ASTRO STUDIOS BAKAL MELONJAKKAN MALAYSIA SEBAGAI HUB KANDUNGAN SERANTAU


KUALA LUMPUR, 16 April 2024 - Astro Malaysia Holdings Bhd. dengan berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Astro Studios Sdn. Bhd. (ASSB) kini dilancarkan sebagai "Astro Studios", iaitu satu rangkaian perkhidmatan produksi penyiaran, pasca-produksi, dan reko bentuk visual bertaraf dunia, kepada para penghasil kandungan layar di Malaysia dan juga di seluruh dunia. 

Astro Studios menawarkan rangkaian perkhidmatan bersepadu kepada pora pencerita, penerbit, dan pengarah. Antara khidmat yang ditawarkan termasukiah teknologi terkini seperti produksi maya XR (Extended Reality) yang dikuasakan dengan “Unreal Engine”, penyelesaian video IP inovatif untuk produksi penyiaran jorak jauh yang berkualiti tinggi, dan khidmat posco-produksi audio-visual bagi keperluan pawagam, penyiaran, dan penstriman yang dibikin dalam format Dolby Vision dan Dolby Atmos. 


CEO Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, "Pelancaron pado hari ini telah menzahirkan niat Astro untuk melonjokkon industri kreatif negara ke aras yang lebih tinggi

Astro sememangnya sentiasa dikenali sebogai peneraju dalam teknolog, penyiaran, dan produksi, yang telah mengecopi pelbogai pencapaian penting buat negara. 

Justeru, pelancaran Astro Studios sebagai sebuoh enjin pemacu untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi utama produksi kandungan di negara dan juga sebagai hub kandungan berkualiti tinggi di rantau ini adalah merupakan satu langkah yang lazim buat kami. Sarat dengan bakat-bakat fuar biasa dalam komuniti pelbagai kaum, yang di dokong oleh teknologi bertaraf dunia, saya yakin Malaysia mampu menjadi sebuah sensasi dalam penghasilan kandungan. Lantaran itu, Astro Studios adalah pendorong utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi industri kreatif negara. 


Dengan penubuhan Astro Studios, para pencipta kandungan tempatan dan antarabangsa kini dapat memanfaatkan rangkaian perkhidmatan yang soma seperti yang dinikmati oleh pasukan dalaman Astro. Kami percaya tawaran ini sangat menarik serta mampu memberikan mereka akses kepada pasukan yang inovatif & sebuah “1-stop-shop” yang moden pada kadar yang menarik.” 

Astro Studios terdiri daripada tiga unit utama - Astro Productions, Astro Sound+Vision, dan Astro Design+Motion. 

Ketua Astro Studios, Leon Tan berkata, "Setiap unit di Astro Studios menawarkan perkhidmatan premium yang meskipun unik, masih berkongsi alir kerja yang berintegrasi. Ini membolehkan kami berdaya cekap dalam menangani pelbagai keperluan produksi media pada hari ini." 


"Pada dasarnya, Astro Studios adalah artis dan seniman yang mana hasil kerjanya merentasi rangkuman bidang produksi, pasca-produksi, dan reka bentuk. Kami mahu menambat dan mencipta pengalaman pembikinan media, yang menjangkaui sempadan, bahasa, dan imaginasi, termasuk di layar, di pentas, di rumah dan juga di seluruh dunia." 

Acara pelancaran hari ini disaksikan oleh pelbagai pemegang taruh industri, termasuk Kementerian Komunikasi, FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), Moontoon Games, MyCreative Ventures, Iskandar Malaysia Studios, Disney+ Hotstar dan ramai lagi. 

Astro Productions berupaya untuk mengendalikan produksi siaran langsung dan rakaman samada dalam studio ataupun secara jarak jauh, dengan menggunakan set studio ataupun set maya XR. Antara produksi sedia ada yang masih berterusan adalah termasuk liputan Liga Perdana Inggeris Astro dan Liga Bola Sepak Malaysia, dan “Family Fued Malaysia” yang dibikin secora maya buat julung kali dalam sejarah 48 tahun rancangan permainan televisyen antarabangsa terbabit. 


Astro Sound+Vision pula menyediakan khidmat pasca-produksi visual dan audio yang lengkap dan padu buat keperluan filem, siri, dokumentari, iklan, dan kandungan media yang lain-lain, untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman. Perkhidmatan ini termasuk “online edit”, “colour grading”, “full digital lab services”, “4K/HDR output”, reka bunyi, folei, kejuruteraan audio, rakaman di lokasi/studio dan adunan akhir yang dibikin lengkap dalam format Dolby Vision dan Dolby Atmos. 

Astro Design+Motion dibarisi artis serta pereka grafik, animasi, dan persekitaran XR untuk memenuhi keperluan produksi fizikal dan maya, samada di layar atau di pentas, yang dikuasakan dengan perisian grafik “Unreal Engine”. Antara pelanggan utama adalah termasuk Moonton Games, iaitu pengendali permainan video "Mobile Legends" yang terkemuka di Asia Tenggara. 

Bagi mendalami Astro Studios dan perkhidmatannya secara menyeluruh, sila lawati laman web: https://studios.astro.com.my/

Post a Comment

0 Comments