Oh My English: Villa Isabellaaa! Preview Astro @GSC Signature Level4 The Gardens MidValley [17/12/2014] 3PM

Saksikan TeleFilem ini Di Astro Maya HD Ch135 juga... Kisah diselubungi Misteri bakal menemui penonton pada 27 Disember Ini! Agak juga kelakar perjalanan dari JB haluan untuk ke Singapura sesat laluan jalan Pintas! 

SUSPEN MISTERI DI DALAM TELEFILEM TERBARU OH MY ENGLISH: VILLA ISABELLAAA!?

Kisah diselubungi misteri bakal menemui penonton pada 27 Disember ini
Kuala Lumpur, 17 Disember 2014 – Berikutan kejayaan siri komedi pendidikan Oh My English! (OME!) dan atas permintaan ramai, Astro membawakan sebuah lagi karya telefilem istimewa berjudul ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’.

Telefilem ini akan disiarkan pada 27 Disember 2014, jam 9 malam secara ekslusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan akan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135).

Oh My English: Villa Isabellaaa! Merupakan telefilem ke-3 daripda siri komedi pendidikan popular ini selepas Oh My Ganu! Dan Oh My English – Hello America!. Telefilem arahan shamyl Othman ini merupakan satu karya dengan suntikan elemen misteri dan suspen ke dalam kisah yang berkonsepkan komedi pendidikan.

Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan kisah pengembaraan baru dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh watak-watak OME! Kegemaran mereka dalam merungkai tragedi misteri yang menimpa. Pastinya selain daripdada padat dengan aksi lucu dan mendebarkan, elemen pendidikan juga turut diselitkan bagi membantu para penonton memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris mereka serta terdapat pengajaran yang berguna di sepanjang kisah ini.

Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) akan menyertai para pelajar kelas 4 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazri), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Mazlee (Zhafir Muzani) dalam menempuhi cabaran baru bersama Sarjan Bin Mejar (Rahim Jalur) dan Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) yang pasti akan membuatkan anda tidak kering gusi dengan telatah mereka.

Selain itu, telefilem kali ini bakal menampilkan pelakon wanita berkaliber iaitu Emelda Rosemila yang akan membawa watak sebagai seorang wanita misteri bernama Puan Tiana. Terdapat juga penampilan istimewa daripada Izzue Islam, Sara Ali dan Atu dari Kumpulan Zero.

SIPNOSIS:

Kisah Oh Myh English: Villa Isabellaaa! Bermula di mana para pelajar kelas 4 Merah dan Mr. Hery Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergian mendadak See Yew Soon ke Singapura di dalam episod kemuncak Musim Ke-3.

Atas dasar semangat setia kawan, Mr Henry Middleton bersama Jibam, Jojie, Zack dan Mazlee serta ditemani Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan Bin Mejar membuat keputusan untuk melawat See Yew Soon. Mereka kemudiannya memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah Van.

Malang menimpa apabila van yang mereka naiki pancit dan mereka terkandas di kawasan yang asing. Lantas, mereka menyelusuri hutan dan menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari bantuan, tetapi gagal. Sebaliknya mereka menemui Villa Isabella, sebuah rumah terpinggir yang dihuni sendirian oleh Puan Tiana, seorang wanita misteri yang sering berpakaian merah. Puan Tiana menjemput mereka menginap di rumahnya pada malam tersebut. Namun, pelbagai persoalan timbul tatkala beberapa kejadian aneh berlaku pada mereka.

Keberanian mengajar Jojie erti persangkaan. Dia mahu mencari kebenaran. Dia membongkar pelbagai petunjuk membuktikan Puan Tiana tidak seperti dijangkakan. Akhirnya rahsia yang tersembunyi di Villa Isabella muncul sedikit demi sedikit menyebabkan rakan-rakannya sudah mula mempercayainya Jojie dan syak wasangkanya.

Post a Comment

0 Comments