Sony Music Lancarkan Lagu Cinta Shah Rukh Khan & Kajol 'Gerua' Dari Filem Yang Dinanti-nantikan Dalam Bahasa Melayu yang Diberi Judul 'Warna Cinta' @GSC NuSentral 730PM [18/12/2015]

Menonton DILWALE bersama Aliff Aziz, Kilafairy dan rakan selebriti ini bersempena dengan sebuah lagu tema filem ini berjudul WARNA CINTA (GERUA) disampaikan secara duet oleh Alif Aziz & Kilafairy.

Artis terkemuka Malaysia Aliff Aziz & Kilafairy meminjamkan suara mereka dalam lagu tersebut!

DILWALE Soundtrack & Muzik Video
"WARNA CINTA" GERUA - MALAY VERSION
Aliff Aziz & Kilafairy (Sony Music Malaysia)

Kuala Lumpur, 7 Disember 2015:
Artis Sony Music Malaysia Aliff Aziz dan Kilafairy merupakan suara di sebalik ’Warna Cinta’ Iagu cinta versi Melayu dari hit terhebat Bollywood berjudul ’Gerua’. ’Gerua’ telah memecah rekod sebagai video Bollywood pertama mendapat 10 juta tontonan dalam masa 10 hari. Pasangan ikonik Shah Rukh Khan-Kajol yang dipaparkan melalui filem ’Dilwale’ yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, ditambah dengan lagu yang menarik, berserta alunan suara Aliff Aziz dan Kilafairy yang mempesonakan, ia pasti menjadi hit di pasaran tempatan.

Mengulas perkara yang sama, Shridhar Subramaniam, Presiden Sony Music India dan Timur Tengah berkata, "Bollywood sentiasa mempunyai tempat di hati masyarakat Malaysia, terutamanya filem lakonan Shah Rukh Khan. Filem Dilwale merupakan filem yang ditunggu-tunggu bagi tahun 2015. Apabila rakan kami di Sony Music Malaysia menyatakan hasrat untuk mewujudkan Iagu rasmi versi Melayu agar lebih pengarunhnya, kami sangat berbesar hati. Aliff dan Kilafairy merupakan pilihan pertama oleh kerana kepopularitian mereka dan kami yakin suara mereka akan menambah magis kepada Warna Cinta!"

Sony Music telah memastikan bahawa Iagu tersebut dapat menambat hati peminat di seluruh dunia dan versi Melayu yang diwujudkan adalah sebahagian dari strategi tersebut.

Lagu asal ’Gerua’ telah dinyanyikan dengan penuh penjiwaan oleh Arijit Singh dan Antara Mitra serta liriknya oleh Amitabh Bhattacharya.

‘Warna Cinta’ boleh diperolehi secara eksklusif untuk iTunes serta Apple Music pada 18 Disember 2015. la juga boleh didapati di Spotify, Raku, Joox, Yonder Music, KKBox dan Deezer pada 25 Disember 2015.

Dilwale merupakan sebuah filem tontonan seisi keluarga yang padat dengan aksi, adegan romantik serta elemen komedi. Filem ini adalah hasil kerjasama antara Red Chillies Entertainments dan Rohit Shetty Productions dengan muzik ciptaan Pritam. Tarikh tayangan rasmi adalah pada 18 Disember 2015.

Mengenai Alif Aziz Dan Kilafairy:
Mohamad Aliff Aziz (Aliff Aziz) yang berasal dari Singapura dan kini menetap di Malaysia merupakan artis di bawah naungan Sony Music Malaysia. Beliau merupakan juara termuda pertandingan nyanyian realiti TV ’Anugerah’ pada Julai 2007 diusia 16 tahun. Pada September tahun yang sama, Aliff telah melancarkan album pertamanya dan single ’Cinta Arjuna’ telah terjual sebanyak 300,000 salinan. Single beliau yang seterusnya ’Sayang Sayang’ pula memperoleh muat turun nada dering paling banyak (melebihi 2 juta unit) di sekitar Asia Tenggara. Kemudian pada tahun 2010 album ’lt’s Aliff’s Time’ di terbitkan, ’Aliff Aziz’ pada 2012 dan terbaru ’Selayaknya Aku’. Aliff bukan sahaja mahir menyanyi tetapi juga aktif berlakon dalam drama bersiri tempatan.

Syakila Nisa Jahangir Khan (Kilafairy) merupakan anak kepada penyanyi Rohana Jalil. Lebih dikenali sebagai pelakon, Kilafairy juga merupakan artis di bawah naungan Sony Music Malaysia dan pernah mengeluarkan single berjudul ’Pasti’ pada tahun 2012. Lulusan Diploma Pengurusan dan Pemasaran Fesyen dari Kolej Antarabangsa Raffles, beliau banyak membintangi drama dan filem tempatan.

Twitter: @SonyMusicMY
Instagram: @sonymusicmy
FB: facebook.com/sonymusicmy

Post a Comment

0 Comments