Lebih 25 Penyanyi Sertai program “ DARI KAWAN UNTUK KAWAN “


"Jam Untuk Ibnor Riza & Zaiton Sameon “

Dua figura ikonik hiburan 80-an iaitu Ibnor Riza dan Zaiton Sameon kini dirundung 
malang dan tidak dapat meneruskan kerjaya mereka selaku penyanyi yang menjadi mata pencarian mereka.

Ibnor Riza baru-baru ini disahkan mengalami kanser , vocal cord palsy, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal manakala Zaiton Sameon pula mengalami OKU fizikal selepas disahkan doktor mengalami keadaan dipanggil traumatic brain injuries akibat kemalangan lebih 30 tahun yang lalu.

Atas sifat prihatin , lebih 25 penghibur seperjuangan berkolaborasi bagi mengadakan Jam Session secara santai dalam format “Busking” yang diselenggarakan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan Kesenian Pelancongan dan Sukan DBKL bagi tujuan kutipan amal ini.

Kami rakan-rakan seperjuangan amat bersimpati diatas keadaan yang menimpa 
Ibnor , rakan sepentas puluhan tahun dan mendapati beliau tidak lagi mampu menyanyi seperti biasa. Dengan demikian kami cuba merealisasikan acara ini dan tak sangka lebih 25 rakan-rakan seperjuangan menunjukkan komitmen untuk membantu didalam persembahan santai ini . Kami tahu beliau amat-amat memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos rawatan dan juga kos sampingan . Juga kutipan ini bakal diserahkan juga bagi membantu Kak Zaiton Sameon “ Ujar Datin Salwa Abdul Rahman .

Dengan demikian kami ingin menjemput semua peminat seni tanahair untuk bersama-sama pada Ahad ini 19 Mac 2023 bermula jam 12.00 Tengahari hingga 5.00 Petang di Santai Seni@TAR di Jalan Tunku Abdul Rahman - berhadapan KAMDAR.

Para artis yang terlibat terdiri dari Rohana Jalil . Datin Salwa Abd Rahman, Zur Eda, Haiza, Salimah Mahmood , Isma AF , Rizal Ahmad ,Azian Mazwan, Rina Eva, Sheeda, Wan Chapters, Syed Aziz, Jaafar Onn , A.Razak Ismail, Helmi Gimmick , B3rtiga Band , Radhi Khalid ,Afee Utopia , Dato Malek Ridzuan , Shah Efendy , Aris Ariwatann ,Hasnol GV, Isa Gravity , Nas Adila dan Azmir Arif .

Bagi yang tidak dapat hadir boleh juga menyumbang melalui butiran akaun seperti berikut :
No. Akaun : 3108024130 (Public Bank)
Nama Akaun: Persatuan Karyawan

Sebarang pertanyaan sila hubungi 0147176276 ( Amad )

Post a Comment

0 Comments