Coverina Preview Premiere @GSC Nusentral 8PM [16/2/2015]

COVERINA, DEBARAN BUAT KHALID NADZRI

Membariskan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim dan Elizad Sharifuddin, menambahkan debaran membuat pengarah muda yang cukup dikenali melalui drama bersiri, Zahira, Khalid Nadzri, dengan debut filemnya, iaitu Coverina.

"Berdebar menantikan sambutan penonton di pawagam," itulah yang diungkapkan oleh Khalid Nadzri ketika ditanya pada majlis tayangan filem Coverina yang diadakan di GSCinemas Nu Sentral, hari ini.

"Coverina merupakan satu projek filem 'kawan-kawan,' dan saya cukup teruja kerana mendapat kerjasama dari semua pihak, pelakon juga produksi," jelas Khalid lagi. "Sejujurnya, pada hari ini, saya merasa cukup berdebar dengan sambutan penonton," tambah Khalid lagi.

Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur, Coverina menceritakan mengenai kisah seorang lelaki,vyang terpaksa menjadi seorang wanita, untuk mendalami perasaan dan naluri majikannya, seorang wanita yang pernah dikecewakan oleh lelaki.

Tayangan Perdana filem Coverina telah mendapat kerjasama GSCinemas dengan Lokasi Tayangan di GSCinemas Nu Sentral, mendapat tajaan sepenuhnya dari pihak Golden Screen Cinemas. GSCinemas Nu Sentral adalah Lokasi Terbaru rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas, yang terletak berhampiran dengan pusat pengangkutan Kuala Lumpur Sentral.

Coverina, tetbitan SPS Jaya Sdn Bhd, lakonan Pekin Ibrahim, Elizad Sharifuddin, Cat Farish (Ruffedge / The Fabulous Cats), Arissa, Hidayah, Kina Jamal, Shahrolnizam Sulaiman, Zazly Baginda dan Zalfa Zin, dan diarahkan oleh Khalid Nadzri, akan mula ditayangkan di pawagam pada sambutan Tahun Baru Cina ini iaitu 19hb Februari 2015 di 35 lokasi seluruh Malaysia.

Post a Comment

0 Comments