Pembukaan McDonald’s di The Intermark cipta memori baharu setelah penutupan McDonald’s di Ampang Park
Restoran baharu dengan teknologi baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif tingkatkan pengalaman pelanggan
Kuala Lumpur, 31 Disember 2017 – McDonald’s mengadakan satu sambutan untuk meraikan kenangan manis selama 28 tahun operasi restorannya di Ampang Park hari ini. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dijalankan seperti persembahan busker, lukisan muka dan gubahan belon untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada sambutan yang menandakan hari terakhir operasi McDonald’s Ampang Park.
Para pelanggan berpeluang mengabadikan kenangan manis mereka di restoran ini buat kali terakhir melalui pelbagai sesi fotografi yang disediakan sempena sambutan yang diadakan.
Restoran McDonald’s di Ampang Park iaitu pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang beroperasi sejak Julai 1989, akan ditutup mulai 1 Januari 2018 bagi membolehkan pusat beli-belah itu dimajukan sebagai tapak projek pembangunan stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Berikutan penutupan restoran McDonald’s Ampang Park, rakyat Malaysia kini boleh mencipta memori baharu dan kenangan indah bersama restoran McDonald’s di The Intermark, Jalan Tun Razak. Restoran yang baru dibuka ini menawarkan suasana moden dan peningkatan pengalaman pelanggan melalui pelbagai teknologi baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif. Antaranya termasuklah:
1. Kiosk layan diri atau ‘self-ordering kiosk’ (SOK) membolehkan pelanggan membuat pesanan sendiri dan membuat tempahan makanan mengikut kesukaan masing-masing.
2. Perkhidmatan dua jenis kaunter yang membolehkan pelanggan sama ada yang membuat pesanan melalui SOK ataupun kaunter, untuk mengambil pesanan mereka apabila nombor pesanan dipaparkan di atas skrin, sekaligus mengurangkan masa menunggu dan tidak perlu lagi beratur panjang (please check on translation for no 2) against what was done for Bukit Bintang Opening Press Release BM version. This translation doesn’t sound right
3. Transaksi tanpa tunai memudahkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit.
4. Papan menu digital untuk memaparkan menu dan promosi-promosi terkini, secara langsung membantu meningkatkan pengalaman pelanggan semasa membuat pesanan di kaunter
5. Penyediaan WiFi berkelajuan tinggi memudahkan pelanggan-pelanggan melayari internet
6. Kemudahan stesen pengecasan mudah alih untuk para pelanggan mengecas telefon bimbit mereka semasa menikmati hidangan di restoran kami
McDonald’s komited untuk melaksanakan transformasi terhadap lain-lain restoran McDonald’s di seluruh negara dengan pelaburan antara RM 50 juta hingga RM100 juta untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
☆☆☆☆☆
Latarbelakang McDonald’s 》
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 35,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 265 restoran di seluruh negara.
McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan kerjaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
☆☆☆
AGENDA
1.30ptg - Ketibaan Tetamu Media
2.00ptg - Ucapan Oleh Melati Abdul Hai – Senior Director of Marketing, Communications & Insights, McDonald’s Malaysia
2.05ptg - Quizzes Di McD Ampang Park
2.15ptg - Sesi Media Q&A
2.30ptg - Band Buskers Performance & Refreshment is served
3.00ptg - Tamat
0 Comments