Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee


60% pengguna mengutamakan platform yang mempunyai ciri pencarian mudah dan review pengguna lain

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 - Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’ mendedahkan 60% responden mengutamakan platform yang mempunyai ciri pencarian mudah, fungsi perbandingan, dan review yang membantu, diikuti rapat informasi produk komprehensif dan boleh dipercayai. Ini menekankan kepentingan membina platform mesra pengguna yang dipenuhi dengan kepelbagaian produk, rekomendasi professional, dan review pengguna untuk menawan Gen Z. 

Mengetengahkan habit mereka yang sering melakukan kajian, 30% Gen Z mempunyai strategi untuk pembelian, di mana mereka menangguh pembelian 70% barangan mereka dengan meninggalkannya di ‘cart’ untuk melakukan kajian menyeluruh sebelum komited untuk membeli. Ini menunjukkan kepentingan dalam membina persekitaran yang mesra kajian yang termasuk menawarkan pelbagai cara untuk mengkaji produk yang merangkumi rekomendasi professional dan memupuk review pengguna. 

Walaupun kemudahan kajian adalah penting, process ‘checkout’ yang mudah juga sama penting. Apabila ditanya “Apakah yang akan meningkatkan kemungkinan untuk anda untuk ‘check out’ dengan segera?” 6 dalam 10 pembeli-belah Gen Z memberi fokus kepada ciri pengalaman pengguna seperti peringatan produk stok kembali, tawaran kilat, dan aplikasi baucar. Tambahan lagi, kemudahan untuk membatalkan pesanan dan alatan untuk membuat perbandingan harga juga diberi fokus. 40% selebihnya mencari platform khidmat penghantaran efisien untuk memuktamadkan pembelian. 

Gen Z meletakkan keutamaan terhadap memaksimakan nilai terhadap keputusan pembelian mereka. PEnghantaran percuma, harga kompetitif, promosi menarik, diskaun dan baucar adalah sumber motivasi kritikal buat 83% reponden, menunjukkan fokus mereka untuk memastikan perbelanjaan wang mereka adalah berbaloi. Menariknya, kualiti produk bukan faktor utama apabila melakukan pembelian. 


Kajian Shopee juga mendedahkan bahawa pengguna Gen Z sangat bergantung kepada review pengguna dan khidmat pelanggan sepanjang perjalanan pembelian mereka. Lebih 75% aktif mencari review dari pengguna dan pakar sebelum membuat pembelian. Menguatkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri chat dan perbandingan produk juga merupakan praktis lazim Gen Z. Yang selebihnya menggunakan Shopee Live dan Shopee Video untuk maklumat produk dan keputusan pembelian. 

Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia berkata, “Kami faham Gen Z membawakan peluang penting untuk berkembang. Ciri platform mesra pengguna kami seperti Shopee Live memperkasakan pengguna dengan informasi melebihi penyenaraian produk seperti review dan demonstrasi produk secara lnangsung. Ianya memupuk perhubungan antara penjual dan pembeli, membolehkan kerpercayaan dibina dalam setiap interaksi. Pengalaman yang hiper peribadi ini berfungsi sebagai servis tambah-nilai, membina kesetiaan jenama berjangka masa panjang dalam demografi yang semakin berkembang ini.” 

Khidmat pelanggan kekal sebagai kunci perbezaan. Pada 2023, Shopee meraikan 98% kadar kejayaan dalam menyelesaikan kes dalam masa 30 saat iaitu 80% kadar kepuasan pelanggan, sebuah pencapaian industri. Ini menekankan permintaan Gen Z untuk pengalaman kajian yang lancar disertai khidmat pelanggan terbaik untuk pengalaman membeli-belah dalam talian yang sukses. 

Shopee mengutamakan kepuasan pengguna melalui fungsi pencarian yang sentiasa dikemaskini, menggunakannya untuk menganalisis pencarian pengguna dan tabiat pembelian. Enjin rekomendasi platform diperibadikan untuk cadangan produk, memastikan pengalaman membeli-belah diperibadikan untuk setiap pengguna. Tambahan lagi, Shopee Live memperkasakan pengguna untuk berhubung dengan jenama dan penjual dengan chat secara langsung yang mesra pengguna. Ciri ini memupuk interaksi secara langsung dan demonstrasi produk yang menguatkan keyakinan pengguna dalam setiap pembelian.

###

About Shopee
Shopee is the leading e-commerce platform in Southeast Asia & Taiwan. Shopee promotes an inclusive and sustainable digital ecosystem by enabling businesses to digitalise and grow their online presence, helping more people access and benefit from digital services, and uplifting local communities.

Shopee offers an easy, secure, and engaging experience that is enjoyed by millions of people daily. Shopee is also a key contributor to the region’s digital economy with a firm commitment to helping homegrown brands and entrepreneurs succeed in e-commerce.

Shopee is part of Sea Limited (NYSE: SE), a leading global consumer internet company. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology through its three core businesses: Shopee, Garena and SeaMoney.

Post a Comment

0 Comments