"IP MAN 3" Donnie Yen, Lynn Xiong & Raymond Wong Di Malaysia Promo Movie @JW Marriot KL 3PM [18/12/2015]

IP MAN 3 STAR TOUR PROGRAMME:

Date: Dec 18, 2015 (Friday)

“IP MAN 3” PREVIEW SCREENING
Venue> GSC Pavilion KL
10.00AM> ' Arrival of Media & Guest
10.30AM> Preview Screening (Hall 4)

“IP MAN 3” MEDIA CONFERENCE
Venue> Bintang 1 & 2, Level 3, JW Marriott Hotel
2.30PM Arrival of Guests & Media
3.00PM> Media Conference Starts
#1> Arrival of Producer Raymond Wong, Donnie Yen & Lynn Xiong
#2> Q & A session
#3> Photo session
3.30PM> End of Media Conference Media Group Interviews

“IF MAN 3” MEET THE FANS
Venue> Center Court, Pavilion KL, Level 2 7.30PM> Arrival of Guests & Media
8.00PM> Meet & Greet Session Starts
Arrival of Producer Raymond Wong, Donnie Yen & Lynn Xiong

“IP MAN 3” GALA PREMIERE
Venue> GSC Pavilion KL
8.45PM> Arrival of Producer Raymond Wong, Donnie Yen & Lynn Xiong
9.30PM> Movie starts

###

Tayangan Ip Man 3 Pada Hari Krismas Raymond Wong, Donnie Yen, Lynn Xiong Di Malaysia Untuk Mempromosikan Filem lni.

18 Disember 2015, Kuala Lumpur -
Ip ‘Man 3 edaran Lotus Five Star, bersama pemasaran oleh RAM Entertainment merupakan filem terbaharu di dalam saga Ip Man. Filem terbitan Raymond Wong dan arahan Wilson Yip ini memperlihatkan barisan pelakon hebat yang terdiri daripada Donnie Yen, Lynn Xiong, Max Zhang Jin serta juara tinju dunia Mike Tyson. Tayangan Ip Man 3 di Malaysia akan dibuka pada 24 Disember 2015 menjelang musim perayaan Krismas.

Masa 5 tahun telah berlalu selepas kisah sebelumnya, kini Ip Man kembali lagi untuk meneruskan kegemilangannya! Penggambaran bermula di Shanghai pada hujung bulan Mac 2015, di mana ia mengambil masa 4 bulan untuk diselesaikan. Donnie Yen dan Max Zhang Jin beraksi di dalam pertarungan seni bela diri yang cukup mendebarkan, malah Mahaguru Wing Chun tersebut telah mencabar legenda tinju Mike Tyson dengan berkata: "Saya ingin tahu tumbukan siapa lebih pantas? Awak atau saya!". Babak seperti ini pasti mempercepatkan denyutan jantung anda! Ip Man 3 akan terus membawakan babak pertarungan yang telah pun menjadi ikonnya seperti di dalam Ip Man ("Saya mahu lawan 10 orang”) serta Ip Man 2 (pertarungan di atas meja jamuan), dan berjanji akan mempersembahkan sebuah lagi filem seni bela diri epik!

Lynn Xiong telah mengambil bahagian di dalam saga lp Man sejak filem pertama. Namun dia tidak pernah terlibat dengan sebarang babak pertarungan yang dikenangkan oleh para penonton dalam Ip Man 1 & Ip Man 2. Dalam Ip Man 3 pula, Lynn Xiong mendapati dirinya berada di tengah-tengah sebuah babak pertarungan sengit. Dia bukan saja amat dekat dengan pertarungan itu tetapi persembahan Donnie Yen turut memberikan kejutan yang sukar dilupakan olehnya. Dalam babak berkenaan, Donnie Yen berdepan dengan seorang peninju Thai di ruang yang sempit. Memandangkan aksi bertarung perlu dilakukan dengan pantas, satu tumbukan telah tersentuh dagu Lynn secara tidak sengaja. selepas insiden itu, Lynn berkata, "Ia memang menakutkan! Kalau saya terkena tumbukan itu, saya pasti akan jatuh pengsan."

Sempena tayangan filem ini, penerbit Raymond Wong serta pelakon utama Donnie Yen dan Lynn Xiong akan muncul di pelbagai aktiviti promosi Ip Man 3 di Malaysia termasuklah sebuah sesi bertemu dengan penonton dan juga tayangan gala di Kuala Lumpur dan Melaka. Acara promosi ini menandakan kemunculan kali pertama dua selebriti itu di Malaysia sejak filem Ip Man pertama pada tahun 2008.

Ip Man 3 yang telah lama dinanti-nantikan ini diedar oleh Lotus Five Star bersama dengan rakan pemasaran RAM Entertainment. Filem ini diterbit oleh Raymond Wong, diarahkan oleh Wilson Yip, pengarah aksi Yuen Woo Ping, dibintangi oleh Donnie Yen, Mike Tyson, Max Zhang Jin, Lynn Xiong, Karena Ng‘, malah legenda seni bela diri yang kekal abadi, Bruce Lee turut muncul untuk membentuk sebuah pasukan Kung Fu terkuat di dunia!

Di Malaysia, Ip Man 3 disokong oleh Penaja Utama Tune Talk, Minuman Rasmi Revive, Penaja Lokasi Rasmi Mahkota Parade Melaka, rakan-rakan sokongan termasuklah JW Marriot Hotel KL dan Pavilion KL dan rakanjrakan media MyFM, MelodyFM, HitzFM, EraFM dan SinarFM.

Aksi seni bela diri Ip Man 3 akan meletus di perayaan Krismas pada 24 Disember 2015! Dapatkan lebih banyak maklumat di laman Facebook RAM Entertainment.

Lotus Five Star & RAM Entertainment

Post a Comment

0 Comments