Kasut Ku Kusut: Preview MiG @eCurve Cathay [16/12/2014] 8PM

Penutup 2014 Metrowealth (MIG) tampil dengan sebuah filem bergenre komedi, KASUT KU KUSUT. Di kala industri perfileman tempatan bergelut dengan beberapa masalah terutamanya dari segi kutipan box-office yang tidak memberangsangkan, KASUT KU KUSUT dihasilkan atas dasar permintaan penonton yang sangat baik terhadap genre komedi tidak pernah luput.

Filem arahan Pierre Andre ini akan menemui penonton di pawagam pada 18 Disember 2014. Shaheizy Sam menjadi peneraju utama filem ini yang turut bergandingan buat pertama kalinya bersama pelakon meningkat naik dari Singapura iaitu Atikah Shuhaime.

Turut sama menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman iaitu Kamarool Haji Yusoff dan juga Khatijah Tan. Lokasi utama pengambaran yang di buat sekitar Kampar, Perak ini pastinya membantu dalam memberikan suntikkan suasana kampung yang menjadi latar cerita.

SIPNOSIS:

Kasut Ku Kusut mengisahkan MANAP (Shaheizy Sam) seorang pemuda kampung yang sudah memutuskan hubungan dengan kekasihnya Ika dan bersahabat baik dengan HAMID (Along Eyzendy). Persahabatan akrab mereka ini menjadikan mereka sentiasa bersama di kala susah dan senang.

Dalam pada masa yang sama, Manap berjaya membeli sepasang kasut yang sangat diidamkan olehnya. Setelah memiliki kasut tersebut, berlaku satu insiden yang membuatkan Manap turut berdepan dengan satu lagi masalah yang  tidak diduga.

Kejadian tersebut menemukan Manap dengan SUZI (Atikah Suhaime) seorang  gadis cantik yang pada ketika itu sedang diburu MARKOS (Pablo Amirul), ketua kecil bagi kumpulan FATHER DRAGON (Kamarool Haji Yusoff) beserta ahli kumpulannya yang lain.

Manap seakan sudah mula jatuh cinta terhadap Suzi. Dengan pertolongan Manap dan juga Hamid seorang pemuda kampung yang lurus bendul, Suzi cuba untuk melarikan diri dari Kumpulan Father Dragon. Namun yang demikian, usaha itu gagal dasn situasi ini membuatkan ahli keluarga Manap turut terbabit di dalam hal ini.

Pelbagai insiden yang berlaku diantara Manap, Suzi dan Kumpulan Father Dragon. Apakah kaitan Kumpulan Father Dragon dengan Suzi? Dan mengapakah mereka turut memburu Manap? Segalanya terjawab di dalam Kasut Ku Kusut yang akan berada di pawagam pada 18 Disember 2014 ini.

Pelakon-pelakon Kasut Ku Kusut... Shaheizy Sam, Atikah Suhaime, Along Eyzendy, Pablo Amirul, Kamarool Haji Yusoff, Epy Kodiang, Khatijah Tan dan Arahan Oleh Pierre Andre.

Post a Comment

0 Comments