Pelancaran Buku Hanyut ‘A Journey' & Kemudi Serta Preview Filem Hanyut TGV KLCC Hall 11 10AM [24/11/2016]

DARI KEMUDI (ALMAYER’S FOLLY) KEPADA HANYUT ‘A JOURNEY’ 24 November 2016

☆  lnstitut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) hari ini melancarkan dua naskhah buku yang mempunyai keunikan tersendiri, iaitu Kemudi terjemahan bahasa Melayu daripada karya Almayer’s Folly tulisan Joseph Conrad yang diadaptasikan kepada frlem Hanyut, manakala Hanyut 'A Journey’ merupakan naskhah yang lengkap mendokumentasikan proses di balik tabir pembikinan mem tersebut.

☆  Majlis ini menyaksikan penampilan pertama Yang Berhormat (YB) Tuan Budiman Mohd Zohdi sebagai Pengerusi baharu ITBM. yang menyempurnakan pelancaran dua naskhah terbitan terkini ini. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM dan Encik U-Wei HajiSaari, kurator buku dan pengarah filem Hanyut.

☆  Kemudi, atau karya asalnya Almayer’s Folly merupakan novel pertama tulisan Joseph Conrad yang diterbitkan pada 1895. Buku ini mengisahkan kisah Kaspar Almayer, seorang peniaga Bahasa lnggeris berjuang untuk hidup di Tanah Melayu pada awal abad ke-19. lmpiannya untuk mencari gunung emas mitos dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola.

☆  Joseph Conrad menulis buku ini ketika beliau masih menjadi pelaut dan tulisannya ini menjadi teman seperjalanannya melalui susah dan senang hidup sebagai pelaut. Secara dasarnya, buku ini ditulis melalui pemerhatian, pengalaman dan kajian mendalam beliau daripada buku-buku mengenai Tanah Melayu. Buku ini dibawakan ke layar perak dengan judul Hanyut, arahan U-Wei HajiSaari terbitan Tanah Licin Sdn. Bhd.

Hanyut ‘A Journey’ pula diterbitkan dalam versi buku mewah yang memuatkan pendokumentasian proses kerja di balik tabir pembikinan fllem Hanyut daripada penghasilan skrip, pemilihan pelakon, situasi di Iokasi sehinggalah pasca penggambaran mam. Melalui buku ini. pembaca boleh melihat kesungguhan setiap tenaga produksi yang memperuntukkan masa dan tenaga bagi menjayakan frlem epik ini.

☆  Kisah di balik tabir pembikinan frlem dibukukan dengan tujuan untuk mempelbagaikan medium penyampaian maklumat kepada penonton dan juga kelompok pembaca. Nilai dan elemen seperti kerja keras, kecerdasan, kreativiti, kerjasama dan komitmen tinggi yang dilakukan oleh tenaga produksi dan diperlihatkan dalam buku ini tidak mungkin boleh didapati dalam bentuk lain, dan seharusnya juga didokumentasikan untuk rujukan generasi penggiat seni pada masa akan datang.

☆  Mohd Khair Ngadiron dalam prakata buku Hanyut ‘A Journey’ menyatakan bahawa menonton Hanyut akan membawa kita kepada persoalan impian, perjuangan, cinta, beza budaya, manipulasi, kepintaran hujah dan hikmah serta kuatnya jati diri bangsa. Melalui buku ini sendiri kita dapat melihat kuat tekad azam U-Wei dalam perjuangan mereaiisasikan impian Hanyutnya. Banyak yang boleh dipelajari dan kerja keras, ketelitian, kebijaksanaan serla kepintaran akan dapat dikesan dalam usaha penghasilan filem ini. U-Wei berjaya membentuk satu pasukan daripada pelbagai negara, bahasa dan budaya menghasilkan mercu tanda baharu dunia perfileman Malaysia.

☆  Dalam masa sama, pelancaran buku ini diadakan bersempena hari pertama tayangan rasmi frlem Hanyut di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 November 2016. Filem yang dimainkan oleh pelakon antarabangsa dan tempatan antaranya Peter O'Brien, Khalid Salleh, Sofea Jane, Adi Putra, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Bront Palarae, Alex Komang, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat, Patrick Teoh, dan ramai lagi ini seharusnya ditonton oleh setiap peringkat masyarakat.

Shahruddin TambyNazri Blitzenius & Azam Mereka (Movie Addict) Sedang menginterview U-Wei pasal Filem Hanyut! Di Aseana KLCC

☆  Buku Kemudi (Almayer’s Folly) dijual pada harga RM35.00 senaskhah dan Hanyut ‘A Journey’ dijual dengan harga RM160.00 senaskhah. Kedua-dua buku ini boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.itbm.com.my atau Whatsapp - 0192219015. Selain itu, buku ini juga boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia atau rangkaian kedai buku utama seluruh Malaysia.

Antara Pelakon yang turut hadir ialah Diana Danielle, Hasnul Rahmat, Shahruddin Tamby, Darling Ngasri dan Pyan Habib!.

○●○●○●

9.45 pagi   >  Ketibaan tetamu dan media

10.00 pagi >  Ketibaan YB. Tuan Budiman Mohd Zohdi Pengerusi ITBM. / Alu-aluan Pengacara Majlis. / Ucapan Alu-aluan Encik Mohd Khair Ngadiron Pengarah Urusan ITBM. / Ucapan Alu-aluan U-Wei HajiSaari Pengarah Filem Hanyut. / Ucapan Pelancaran YB. Tuan Budiman Mohd Zohdi Pengerusi ITBM. / Pelancaran Buku Hanyut ‘A Journey’ & Kemudi. / Tayangan Filem Hanyut

12.30 tgh/hari  >  Majlis bersurai

###

Starring: Diana Danielle, Sofea Jane, Ady Putra, Bront Palarae, Sabri Yunus, Alex Komang, Khalid Salleh, Peter O’Brien
Director: U-Wei Haji Saari
Produced: Julia Fraser
Screenplay: U-Wei Haji Saari
Based on: Almayer's Folly by Joseph Conrad
Production: Tanah Licin Sdn Bhd
Release Date: 24 November 2016 (Malaysia)
Rating: 3/5

Review: Filem melayu Inggeris oleh arahan U-Wei tahun 2016 agak membanggakan hingga mendapat 4 Awards di tayangan luar negara sebelum tayangan di malaysia... selepas baru saja tengok 24 nov pagi nampak kelainan juga. Tengok jangan tak tengok arahan U-Wei ini yerr!!!

Post a Comment

0 Comments