Saksikan Filem Seram Arahan #EyraRahman #JaneLim Pada 12 Februari 2015 Ini! @faizalhusseinofficial @noradanish @mangkinprestij @metrowealth @migonline
Membuka tirai tayangan bagi tahun 2015, Mangkin Prestij hadir dengan sebuah filem iaitu Gudang Kubur. Tidak pernah menoleh le belakang, Mangkin Prestij terus berusaha menghasilkan filem dengan menampilkan kepelbagaian genre yang mengikut kehendak pasaran filem tempatan yang dilihat semakin positif ketika ini. Tidak melatah dengan turun naik perkembangan industri perfileman tempatan, Mangkin Prestij yakin dengan usaha serta penghasilan filem telah siap memberi seauatu yang lebih segar dan baru kepada dunia perfileman tempatan.
Begitu juga dengan gandingan buat pertama kalinya Hero Malaya, Faizal Hussein dan Heroin Terhangat, Nora Danish sebagai hero dan heroin bagi filem ini. Pastinya gandingan yang hebat ini memberi keterujaan buat penonton yang mana hasil lakonan mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Tambahan pula, ini merupakan genre seram pertama yang dilakonkan oleh Faizal Hussein sepanjang kariernya sebagai pelakon. Turut menjayakan filem ini adalah bakat muda yang semakin meningkat naik iaitu Atikah Suhaime. Kemunculannya membawa watak sebagai isteri kepada Niezam Zaidi turut memberi impak terhadap plot penceritaan filem ini. Pastinya jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang bakal berada di pawagam pada 12 Februari 2015 ini.
Gudang Kubur merupakan filem ke-3 yang dihasilkan oleh Mangkin Prestij. Mempertaruhkan genre seram yang dilihat menjadi trend kepada peminat-peminat filem tempatan, pastinya sesuatu yang menarik dipersembahkan melalui filem ini. Tidak keterlaluan jika digambarkan bahawa filem ini memperdagangkan elemen seram melalui konsep serta garapan yang berbeza. Eyra Rahman, selaku pengarah turut memperakui bahawa filem ini mempunyai elemen seram yang lain dari filem yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini iaitu Pengantin Malam. Pemilihan lokasi di sekitar Lembah Klang yang sangat bertepatan dengan latar cerita ini mampu membangkitkan elemen seram yang sangat suspen.
Dalam pada itu, antara filem Mangkin Prestij yang telah siap pengambaran dan menunggu tarikh tayangan adalah Banglo Berkunci, Waris Most Wanted dan Jalan Puncak Alam. Di kesempatan ini juga, Mangkin Prestij ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua dan terima kasih atas sokongan yang diterima dari media cetak dan media elektronik yang tidak jemu memberi sokongan.
SIPNOSIS
Gudang Kubur mengisahkan tentang Anuar (Faizal Hussein) yang membeli sebuah gudang untuk menjalankan perniagaan kayu. Selaku pemilik gudang tersebut, Anuar mengusahakan operasi kilang tersebut bersama isterinya Zarra (Nora Danish). Gudang tersebut turut menempatkan beberapa pekerja antaranya Ali (Epy Kodiang) dan Atan (Along Eyzendy) merupakan pekerja yang diambil dari syarikat bapanya.
Pada Awal pembukaan gudang tersebut semuanya sempurna dan hubungan Anwar bersama Zarra juga bahagia namun tanpa diduga ada sesuatu yang datang menggangu mereka. Sejak dari hari itu, Anwar mula dibayangi dengan kelibat dan suara di sekitar gudang tersebut . Situasi itu bukan sahaja dialami oleh Anwar dan Zarra malahan turut dirasai oleh Atan dan Ali. Gangguan misteri ini berterusan dan seterusnya menimbulkan satu kejadian yang menimpa Zarra. Keadaan ini berterusan setiap hari dan cuba menggugat hubungan Anwar dan Zarra. Suasana tegang berterusan sehingga Atan dipecat.
Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkan keadaan tetapi gudang tersebut seperti tidak dapat menerima kehadiran Anwar dan Zarra. Apakah rahsia sebenar gudang tersebut? Mampukah Anwar dan Zarra menghadapinya? Semuanya terjawab pada 12 Februari ini yang turut dibintangi Atikah Suhaime, Niezam Zaidi, Zaidi Omar dan Rashidah Jaafar.
PELAKON
Nora Danish : Zarra
Faizal Hussein : Anwar
Atikah Suhaime : Melati
Along Eyzendy : Atan
Epy Kodiang : Ali
Pablo Amirul : Ejen Hartanah
Rashidah Jaafar : Bomoh
Zaidi Omar : Ustaz
KARYAWAN
Penerbit : Jane Lim
Penyelaras Produksi : Azhari Hamid
Pengarah : Eyra Rahman
Pen. Pengarah : Mat Syahrom Mohd Taib
Pengarah Sinematografi : Rahimi Maidin
Pengarah Seni : Nordin Ismail
Mekap : Khairul Nisha Mat Rus
Busana : Azman Shafie
TMO/Still Photo : Tan Shier
0 Comments