AJL28: Sidang Media @ToastBox 12PM & Showcase Konsert Mini 3PM @Nusentral Mall [21/12/2014]

AJL29 Sidang Media @ToastBox @NUSentral Mall [21/12/2014] 12PM TV3, HotFM, TonTon, Sponsored Oleh Pamoga Dan QuPuteh @VidaBeauty AJL29 Finalist Tahun ini..

AJL29 memilih tema "Gema Dalam Muzik" di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi gema bakal memeriahkan AJL29 , Pembuka tirai tahun 2015 kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin.

Anugerah Juara Lagu 29 bakal dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai Penaja Utama dan NU Sentral selaku Penaja Bersama. Pengasas Vida Beauty, Dato' Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman. Dihoskan oleh AG dan Scha Al-Yahya, AJL29 akan secara Live pada Ahad, 18 Januari 2015 pada jam 9 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil. P7

Para pemenang AJL29 juga akan menerima hadiah yang lebih lumayan iaitu selain trofi hadiah wang tunai juga telah dinaikkan. Bagi juara AJL29 mereka bakal menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Naib juara bakal menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000. Bakal pemenang vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000.

Pada jam 3 petang ini, konsert mini diadakan di perkarangan Nu Sentral sebagai salah satu rangka promosi yang menjadi salah satu daya tarikan peminat untuk bertemu finalis AJL29. 

Antara finalis AJL29 yang akan turut serta ialah Amy Search, Alyah, Hazama, Indah Ruhaila Joe Flizzow SonaOne & Waris.

Berikut senarai lagu yang akan buat persembahan mengikut giliran:

1. Malaikat - Hazama 

2. Percayalah - Indah Ruhaila 

3. Sesal Separuh Nyawa - Alyah

4. Gadis Jolobu - Waris & Dato' Hattan

5. Romacinta - Mojo

6. Rentak Laguku - Bunkface 

7. Matahari - Hafiz

8. Gila - Stacy

9. Ke Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

10. Apa Khabar - SonaOne & Joe Flizzow 

11. Lelaki - Yuna 

12. Masih Aku Cinta - Shila Amzah

@schaalyahya @aghotfm #DatoHattan @warisn9 @indah_ruhaila @dayangsayangkamu @sambunkface @itssonaone @flizzow @alyah81 @mrhazama1

Post a Comment

0 Comments