'DIARI APRIL' BUAH TANGAN TERBARU PANDORA!
PANDORA merupakan sebuah band yang berkonsepkan rock alternatif yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2014. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang ahli iaitu She (Vokalis), Alan (Gitaris), Ijoy (Bassis) dan Anep (pemain Dram) di mana setiap di antara mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas underground.
PANDORA membawa maksud sebuah kotak yang didalamnya terkandung sesuatu yang istimewa. Ini memberi simbolik kepada segala elemen yang terkandung didalam band tersebur yang merangkumi personaliti, hasil karya, visi dan muzik yang dibawa. Band ini juga merupakan satu gabungan kombinasi yang berbeza serta banyak dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa daripada Anerika Syarikat dan United Kingdom.
'Kisah kami bermula dengan pertemuan dengan She, bersama saya, Alan dan Ijoy untuk menerbitkan sebuah single, dan di atas persetujuan semua, kami telah sepakat untuk bergabung dan mewujudkan sebuah band', ujar Anep.
PANDORA bakal merancakkan lagi industri muzik tanah air pada tahun ini apabila muncul single terbaru mereka yang berjudul 'Diari April'. 'Diari April' merupakan sebuah kisah cinta yang bertitik noktah di bulan April yang diakhiri dengan menulis sebuah diari. Lagu ini merupakan karya asal She dan Ijoy, manakala lirik ditulis oleh Alan serta mendapat Olahan dan Susunan semula oleh mereka berempat bagi menghasilkan karya yang benar-benar berkualiti.
'Diari April'berkisarkan tentang seorang gadis yang jatuh cinta pada seorang kelaki tanpa pengetahuan si Lelaki, pada masa yang sama Lelaki itu hanya menganggap dirinya sebagai sahabat karib, dan beliau sudah pun mempunyai Kekasih Hati.
'Kekuatan lagu ini adalah pada melodi dan susunan lagu yang segar, turut disertakan dengan lirik yang cukup mendalam. Bagi kami Karya yang dihasilkan perlu selari dengan kehendak trend masa kini, oleh itu elemen-elemen yang bersesuaian telah diselitkan di dalam Karya kami agar ianya relevan.' ujar She (Vokalis).
Bagi penghasilan muzik video pula, penggambaran 'Diari April' telah memakan masa hampir 2 minggu di mana penggambarannya telah selesai dijalankan di beberapa lokasi sekitar Cameron Highland, Melaka, Empangan Kuala Kubu Baru, Desa Pandan dan beberapa lokasi lain. Jalan cerita bagi muzik video ini pula berpandukan pada lirik lagu 'Diari April' itu Sendiri.
Semoga Kehadiran PANDORA dipersada seni ini mampu meneruskan kegemilangan band rock alternatif tanah air dengan hasil karya kreatif mereka dan 'Diari April' mendapat tempat di hati peminat seni tanah air.
'Diari April' nyanyian PANDORA ini merupakan satu lagu edaran digital oleh Warner Music (M) Sdn Bhd.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan PANDORA anda boleh mengunjungi Facebook: We R Pandora Twitter: @weRpandora Instagram: @wearepandora YouTube: wearepandora
0 Comments