Faith Fleur buat Erra Fazira jatuh cinta lagi! - Duta Produk

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2020: Hampir tiga (3) dekad bergelar anak seni hingga pernah diberi jolokan primadona filem Melayu, Erra Fazira hingga kini tetap relevan serta ampuh di liganya yang tersendiri. Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 46, ini juga antara yang terus diberi kepercayaan mewakili jenama sesebuah produk. 

Terbaharu, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh (7) kali sejak 1994 ini bersetuju menerima Iamaran jenama Faith Fleur® mewakili set rangkaian produk rambut. Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun Ialu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017.

Linda Onn Emcee di Majlis Pelancaran Produk Faith Fleur® di Menara KL
Siti Mariam Abd Samad (pengasas) Faith Fleur® By CtyMary

“Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi. ”Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua (2) kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara. ”Paling utama ialah rambut saya sejak kebelakangan ini yang kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan. 

”Dulu kalau mencuci rambut dengan syampu rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan ada Faith Fleur di sisi,” katanya. Bagi pelantun Iagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.

ERRA FAZIRA Sebagai Duta Produk Faith Fleur 2020
IPPO HAFIZ Sebagai Penyanyi Lagu Tema Produk Faith Fleur®

Apatah lagi jenama berkenaan juga berani menyunting Erra menjadi duta pertama di kalangan artis untuk wakilan produk mereka. ”Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia Malaysia dan dihasilkan bumiputera. 

”Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang ”Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama 'ini. Moga dengan pelantikan saya in'i sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama in'i melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas,” kata Erra. Mengenai pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat. 


"Pada akhirnya saya percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif. ”Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambutnya dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi. ”Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan,” katanya. Pelakon filem Polis EVO 2 ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara. 

”Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Iagi. ”Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi.

ERRA FAZIRA Duta Produk Faith Fleur® By CtyMary ketika bersama pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama)

”Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah ,” katanya. Sementara itu, Faith Fleur adalah produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh CtyMary Resources Sdn Bhd. Ia diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama). Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Satu (1) lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018. Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan France iaitu bermaksud bunga.

Sesi Q&A Bersama Erra Fazira dan Pengasas Produk Faith Fleur® By CtyMary

Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur® ke peringkat lebih tinggi. ”Beliau sememangnya seorang yang dikenali ramai dan mempunyai kredibiliti terutamanya dalam penggunaan produk yang dipakainya. Persetujuan Erra mewakili jenama ini setelah beliau merasai sendiri perbezaan dalam menggunakan rangkaian produk ini," kata Siti Mariam Abd Samad yang juga anak didik mentor keusahawanan Dr Azizan Osman.

Diantara Produk Keluaran Faith Fleur® ialah, HAIR SERUM, SHAMPOO & CONDITIONER, TONIC dan yang terbaru Keluaran 2020 iaitu HAIR MIST!

Erra telah mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan setahun Iagi selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017 Iagi. 

HARGA DI PASARAN PRODUK FAITH FLEUR®:
Shampoo Hair Loss - RM30
Conditioner Hair Loss - RM30
Hair Serum - RM20
Hair Tonic - RM65
Hair Mist - RM35

Video YouTube - ERRA FAZIRA Jatuh Cinta Di Pelancaran FAITHFLEUR® 2020 (Duta Produk)

IPPO HAFIZ Sudi Nyanyikan Lagu FAITHFLEUR® 2020

Maklumat lanjut serta pembelian produk boleh didapati di laman web https://www.faithfleur.my/ ataupun menghubungi pengedar berdaftar di Facebook faithfleurhq dan Instagram @faithfleurhq

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di Talian 03-5103 0515

Post a Comment

0 Comments