PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION MEMPERSEMBAHKAN TAYANGAN KHAS PERTAMA MISI BAHARU - SATRIA, BANGKIT!

MISI: FIRST LOOK EJEN ALI THE MOVIE 2’ 

KUALA LUMPUR, 13 September 2024 — Perhatian kepada ejen-ejen semua! Transmisi baharu selamat diterima hari ini! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan bangganya mempersembahkan tayangan khas bagi misi baharu Misi : First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2), buat pertama kalinya. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, sebagai sebahagian daripada pelancaran program di Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 (MYDCF) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre). Misi baharu EATM 2 ini merupakan trailer teaser rasmi yang menampilkan aksi berintensiti tinggi dan misteri yang mendebarkan dan penuh tanda tanya serta diselang-selikan dengan babak dan sinematik yang menyentuh hati untuk tontonan seisi keluarga. 

(Tengah) YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh - Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia [MDEC] dan (Bawah) Encik Zainal Bin Abas - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan [Sektor Operasi Sekolah], Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].

Selepas kejayaan pecah panggung menerusi filem pertama Ejen Ali The Movie (EATM) pada tahun 2019, sekuel filem kedua, EATM 2, kini seterusnya melantik Ejen Ali sebagai juruterbang Projek Satria, iaitu sebuah sut berperisai baharu dengan bantuan program Kecerdasan Buatan (Al) yang direka khas bagi mengoptimumkan lagi prestasi fizikal dan kemahiran mental ejen-ejen MATA semasa menjalani misi rahsia mereka. Sekuel yang dinanti-nantikan ini dijangka akan menggegarkan pawagam secara rasminya pada tahun 2025 dengan mengekalkan barisan penyumbang suara watak utama iaitu Ida Rahayu Yusoff sebagai Ejen Ali bersama kucing peliharaannya, Comot, Noorhayati Maslini Omar sebagai Ejen Alicia, Shafiq Isa sebagai Ejen Bakar dan Azman Zulkiply sebagai Rizwan dan Jeneral Rama. 

(Atas) YB Tuan Gobind Singh Deo - Menteri Digital. dan (Tengah & Bawah) Perasmian Level Up KL 2024 bersama tayangan khas bagi misi baharu Misi : First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2).

Menurut En. Usamah Zaid Yasin, Pengarah EATM 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation,Kami sangat teruja untuk memperkenalkan misi baharu tayangan pertama Ejen Ali The Movie 2 di MYDCF hari ini. Kami di WAU telah mencabar diri kami dalam penyelidikan dan pembangunan untuk tidak hanya meningkatkan kualiti produksi teknikal filem ini, tetapi juga untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik bagi peminat yang menantikan misi Ejen Ali yang seterusnya. Kami berharap agar filem ini mendapat makium balas positif serta tidak sabar untuk berjumpa dengan kesemua ejen-ejen yang setia bersama Ejen Ali di pawagam nanti.” 

Sesi ramah mesra bersama Pelakon Suara Ejen Ali The Movie 2, Pengarah dan Maskot Ejen Ali Di Pentas Utama MYDCF).

Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios pula menambah, “Ejen Ali The Movie 2 adalah filem yang sangat dinantikan dalam perancangan kami, dan kami juga harus berterima kasih kepada peminat semua serta MDEC atas sokongan berterusan mereka. Memandangkan kami bakal mendedahkan dan menyiarkan lebih banyak lagi kandungan khas berkenaan Ejen Ali The Movie 2 ini di seluruh platform Media Prima menjelang tayangannya nanti, Saya ingin mengalu alukan kepada semua untuk terokai peluang kerjasama sebagai rakan kongsi dengan Ejen Ali melalui kandungan penjenamaan, program pelesenan dan pembarangan.” 

Booth Utama Ejen Ali di Hall 5, KLCC Convention Centre selama 3 hari!.

Jadi kepada ejen ejen yang dihormati! Jangan lepaskan peluang ini untuk sama sama berjumpa dengan Ejen kegemaran anda di ruang pameran MYDCF Hall 4, KL Convention Center, yang dibawakan bersama oleh Tonton daripada 13 September hingga 15 September 2024 (hari Jumaat hingga Ahad). Antara aktiviti menarik yang boleh anda sertai di reruai Ejen Ali adalah kuiz kuiz menarik tentang Ejen Ali, pameran jualan barang dagangan Ejen Ali, serta anda juga berpeluang untuk memenangi Samsung Smart TV bersaiz 65 inci Untuk menyertai, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli baharu dan langgan pelan Tonton. Atau anda juga boleh membuat pembelian barangan dagangan yang dijual di reruai untuk merebut peluang keemasan ini. Bagi peminat peminat tegar, anda juga turut berpeluang bergambar bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia yang akan membuat penampilan khas bagi sesi ramah mesra pada jam 12.00 tengah hari, 3.30 petang dan 4.30 petang setiap hari! 

Poster Rasmi Ejen Ali The Movie 2 Oleh Wau Animation


Ejen Ali The Movie 2 Teaser Rasmi daripada Wau Studios

Nantikan tayangan khas trailer teaser rasmi misi baharu Misi : First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2), yang akan ditayangkan secara rasmi pada pukul 9.00 malam, 13 September 2024 di saluran YouTube rasmi Ejen Ali. Ayuh sama sama kunjungi www.youtube.com/ejenali untuk dapatkan info menarik dan terkini mengenai Ejen Ali the Movie 2. 

Terima misi rahsia dan jangan lupa laporkan diri anda! 

###

PRIMEWORKS STUDIOS
Primeworks Studios adalah syankat pengeluaran terkemuka di Asia Tenggara yang teclibat dalam pemiagaan kandungan kreatif di setap aspek Rantaian media dalam pengeluaran TV dan filem jalan kandungan pengedaran dan pemasaran filem, animasi kandungan berjenama, serta pelesenan dan peruncitan la adalah syankat kandungan yang memenangi pelbagai anugerah dan menghasilkan lebih danpada 3 000 yam kandungan menank setiap tahun untuk pelbagar platform, termasuk telewsyen, pawagam dan d gital Rumah produkst ini adalah tenaga kreatif di sebalik pelbagai genre kandungan termasuk hiburan, animasi majalah dokumentan, sukan, dan drama.
Mengenai WAU Animation:
WAU Animation adalah sebuah studio animasi CG yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan bakat kreatif dengan pengalaman hingga 13 tahun dalam menghasilkan siri animasi CG dan filem cereka yang memenangi pelbagai anugerah. Di tengah-tengah WAU Animation adalah keinginan untuk mencipta animasi yang dapat menyentuh hati penonton. Kami bercita-cita untuk menceritakan kisah-kisah yang menakjubkan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermakna dan memberi inspirasi, sambil pada masa yang sama disuntik dengan elemen tempatan, kerana kami percaya kuat dalam menampilkan identiti Malaysia yang unik.

Mengenai Ejen Ali the Movie 2:
Di bandar futuristik Cyberaya, “Ejen Ali the Movie 2” mengisahkan seorang budak lelaki yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaru MATA. Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS. Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya. Sejak tayangannya di saluran televisyen Malaysia, TV3, pada tahun 2016, “Ejen Ali” telah disiarkan dan distrim di lebih 65 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika Utara, benua India, serta Amerika Utara. Dua musim pertama siri ini diikuti dengan “Ejen Ali The Movie” pada November 2019, yang meraih kutipan box-office yang mengagumkan sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia, menjadikannya salah satu filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia setakat ini. Bahagian terbaru, “Ejen Ali Season 3”, juga memegang gelaran sebagai harta intelek animasi Malaysia pertama yang diterbitkan bersama Disney+ Hotstar Asia Tenggara, dan pertama kali dilancarkan secara eksklusif di perkhidmatan penstriman tersebut pada Jun 2022.

For more information and updates about Ejen Ali, follow:
YouTube: @EjenAli
Instagram: @ejen_ali
TikTok: @OfficialEjenAli
Facebook: @EjenAli
Twitter: @ejen_ali
#EATM2 #EjenAli #AniMY

Mengenai tonton:
Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dan telah dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Visi Tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.

Mengenai Malaysia Digital Content Festival:
Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) adalah gabungan pelbagai acara kandungan digital yang dipelopori oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai platform untuk mempamerkan yang terbaik dari kandungan digital yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta karya dari rantau ini, kepada industri dan orang awam. Diadakan setiap tahun sejak 2019 di pusat bandar Kuala Lumpur di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, acara ini menghubungkan industri kandungan digital utama seperti Animasi, Permainan Digital & Konvensional, Teknologi Kreatif, Komik, dan Esports di bawah pelbagai inisiatif jenama kandungan oleh MDEC seperti Kre8tif!, LevelUPKL, ImmerseKL, LvlUpPlayKL, dan Creators’ Expo.

Post a Comment

0 Comments