtoon tersebut dan mula berfungsi sebagai realiti sebenar. Aliff sedang memburu pembunuh keluarganya sepuluh tahun lalu. Beliau mula sedar bahawa takdirnya dan Ika saling berkait, tanpa menyedari bahawa beliau hanyalah watak webtoon. Apabila dua dunia ini bertembung, bermulanya pelbagai situasi di luar jangkaan yang membawa kepada konflik dan percintaan. 

W: Two Worlds dibintangi oleh Hun Hageem dan Daiyan Trisha. Siri ini akan diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan diterbitkan oleh Zurina Ramii. 

###

Tentang Viu 
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan 60.7 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Ogos 2022. 

Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan). Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original’. 

Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra pengguna, dan boleh disambungkan ke _ pelbagai peranti n. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet. 

Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com. 

Bukan itu sahaja, Viu International Limited, melalui anak syarikat Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert popular secara langsung di Hong Kong. 

Tentang PCCW Limited 
PCCW Limited (SEHK: 0008) ialah syarikat telekomunikasi, media, solusi IT, pembangunan dan pelaburan hartanah serta perniagaan lain antarabangsa yang berpusat di Hong Kong. 

Syarikat ini memegang saham majoriti HKT Trust and HKT Limited, pembekal perkhidmatan telekomunikasi terulung di Hong Kong dan juga pengendali terkemuka talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih dan perkhidmatan hiburan media. HKT membekalkan solusi berintegrasi menggunakan teknologi baru untuk membantu perusahaan dalam menambah baik perniagaan mereka. HKT juga telah membina ekosistem digital berintegrasi dengan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, Analisis Data Besar, teknologi kewangan dan perkhidmatan teknologi kesihatan untuk mengeratkan hubungannya dengan pelanggan. 

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video over-the-top (“OTT”) secara tempatan dan serantau, penghasilan kandungan, pengurusan artis dan pengurusan acara. 

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW juga mengendalikan perkhidmatan TV percuma domestik di Hong Kong. 

PCCW juga memiliki PCCW Solutions, penyedia servis luar perkhidmatan IT dan perniagaan yang terkemuka di Hong Kong, China dan Asia Tenggara. 

Selain itu, PCCW juga memegang kepentingan dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara lain. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PCCW, sila layari www.occw.com 

======

#viuUpfront2023 #LaunchScreening #KLConventionCentre #Hall4

Capture By: Samsung #GalaxyS22Plus #DexMode #Flagship #SamsungMalaysia

Post a Comment

0 Comments