Jenama QLogo telah dilancarkan secara rasmi bertempat di The Gardens Mall, Kuala Lumpur


Pada acara perasmian Qlogo baru-baru ini para tetamu jemputan diberi taklimat pengenalan perkhidmatan yang ditawarkan QLogo,analisis warna peribadi. 

Analisis bentuk tubuh/wajah,dan dipertontonkan video lawatan membeli belah bersama Stylist anjuran Qlogo.


Demonstrasi perkhidmatan Qlogo turut  diadakan bagi memperlihatkan sendiri kepada para tetamu yang hadir.

Aki Tokuda, pengasas Qlogo dan Aboveu Sdn Bhd telah membentangkan projek terkini jenama Qlogo di Malaysia.


Beliau berharap dengan pembukaan rasmi cawangan Qlogo di The Gardens Mall ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya untuk merasai sendiri pengalaman perkhidmatan Qlogo .

Aki Tokuda, pengasas Qlogo dan Aboveu Sdn Bhd 

Menurut Aki Tokuda,perkhidmatan yang ditawarkan Qlogo ini cukup profesional dan memberi kepuasan tersendiri kepada para pelanggan khususnya dalam aspek imej,fashion dan penampilan diri.

Qlogo kini membuat tawaran promosi istimewa diskaun 20 % sehingga 11 Mei 2024.

Maklumat lanjut berkenaan Qlogo boleh didapati melalui :-

Instagram: QLOGO_STYLING

Post a Comment

0 Comments