POLIS EVO 3 RAIH LEBIH RM41 JUTA; FILEM NO 1 KUTIPAN TERTINGGI TAHUN 2023!


Ketepikan Filem-Filem Francais Antarabangsa’

Kuala Lumpur, 6 Jun 2023 – Filem arahan Syafiq Yusof, Polis Evo 3 terus mendahului kutipan pawagam dengan RM41.3 juta dalam tempoh 12 hari termasuk tayangan awal, lantas menjadikan filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures sebagai filem No 1 kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia, sekali gus mengetepikan francais-francais besar antarabangsa yang pernah mendominasi kutipan tertinggi di pawagam tanah air.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami amat berbesar hati atas pencapaian luar biasa Polis Evo 3 setakat ini. Meskipun banyak filem baru dari francais popular Hollywood di pawagam ketika ini, namun karya tempatan masih mampu memberi saingan sengit. Kejayaan ini terhasil daripada sokongan penonton, merekalah faktor utama dalam gelombang fenomena Polis Evo 3.Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pawagam yang banyak beri sokongan, kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan meluas serta semua penonton Polis Evo 3 seluruh Malaysia serta barisan pelakon yang memberikan komitmen tinggi dalam mempromosikan filem ini!”

Filem Tempatan Lagi Kuat Boh!

Sementara itu, siri jelajah hujung minggu lalu diadakan di Kedah, Penang, dan Perak dengan dibanjiri anggaran kehadiran lebih 100 ribu peminat. Kehadiran pelakon utama Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan serta pengarah Syafiq Yusof dan penerbit Joel Soh disambut meriah. Demam Polis Evo 3 telah mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tempatan.

Barisan pelakon Polis Evo 3 bergambar dengan peminat yang hadir di siri jelajah Polis Evo 3 di Utara.
 
Barisan pelakon Polis Evo 3 bergambar dengan peminat yang hadir di siri jelajah Polis Evo 3 di Utara
  
Antara perkongsian peminat yang bertemu barisan pelakon di siri jelajah Polis Evo 3 di Utara


Ikuti siri jelajah Polis Evo 3 seterusnya 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. 14, 15, 16, 17, 18 Jun di Sabah dan Sarawak. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.

Filem arahan Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi. 

Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Post a Comment

0 Comments