Hantu Bungkus Ikat Tepi: Preview MiG @GSC NuSentral 8PM [7/4/2015]






Suku pertama tahun 2015 memperlihatkan bagaimana MetroWealth (MIG) terus memacu ke hadapan dengan menerbitkan filem dalam mewarnai industri perfileman tempatan. Tanpa melihat naik turun graf perkembangan filem tempatan kini, MIG yakin dengan produk-produk yang dihasilkan dengan mempelbagaikan konsep serta genre sesebuah filem itu. Genre komedi seram menjadi taruhan MIG kali ini kerana penerimaan dan permintaan tinggi dari penonton keseluruhannya. Ini menyebabkan komedi sekarang di anggap pilihan utama dalam industri perfileman tempatan dan mampu menarik perhatian penonton pelbagai lapisan penonton.
Filem terbaru dari MIG, Hantu Bungkus Ikat Tepi (HBIT) menampilkan suatu kelainan di mana seperti suatu fenomena, pelawak di lihat semakin di terima oleh masyarakat dalam sama-sama memeriahkan industri perfileman tempatan. Formula ini di ambil MIG dalam mengembangkan lagi bakat-bakat pelawak ini. Pemilihan Kumpulan Jambu iaitu Tauke dan Yus di samping Abam dari Kumpulan Bocey pastinya dapat memberi satu lagi persembahan yang segar dan turut menjadi teraju utama filem ini adalah Nora Danish yang mana kemunculannya pasti di nantikan.
Konsep "Spoof" (Cameo) bagi setiap filem terbitan MIG yang diselitkan dalam filem ini menjanjikan suatu kelainan yang pastinya diselitkan dengan elemen komedi yang terbaik dari barisan pelakon yang ada. Turut sama menjayakan filem ini antaranya Farid Kamil, Ruminah Sidek, Zalif Sidek, Epy Kodiang, Adiba Yunus, Atikah Suhaime, Niezam Zaidi. Hantu Bungkus Ikat Tepi filem ke-9 arahan Hashim Rejab yang tersenarai didalam Skim 10 Pengarah Muda MIG ini menjalani pengambaran sekitar Lembah Klang.
Dalam perkembangan lain, MIG turut menantikan beberapa judul filem yang bakal berada di pawagam antaranya Abang Lejen (16 April) dan Jalan Puncak Alam (7 Mei). Turut tersenarai dalam filem yang telah siap menjalani pengambaran dan menanti tarikh tayangan adalah Badi, Banglo Berkunci, Suamiku Jatuh Dari Langit, Jangan Ambil Rumah Kami dan Keranda Tok Wan Terbang. Manakala filem yang sedang menjalani pengambaran adalah Isteri Untuk Dijual. Jangan lupa saksikan Hantu Bungkus Ikat Tepi di pawagam pada 9hb April 2015 ini, "Kita Tengok Siapa Yang Kena!".
SIPNOSIS:
Cerita ini mengisahkan tentang 3 orang rakan baik, FUAD (Tauke Jambu), FADLI (Yus Jambu) dan FENDI (Abam Bocey) yang masing-masing mempunyai pekerjaan yang sederhana. Karakter mereka yang nampak seperti berani namun sebaliknya mereka mempunyai karakter yang berlawanan. Kisah bermula apabila mereka secara tidak sengaja menjumpai seorang lelaki yang berlumuran darah di tengah jalan. Ketika berdepan dengan suasananya yang panik itu, mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat lelaki tersebut di suatu kawasan yang terpencil. Sebagai tanda, mereka membungkus mayat itu dan diikat tepi kepala mayat.
Selepas kejadian itu, sering kali diganggu dengan kehadiran Hantu Bungkus Ikat Tepi yang sentiasa ada di sekeliling mereka. Pelbagai peristiwa yang membawa kepada petanda-petanda pelik yang mana membuatkan mereka lagi panik dengan keadaan semasa. Kehadiran MIMIE (Nora Danish), jiran sebelah rumah mereka yang pada mulanya hanya ingin membantu namun akhirnya MIMIE turut sama terjebak dalam perjalanan mereka mencari penyelesaian masalah mereka itu.
Dalam kebingungan mereka mencari penyelesaian siapakah lelaki yang mereka jumpai dan kehadiran Hantu Bungkus Ikat Tepi yang sering menggangu membuatkan hidup mereka menjadi serba tidak kena. Dalam perjalanan mereka mencari mayat itu, pelbagai perkara seram dan lucu berlaku kepada mereka berempat sehingga mereka menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat. Adakah mereka dapat menjejaki pembunuh mayat tersebut? Adakah mereka semua selamat? Apa akan berlaku kepada mereka berempat? Semuanya terjawab dalam Hantu Bungkus Ikat Tepi di pawagam 9hb April 2015, "Kita Tengok Siapa Yang Kena!".
PELAKON:
Nora Danish > Sebagai Mimie
Yus Jambu > Sebagai Fuad
Tauke Jambu > Sebagai Fadli
Abam Bocey > Sebagai Fendi
Farid Kamil > Sebagai Madi Rempit
Niezam Zaidi > Sebagai Niezam / Eddy
Pablo Amirul > Sebagai Pablo
Kartina Aziz > Sebagai Mami Jarum
Ruminah Sidek > Sebagai Opah
Atikah Suhaime > Sebagai Atikah
Zalif Sidek > Sebagai Mat Saja
Along Eyzendy > Sebagai Mat Longkai
Tajuk : Hantu Bungkus Ikat Tepi
Tarikh Tayangan : 9 April 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Hashim Rejab
Penerbit : Mejar (K) David Teo
Terbitan : Metrowealth @migonline @davidteo99 @metrowealth @yus_jambu76 @noradanish @taukejambu @abam_bocik @zalifsidek @niezamzaidi @hashimrejab #migonline #metrowealth #HantuBungkusIkatTepi
"Bukan Janji Tapi Pasti"

Post a Comment

0 Comments