Emas Fizikal Gold Dinar & Silver Dirham Mematuhi Kewangan Hibrid Syariah dan Al Ebreiz Lancarkan AlaDeen eWallet!

Bangsar South, 5 September 2020 - Majlis Pra Pelancaran Al Ebreiz Global Capital Berhad ‘Masa depan Kewangan Islamik Hibrid’ di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Al Ebreiz Global Capital Berhad, Azam Mohd.

Hamid berkata, Al Ebreiz juga telah mencipta cara mudah bagi orang ramai untuk berdagang dan memiliki emas fizikal tanpa adanya penyimpanan dan kebimbangan keselamatan fizikal. Penggunaan emas buatan sendiri iaitu Musharakah Token Offering Gold (MTOG) melalui e-dompet AlaDeenGold.

AL EBREIZ Global Capital Berhad menyasarkan untuk mewujudkan gelombang baharu kewangan hibrid yang patuh syariah.

“Pemilik token diberi hak milik emas sebenar di peti besi paling selamat di dunia bersama dengan penggunaan dompet digital dengan menggunakan teknologi blockchain ini,” katanya.


Timbalan Presiden Teknologi Al Ebreiz Global Capital Berhad, Hamid Rashid berkata, pihaknya menyediakan platfom dagangan secara maya dan simpanan emas fizikal patuh syariah menerusi permohonan secara mobil bagi mengubah cara membayar dan membeli atau membuat tuntutan.

“Al Ebreiz Global Capital Berhad adalah organisasi berasaskan teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian kewangan hibrid Islam iaitu blockchain dengan tujuan mengubah sistem ekonomi moden menjadi sistem kewangan Islam berdasarkan keadilan tanpa faedah atau riba.

“Diketuai oleh pasukan yang penuh wawasan, Al Ebreiz yang ditubuhkan pada tahun ini dan beribu pejabat di Kuala Lumpur turut merancang untuk melebarkan sayap ke Singapura, Indonesia dan Timur Tengah,” katanya.

Menurutnya, platfom dicipta pihaknya meletakkan pengguna sebagai keutamaan selain menyediakan pengalaman urusniaga yang selamat dan hebat.

“Kami memberi peluang kepada pelanggan dalam mencapai matlamat kewangan mereka mengikut prinsip kewangan Islam,” kata beliau. Sementara itu, Azam ketika ditemui berkata, hasrat utama pihaknya memperkenalkan sistem itu adalah untuk membina keadilan ekonomi kepada semua.

Dagangan berasaskan emas itu dijalankan patuh syariah dan Islamik. Sasarkan projek kami perkenalkan ini mampu memasuki pasaran global dalam tempoh 2 tahun,” katanya.

Video YouTube The Future of Islamic Hybrid Finance - Blockchain Power! Di Sekitar CCEC The Vertical M1

Dr. Mohd Izwan Hussein (Al-Ebreiz Gold Speakers)
Mr. Azam Dato' Mohd (CEO of Al-Ebreiz Global Capital Berhad)
Mr. Hamid Rashid (Vice President Information Technology of Al-Ebreiz Global Capital Berhad)

Web: AlaDeenGold.com
Web: www.Al-EbreizGlobal.com

#SoftLaunch #TheFutureOfIslamicHybridFinance #GoldDinar #SilverDirham #BlockchainPoweredIslamicHybridFinance
#AlEbreizGlobalCapitalBerhad #MOU #PaxosEbreizSkyLightBerhard #GrandSummitBallroom #CCEC #TheVertical

@realmemalaysia ☆☆☆☆☆
Captured A/V And Photo With #Realme6Pro - 8GB RAM  128GB -  #MyRealme6Pro #RealmeMalaysia


Post a Comment

0 Comments