Cerita Hantu Malaysia: Preview Premiere @eCurve Cathay [23/12/2014] 8PM

Arahan Ke-2 Pierre Andre, Selepas JIN 2013 By RAM Entertainment. Saksikan Filem Seram Ini DiPawagam Berdekatan Pada 25 Disember 2014!

SINOPSIS

Semua kejadian ini bermula di sebuah sekolah lama. Aki, seorang pengawal yang bertugas di sekolah itu telah menggantikan kawannya bekerja pada waktu malam. Aki telah diganggu dengan beberapa kejadian yang menakutkan sepanjang bekerja. Pihak sekolah telah memanggil ustaz untuk menghalau dan membuang roh-roh yang berkeliaran di sekolah itu.

Cerita hantu Malaysia mengisahkan tentang tiga cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kisah ini bermula ketika empat sahabat iaitu Jo,Mansur, akim dan Rose melalui sebatang jalanraya. Ketika itu mereka ingin pergi ke rumah seorang dukun untuk berubat. Ketika itulah Rose dirasuk didalam kegelapan malam di jalanraya itu. Rose hilang dan mereka mula mencari rose. Berbagai perkara yang menakutkan berlaku, sehinggalah mereka  menemui mayat saad dan seorang ustaz di tepi bas.

Ustaz tersebut sebenarnya hendak membuang saka yang ditangkap disebuah sekolah lama. Ustaz telah menghubungi rakannya itu untuk menyewa bas. Ustaz ditemani oleh seorang pembantunya. Ketika dalam perjalanan, Ibu kepada pembantu ustaz itu telah meninggal dunia.

Saad menurunkannya di tepi lebuhraya. Ustaz dan saad meneruskan perjalanan melalui jalan lama. Ketika melalui jalan lama itu , bas mereka terbabas. Saka-saka didalam bas itu sudah tidak terkawal.

Ustaz itu menghidapi penyakit jantung dan ubatnya pula ada bersama pembantu yang diturunkannya di tepi lebuhraya itu.Ustaz meninggal di jalan itu. Dan kebetulan pula Mansur dan Jo telah terlanggar Saad yang ketika itu hendak menanam kotak yang mengandungi saka.

Post a Comment

0 Comments