Penyerahan MOBILEPRENEUR @ KKLW Kepada Usahawan Belia (Peringkat Negeri Selangor) @Padang Awam Kg. Setia, Kuang Selangor 10AM [31/12/2017]

Felcra FTC (FELCRA Training & Consultancy)
- Majlis Penyerahan Mobilepreneur@ KKLW (Peringkat Negeri Selangor)

Sepintas Lalu 》

Padang Awam Kg. Setia, Kuang Selangor 31 Disember 2017 - Mobilepreneur@KKLW merupakan program inisiatif YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk melahirkan usahawan belia luar bandar yang menjalankan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan bergerak dengan menggunakan motosikal. Program ini mula diperkenalkan pada Mei, 2016 dalam mencapai sasaran membandarkan luar bandar.



Program Mobilepreneur memperkenalkan konsep perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kemahiran terus ke rumah atau ke mana-mana saja lokasi berbanding dengan usahawan bergerak sedia ada yang hanya tertumpu kepada penjualan atau penghantaran makanan.


Program Mobilepreneur @KKLW lebih menumpukan kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan-perkhidmatan yang terdiri daripada 13 bidang terpilih iaitu perkhidmatan automatif, motosikal, elektrikal, penghawa dingin, jahitan, gunting dan dandanan rambut, senggaraan bangunan, senggaraan paip, fotografi, kimpalan, komputer, elektornik serta perkhidmatan spa dan kecantikan.


Pada pembentangan bajet 2017 oleh YAB PM, peruntukan sebanyak RM30 juta diberi untuk melahirkan 3,000 usahawan bergerak di bawah Program Mobilepreneur@KKLW. Ini menj adi perangsang kepada GIATMARA dan FELCRA (FTC) selaku agensi pelaksana unutk membantu melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar.

Disamping itu bersamaan Karnival 1118 juga, beranika didalam suasana event FTC ini juga.

☆☆☆☆☆

Agenda 》

10.00pg: Ketibaan para tetamu jemputan 
10.15pg: Ketibaan Dif -dif Kehormat 
10.30pg: Ketibaan DATUK ABDUL SHUKUR BIN HAJI IDRUS
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor
- Bacaan Doa
- Ucapan Perasmian Oleh 
DATUK ABDUL SHUKUR BIN HAJI IDRUS ADUN Kuang 
- Gimik Penyerahan
- Penyerahan Replika Kunci Motosikal Mobilepreneur@KKLW 
- Sesi Bergambar bersama Peserta Mobilepreneur
- Sidang Media /Jamuan Makan 
1.00 ptg: Bersurai


☆ MOBILEPRENEUR ☆
Mobile Services * Everywhere * Everytime
☆ Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah / 1Malaysia 1Negara ☆
☆ FELCRA Berhad / FELCRA Training & Consultancy / FTC Leader In Capability Development ☆

☆☆☆☆☆

I'm Using OPPO F5 4GB Ram 32GB ROM (2017) Review - Thank OPPO Malaysia!
#oppof5 #oppomalaysia #reviewproduct #oppof5review #bloggerstyle

Post a Comment

0 Comments