Mangkin Prestij (MP) kali ini tampil dengan sebuah filem bergenre komedi aksi yang berjudul Abang Lejen. Filem ke-4 terbitan MP ini mengetengahkan konsep hubungan adik beradik yang disampaikan secara komedi yang turut mempunyai sedikit elemen aksi. Filem ini dilihat sebagai sebuah filem yang mempunyai pelbagai intipati yang boleh dijadikan sebagai mesej kepada mereka yang menonton. Abang Lejen juga dilihat sebagai sebuah filem yang mampu untuk mengukuhkan lagi jenama MP dalam industri perfileman tempatan. Memang sengaja penceritaan Abang Lejen disampaikan secara "melampau" dari segi aksi untuk memberi kelainan kepada filem bergenre begini.
Abang Lejen mempertaruhkan gandingan mantap mempertaruhkan gandingan mantap Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus serta Fadlan Hazim sebagai teraju utama untuk naskhah kali ini. Gandingan hebat Farid Kamil yang mendapat jolokan Hero Malaya bersama gandingan yang lain pastinya tidak mengecewakan. Di samping itu, watak-watak lain turut dibawa oleh Along Eyzendy, Shahfiez, Hamid Gurkha, Azlan Komeng dan ramai lagi.
Permintaan serta penerimaan penonton terhadap filem bergenre sebegini membuatkan MP tidak lagi ragu-ragu menghasilkan filem bergenre sebegini dalam memvariasikan lagi filem terbitannya. Azaromi Ghozali merupakan pengarah untuk filem ini yang mengarahkan filem Kaki Kitai sebelum ini. Ramuan komedi serta aksi yang disampaikan secara bersahaja disamping mempunyai elemen kekeluargaan serta adik-beradik pastinya memberi keistimewaan yang tersendiri.
Dalam kesibukan dan isu semasa yang melanda industri perfileman tempatan, MP bakal menayangkan filem Jalan Punca Alam (07 Mei 2015), Jangan Ambil Rumah Kami dan Banglo Berkunci yang akan berada di pawagam pada tahun ini. Jangan lupa saksikan Abang Lejen di pawagam pada 16 April 2015, Jadi Abang Lebih Baik Dari Jadi SuperHero!.
SIPNOSIS:
Mengisahkan Ajim (Farid Kamil) yang menetap di sebuah kampung bersama adiknya, Alan (Fadlan Hazim). Ajim membesarkan Alan setelah kedua ibu dan bapanya meninggal dunia. Ajim sanggup melakukan apa saja demi Alan. Ajim mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan Alan. Ajim menjalankan tugasan sebagai seorang abang yang terbaik kepada Alan memandangkan Alan seorang Remaja yang Lurus Bendul. Keadaan ini membuatkan Ajim menjadi lebih bertanggungjawab terhadap Alan.
Walaupun kehidupan Alan sering dibuli oleh Karim (Along Eyzendy) dan Mail (Shahfiez) namun dia sering mendapat perlindungan dari abangnya. Keadaan ini membuatkan Ajim berasa tidak senang apabila Alan menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, Adiba (Adiba Yunus). Lebih membimbangkan Ajim apabila Alan turut menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke bandar setelah berkahwin nanti. Walaupun tidak bersetuju namun Ajim tetap merelakan permintaab adiknya itu.
Dalam pada itu, Ajim mempunyai seorang sepupu perempuan yang bernama Intan (Intan Ladyana). Sejak dari kecil Intan sangat menyukai Ajim namun sebaliknya Ajim tidak menyukai Intan sedangkan Intan mempunyai satu impian untuk menjadi isteri kepada Ajim dan menjaga Ajim hingga hujung nyawa.
Kehidupan Ajim dan Alan berlangsung seperti biasa walaupun Alan tidak menghubungi Ajim setelah berkahwin. Keadaan ini membuatkan Ajim risau dan mengajak Intan untuk ke bandar melihat keadaan adik kesayangannya itu. Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu namun pertolongan itu ditolak oleh Alan. Apakah sebenarnya yang berlaku kepada Alan? Dan bagaimana pula kesudahan Cinta Intan terhadap Ajim? Segalanya akan terjawab pada 16 April ini di pawagam berdekatan anda. Jadi Abang Lebih Baik Dari Jadi SuperHero!.
PELAKON:
Farid Kamil > Sebagai Ajim
Fadlan Hazim > Sebagai Aman
Intan Ladyana > Sebagai Intan
Adiba Yunus > Sebagai Adiba
Hamid Gurkha > Sebagai Pak Long
Along Eyzendy > Sebagai Karim
Shahfiez Shamsuri > Sebagai Mail
Azlan Komeng > Sebagai Malek
Fadlan Hazim > Sebagai Aman
Intan Ladyana > Sebagai Intan
Adiba Yunus > Sebagai Adiba
Hamid Gurkha > Sebagai Pak Long
Along Eyzendy > Sebagai Karim
Shahfiez Shamsuri > Sebagai Mail
Azlan Komeng > Sebagai Malek
KARYAWAN:
Penerbit > Jane Lim
Pengarah > Azaromi Ghozali
Pen. Pengarah > Kartika Mohamad
Pengarah Sinematografi > Rahimi Maidin
Penyelaras Produksi > Azhari Hamid
Penyelaras Pasca Produksi > Brian Ng
Penyelaras Stunt > Azlan Komeng
Pengarah Seni > Zakaria Zahid
Make Up > Nisha MatRus
Wardrobe > Faizul Yahaya
TMO / Still Photo > Tan Shier
Pengarah > Azaromi Ghozali
Pen. Pengarah > Kartika Mohamad
Pengarah Sinematografi > Rahimi Maidin
Penyelaras Produksi > Azhari Hamid
Penyelaras Pasca Produksi > Brian Ng
Penyelaras Stunt > Azlan Komeng
Pengarah Seni > Zakaria Zahid
Make Up > Nisha MatRus
Wardrobe > Faizul Yahaya
TMO / Still Photo > Tan Shier




0 Comments