Drama Festival KL 2015: Bengkel Animasi & Komedi @NSTP Bangsar 3PM [14&15/3/2015]

Suasana meriah Di Bengkel Animasi, Komedi, Lakonan, Pengarahan & Sesi Audition Untuk Tahun yang Ke-2 2015 #DemamDFKL

Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar. Dari 14 & 15 Mac 2015. 10AM - 6PM

DRAMA FESTIVAL KL 2015

DIPERSEMBAHKAN OLEH: TV3 TV9
PENAJA BERSAMA: KOTEX
RAKAN MEDIA: VEEDO, TONTON, HOTFM, NEW STRAITS TIMES & HARIAN METRO

PERKONGSIAN IDEA YANG LEBIH MANTAP DAN HEBAT!

#DRAMAFESTKL

Petaling Jaya, 14 Mac 2015 – Festival Drama terbesar kini kembali! Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang julung-julung kalinya diperkenalkan kepada umum pada tahun 2014 telah memberi impak positif daripada para peminat. Sekali lagi pada tahun ini, DFKL 2015 menghimpunkan 16 karyawan yang terdiri daripada nama-nama besar industri seni bagi sesi bengkel yang berlangsung selama 2 hari di WakaLab, Balai Berita New Straits Times Press (NSTP), Bangsar.

DFKL 2015 merupakan hasil usaha sama stesyen nombor satu dan dua negara, TV3 dan TV9 sebagai salah satu initiatif untuk memberikan platform kepada para karyawan yang ingin berkongsi rasa idea dan pengalaman mereka dalam industri penyiaran negara bersama masyarakat umum.

Tidak hanya terhad kepada para karyawan, DFKL turut menawarkan sesi perkongsian idea untuk sesiapa sahaja yang mempunyai idea baharu yang kreatif, unik dan tidak cliche untuk diketengahkan melalui sesi pitching atau pembentangan idea masing-masing. Idea unik yang terpilih akan dijadikan drama di TV3 atau TV9.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9; “Penganjur Drama Festival Kuala Lumpur yang masuk tahun kedua ini menjanjikan pengisian yang lebih mantap dan padat. Pada tahun ini, DFKL 2015 sekali lagi menghimpunkan nama-nama besar dalam industri seperti pelakon, pelawak, pengarah dan juru animasi disegani bagi sesi bengkel yang telah dihadiri 400 orang bagi 2 hari ini DFKL 2015 merupakan platform untuk para karyawan ini untuk berkongsi kepakaran yang dimilikki selain memberi peluang kepada individu yang baru berkongsi pemikiran dan bakat yang mereka miliki.

Kami juga mengharapkan menerusi sesi bengkel ini dapat memberi manfaat untuk memajukan lagi industri penyiaran di negara kita. Kami juga menerima respon yang amat positif menerusi siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi DFKL 2015 yang telah berlangsung di 5 buah lokasi bermula 12 Februari lalu.

Untuk tahun ke 2 ini, sesi bengkel DFKL 2015 memperkenalkan 2 kategori baru iaitu bengkel komedi dan animasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat umum. Bengkel komedi melibatkan pelawak seperti Ebby Yus, Sharifah Shahirah, Mamat Khalid dan Didie Alias. Bengkel animasi yang disertai oleh juru animasi terkemuka negara Syed Nurfaiz Khalid (Les’ Copaque), Nizam Razak (Animonsta Studio), Tariq (Glues Studios) dan Usamah Zaid (Wau Studio).

Tidak dilupakan, bengkel lakonan dan pengarahan`yang dikemudi oleh mereka yang berpengalaman luas dalam industri seperti Datuk Yusof Haslam, Jinggo, Khai Bahar, Nik Amir, Remy Ishak, Adi Putra, Sheila Rusly dan Noor Khiriah.

Maklumat lanjut mengenai sesi bengkel adalah seperti berikut:

14 MAC 2015 (Sabtu)

Bengkel A

Masa: 10.00 Pagi – 1.00 Tgh Hari > Pengarahan: Nik Amir Nik Mustapha. Topik: Malaysian Filmmaking – An Overview

Lakonan: Adi Putra. Topik: Lakonan Itu Ilmu.

Masa: 3.00 Petang – 6.00 Petang > Animasi: Usamah Zaid (Wau Studios). Topik: Agent Ali ‘The New Mission’

Komedi: Mamat Khalid. Topik: Komedi Dalam Kehidupan – Mengenali dan Merakam.

Bengkel B

Masa: 10.00 Pagi – 1.00 Tgh Hari > Animasi: Nizam Razak (Animonsta Studios). Topik: Animation Opportunities in Malaysia and Beyond

Komedi: Sharifah Shahirah. Topik: Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Masa: 3.00 Petang – 6.00 Petang > Lakonan: Remy Ishak. Topik Script Content

Pengarahan: Khai Bahar. Topik: Directing & Indie Filmmaking.

15 MAC 2015 (Ahad)

Bengkel C

Masa: 10.00 Pagi – 1.00 Tgh Hari > Sheila Rusly. Topik: Lakonan Bukan Sekadar Rupa

Pengarahan: Hj. Azman Hj. Yahya (Jinggo). Topik: Dari Sekeping Kertas Ke Sebuah Beta.

Masa: 3.00 Petang – 6.00 Petang > Animasi: Tariq (Glues Studios)’ Topik: Animation Short’ is Your Ticket to The International Stage

Komedi: Didie Alias. Topik: Terlajak Laris.

Bengkel D

Masa: 10.00 Pagi – 1.00 Tgh Hari > Animasi: Faizu (Les’ Copaque). Topik: Creating the World of Puteri

Komedi: Ebby Yus. Topik: Bakat dan Keyakinan Diri.

Masa: 3.00 Petang – 6.00 Petang > Lakonan: Noor Khiriah. Topik: Fokus Dalam Lakonan

Pengarahan: Datuk Yusof Haslam Topik: Komedi Dalam Kehidupan – Mengenali dan Merakam.

Pelbagai aktiviti menarik berlangsung selama 2 hari ini, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang seperti sesi ujibakat (casting) untuk mencari pelakon-pelakon baharu yang terbuka kepada warganegara berusia hingga 55 tahun.

Mereka akan dinilai oleh penerbit dan pengarah berpengalaman industri seni tanah air. Selain itu aktiviti di pentas utama bersama penaja bersama Kotex memberikan pelbagai hadiah menarik dan turut diserikan lagi dengan persembahan busking daripada Lukarts.

Peserta dan pengunjung juga dapat beramah mesra bersama selebriti, antaranya Zul Ariffin, Fathia Latiff, Tasha Shila, Ungku Ismail Aziz, Siti Elizad Sharifuddin, Nonny Nadhirah, Amar Ashraf, Syafiq Kyle dan juga finalis Mentor Legend seperti Aina, Fahmie, Tuah dan Nadeera.

Drama Festival Kuala Lumpur ini dihargai oleh Penaja bersama Kotex, disokong oleh Rakan Media Cetak seperti Harian Metro dan New Strait Times; Hot FM sebagai Rakan Radio serta TonTon dan Veedo selaku Rakan Digital. Unbtuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi DFKL 2015 iaitu www.dfkl.com.my. Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta YouTube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2015.

Duta Ambassador oleh @fatiyalatiff @zul_ariffin #DramaFestKL2015 #DFKL2015 #DemamDFKL #DFKL @tv3malaysia @tv9malaysia

#DemamTLU Finale #TemanLelakiUpahan #TLU #AkasiaTV3 #KyraLydia #EzwanLufti @karyaseni @elizadsharifuddin @ungkuismailaziz @elizadfansclub

Post a Comment

0 Comments