"Ezad Lazim" Sambutan Ulangtahun & Sidang Media (MVM Production) @NeWay Karaoke 2PM [3/12/2015]

TAK KASI CAN PUNYA! Single terbaru pradengar.

Nama Ezad Lazim adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Dia yang menjadi vokalis kumpulan EXIST, mula di cungkil bakatnya oleh RAHMAT MEGA, sewaktu beliau berusia 17 tahun ketika beliau menjadi wakil negeri Kedah dalam satu rancangan televisyen, Bintang RTM ketegori Utara.

Setelah 17 tahun bersama kumpulan EXIST dari tahun 1995, Ezad membuat percubaan berani mengeluarkan

album solonya berjudul ‘Mengharap Bintang’ dan mempertaruhkan single pertamanya yang berjudul ‘Percintaan Ini’ pada awal tahun 2013 bersama syarikat yang sehingga kita beliau naungi MVM Production

Sdn Bhd. Setelah single pertamanya berjaya memenangi hati para pendengar, Ezad lahir pula dengan single keduanya bertajuk KERANA KAMU awal tahun 2014. ~

Tidak terhenti di hanya di situ, Ezad keluar lagi bersama single berjudul Hati Mati yang mempunyai 2 versi, bersama RJ dan versi solo pada awal 2015. Single ini membawa sedikit kelainan dari lagu-lagunya yang terdahului disamping lagu ini juga mempunyai satu makna yang begitu mendalam pada diri Ezad secara

peribadinya. Pada tahun 2015 juga, sekali lagi Ezad keluar dengan single berjudul CINTA TERAKHIR di mana single tersebut Ezad di jemput untuk ‘feat’ bersama WARIS. '

Kini Ezad yang sedang mengikuti program televisyen anjuran ASTRO, GEGAR VAGANZA musim kedua,

yang telah pun berjaya ke peringkat separuh akhir, mengeluarkan lagi sebuah single berjudul ‘KESETIAAN

CINTA’ dan ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan juga penyanyi, ADI PRIYO atau di kenali sebagai ADI SIXTH SENSE, yang di perdengarkan hari ini.

Kini, Ezad sudah pun menjangkau ke usia 36 tahun pada tahun 2015, bermakna Ezad sudah pun berusia 20

tahun dalam industri muzik. Semoga karya-karya Ezad akan mendapat sokongan penuh dari para media, elektronik mahupun cetak.

Kami akhiri sidang media ini dengan ucapan jutaan terima kasih.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Post a Comment

0 Comments