Avon Unveil Fabulous 2015 SuperHit LineUp 'New Fragrance Ambassador Fathia Latiff @Dorsett Grand Subang Hotel 12PM [22/1/2015]

Only Delight Eau De Parfum! Fathia sebagai Duta Avon 2015

AVON MEMPERSEMBAHKAN BARISAN ‘SUPERHIT’ TERHEBAT 2015 DI MAJLIS PELANCARAN BERIMPAK TINGGI

Temui kejelitaan yang tak pernah dikecapi

Subang Jaya, 22 Januari 2015 – Avon, antara syarikat jualan langsung terbesar tanahair telah memperkenalkan barisan barangan ‘Superhit’ 2015 mereka yang dinanti ramai dalam majlis pelancaran yang cukup memukau di Dorsett Grand Subang Hotel, baru-baru ini.   

Pelancaran barisan Superhit bagi suku pertama 2015 diadakan bersempena dengan Persidangan Nasional 2015 Avon, sebuah majlis yang mengiktiraf kecemerlangan Wakil-Wakil tertinggi Avon sepanjang 2014. Di sana, dekorasi yang menampilkan pelbagai kaunter mekap dan haruman terbaru kendalian petugas-petugas Avon dilihat cukup mengujakan tetamu yang hadir. 

Pelancaran barangan pertama dimulakan dengan pancaran laser dramatik yang menyinari rangkaian Ultra Color Bold Lipstick, gincu berona berani untuk bibir paling menyerlah. Setiap Ultra Color Bold Lipstick mempunyai 50% lebih pigmen dalam setiap gincu untuk paduan rona yang hebat. Diformulasi dengan Teknologi True Color, ia memberi warna bervoltan tinggi. Nikmati tekstur berkrim yang mewah dengan kemasan penuh yang kekal berjam.      

Acara diteruskan dengan penampilan istimewa Duta Haruman Terbaru Avon, Fathia Latiff.  Beliau menendangkan sebuah lagu ceria khas bagi membuka pelancaran haruman terbaru Avon, Only Delight Eau de Parfum. Kombinasi kesegaran buah markisah merah, kelopak mawar Bulgaria dan bunga Iris Biru ScentTrekTM dalam haruman ini menjadikannya indah penuh ‘warna’ yang pasti mempesona deriamu. 

“Tahun ini, kami melancarkan pelbagai barangan kecantikan berinovasi yang mengangkat jenama Avon serta meneruskan misi kami menjelitakan wanita. Selain itu, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Fathia, antara icon kecantikan muda tanahair,” kata Aspalin Sirat, Ketua Bahagian Pemasaran dalam ucapan pembukaannya. “Beliau memahami filosofi Avon, iaitu penampilan yang menjelitakan adalah ekspresi yang mampu menyerlah keanggunan jiwa yang sebenar.” 

“Dengan kehadiran barisan Superhit 2015 Avon, wanita kini boleh menampilkan keperibadian mereka yang sebenar. Ia bukan sekadar menjadikan anda lebih cantik, malah turut memberi impak yang sukar dilupakan.” 

Majlis tersebut berakhir dengan penuh ceria, bila setiap tetamu pulang berbuah-tangankan  Ultra Color Bold Lipstick dalam semua rona, serta sebotol Only Delight Eau de Parfum. 

Post a Comment

0 Comments