One Nation Emcees: Hoi Ya Hoi 'Pelancaran Single' MimiFly Entertainment / IndiGiTaL @NeWay Karaoke Level5, OneUtama 'New Wing' [23/12/2014] 2PM

Selepas lagu Anak Kampung nyanyian Kolaborasi bersama Jimmy Palikat, kini One Nation Emcees gabungan Tiga Penyanyi  Trio iaitu Mimi, Jojoe dan Zaidi mendapat sambutan yang baik dan menjadi siulan pendengar tempatan, kini mereka kembali dengan Single Terbaru “Hoi Ya Hoi”. Lagu ini merupakan hasil Ciptaan Mimi dan Norm Aidid, manakala Liriknya pula adalah Nukilan One Nation Emcees sendiri.

Menurut Mimi, Lagu Hoi Ya Hoi ini diinspirasikan menerusi Filem Ali Baba Bujang Lapok namun Lirik dan Susunan Lagu menceritakan mengenai prihal sebenar kehidupan zaman sekarang. Dan daripada baik Liriknya mereka memberikan Motivasi kepada golongan pekerja untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik.

Apa yang menarik lagi tentang Lagu Terbaru ini, mereka mengarahkan Klip Video (MTV) sendiri, hasil cetusan Idea mereka bertiga. One Nation Emcees mengharapkan agar Lagu Baru ini mendapat tempat dihati pendengar-pendengar Radio tempat.

“Hoi Ya Hoi” sudah mula dimainkan dicorong Radio dan Klip Video (MTV) Lagu ini telah pun dimuatnaik di Laman Sosial YouTube selain akan dipasarkan secara Digital di Itunes Store dan juga Aplikasi Digital yang lain. Begitu juga dengan Irama Nada Dering Pemanggil (Call Ringtones) Lagu ini turut tersedia melalui Laman Web pengendali / Telco’s.

Post a Comment

0 Comments