Pempengaruh Terkemuka Asia, 10 Negara Berentap Di Sunway City Kuala Lumpur - Eksklusif Preview @Sunway Resort Hotel & Spa 11AM [28/12/2018]

Sunway City, 28 Disember – Seramai 10 pempengaruh (influencer) terkemuka Asia dari 10 negara akan berganding bahu untuk mempersembahkan keupayaan mereka di dalam “The Amazing Sunway City Challenge” di Sunway City Kuala Lumpur.


Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Beli-belah Sunway dan Taman Tema, HC Chan berkata, “Penonton akan dapat meneroka tarikan di Sunway City Kuala Lumpur menerusi video dan perutusan media sosial dan akan terhibur dengan gelagat pempengaruh yang sedang bertarung. Penonton juga boleh menyerta peraduan yang akan dilancarkan di dalam empat episod web (webisodes). Sejajar dengan kehidupan hari ini yang tersambung secara dalam talian, pengguna media sosial dapat melangkaui sempadan yang membolehkan kita mendekatkan lagi dunia.”


Mereka ialah Jaa Suzuran dari Malaysia, Medyo Maldito (Filipina), RJ Abhinav (India) Michelle Joan (Indonesia), Matthew Stewart (Singapura), Ironbull (Taiwan), SorDor Style (Thailand), Gong Yi (China), Hong Young Gee (Korea Selatan) dan Hadia Ghalebhave (Mesir) yang akan menjadi peserta program realiti penuh aksi ini.


Pempengaruh ini, yang memiliki seramai 25 juta pengikut secara keseluruhan, akan bertarung di sekitar lokasi utama Sunway City untuk memenangi hak sebagai juara The Amazing Sunway City Challenge,” mata Sunway Pals bernilai RM25,000 dan sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note9.

Pempengaruh berbakat besar, Jenn Chia dari Malaysia akan mengacara program ini.


Pengasas dan CEO Kumpulan WebTVAsia, Fred Chong berkata, “Ini adalah satu daripada program realiti yang paling menarik yang pernah dicipta oleh WebTVAsia kerana ia mempertemukan pempengaruh paling popular di seluruh Asia di satu daripada destinasi yang paling menarik di Malaysia.”

Penonton boleh menjangkakan pempengaruh mengharungi aktiviti-aktiviti mencabar termasuk Vuvuzela, gelongsong air terbesar dunia di Sunway Lagoon, dan bertarung di gelanggang ski ais Sunway Pyramid, antara tarikan yang disediakan.

The Amazing Sunway City Challenge” juga ditaja oleh Samsung Electronics Malaysia dan Grab Malaysia. Empat episod web ini akan ditayang pada Februari 2019. Program ini akan ditayangkan di SAYS.com, penyiar web rasmi Malaysia, IDN Times, ET Today Line.tv, LUVE, platform rasmi media sosial Sunway City dan WebTVAsia.

Bertambahan dengan pengikut-pengikut para pempengaruh, episod web ini akan menjangkau lebih daripada 54 juta orang di web seluruh dunia.

“Kami amat berbesar hati untuk berganding bahu bersama WebTVAsia dalam acara The Amazing Sunway City Challenge yang akan membawa keriangan kepada para penonton di wilayah ini. Kami amat teruja untuk melihat bagaimana para peserta KUALA LUMPUR menampilkan kreativiti mereka untuk memenangi cabaran ini.” kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics.

Jaa Suzuran (Malaysia)

Hong Young Gee (Korea Selatan)

Medyo Maldito (Filipina)

SorDor Style (Thailand)

Matthew Stewart (Singapura)

Michelle Joan (Indonesia)

Ironbull (Taiwan) With Translater

Gong Yi (China)

RJ Abhinav (India)

Ghaleb (Mesir)

###

Sunway City》

Sunway City merupakan salah satu destinasi wajib dikunjungi di Malaysia yang menawarkan kemudahan menyeluruh dengan pelbagai tarikan seperti hiburan. percutian dan riadah. diintegrasi di dalam kawasan seluas 800 ekar. Dengan kunjungan melebihi 42 juta setiap tahun, tanah yang dahulunya terbiar kini ditransformasikan sebagai pusat daya tarikan pelancong. Antaranya ialah taman tema Sunway Lagoon yang telah dinobatkan sebagai Tarikan Terbaik Asia, pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan beberapa buah hotel Sunway dengan anggaran jumlah bilik sebanyak 1500 unit. Sunway City juga dirangkumi oleh kemudahan pendidikan and kesihatan yang bertaraf antarabangsa telah dinamakan bandar lestari bersepadu yang pertama di Malaysia yang disahkan oleh Green Building Index.

@huaweimobilemy ☆☆☆☆☆
Captured A/V And Photo With #HuaweiNova3e 4GB Ram | 128GB #MyHuaweiNova3e #HuaweiMalaysia

Post a Comment

0 Comments