Gundala Preview & Sidang Media di TGV Suria KLCC

Gundala Sebuah komik Hero Indonesia kini Di Filem!
.
KUALA LUMPUR, 20 Disember 2019 – Sejak filem adiwira Gundala ditayangkan di Indonesia bermula 29 Ogos lepas, nama pelakon Bront Palarae terus meniti di bibir peminat seni negara seberang itu.



Membawa watak antagonis ‘Pengkor’, Bront atau nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 41, berkongsi rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada produksi filem itu kerana jalan penceritaannya yang berbeza termasuk konflik dalam politik.



Jadi orang boleh bawa keluarga pergi tengok Gundala. Di samping itu, ia akan beri satu peringatan tentang hidup kita dan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya pada sidang media di majlis pra-tonton filem Gundala, di sini hari ini.



Dalam filem yang diadaptasi daripada komik Gundala Putra Petir (1969), Pengkor merupakan watak orang yang berpengaruh dan mempunyai fikiran pintar, yang mahu masyarakat masa hadapan tidak mempunyai moral.



Bront berkata filem Gundala boleh dijadikan sumber inspirasi bagi pembuat filem tempatan untuk menghasilkan filem komersial yang mempunyai pengisian pengajaran yang baik di samping menghiburkan penonton dengan penggunaan lawak jenaka.



Jika filem itu menarik buat penonton yang sudah menonton Gundala, pasti penonton tersebut akan menceritakan keseronokkan Gundala dan orang yang tidak menonton lagi pasti akan tidak sabar untuk menonton filem ini,” katanya.


Diarahkan oleh Joko Anwar, filem itu dibintangi Abimana Aryasatya sebagai Sancaka atau Gundala, Tara Basro sebagai Sedhah Esti Wulan dan Muzakki Ramdhan sebagai Sancaka sewaktu kecil.

Video Gundala Preview dan Sesi Sidang Media Di TGV Cinemas Suria KLCC
.
Gundala digambarkan watak adiwira yang mampu mengalahkan musuh dengan kekuasaan istimewa yang diperoleh daripada sumber petir. Filem itu akan ditayangkan di Malaysia bermula 26 Dis ini.
.
###
.
SIPNOSIP:
Sebuah filem arahan Joko Anwar yang diadaptasi dari karakter komik Indonesia, Gundala, ciptaan Hasmi pada 1969. Filem ini mengisahkan Sancaka, yang perlu menjaga diri sendiri dan membesar di tepi jalanan sejak ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya ketika kecil. Kini setelah meningkat dewasa, dia bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. Suatu hari, selepas disambar petir, dia mendapati ia telah membangkitkan kuasa luar biasanya. Dia perlu memilih antara meneruskan hidup dengan melindungi diri sendiri atau menggunakan kuasanya untuk kebaikan dan bangkit sebagai adiwira bagi golongan yang ditindas.

Video Gundala Treler
.
Pelakon: Abimana Aryasatya, Tara Basro, Bront Palarae, Ario Bayu, Rio Dewanto
Pengarah: Joko Anwar
Bahasa: Indonesia
P13  |  105 Min  |  Aksi, Pengembaraan, Sci-Fi
Pengedar: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 26 Disember 2019
.
FAKTA KOMIK KE FILEM GUNDALA

.
1.  Gundala adalah adaptasi daripada karektor komik pertama di Indonesia karya Harya “Hasmi” Suraminata yang diterbitkan oleh Jagat Sinema pada tahun 1969. Komik ini mendapat sambutan hebat oleh para pencinta komik di Indonesia dan telah diterbitkan sebanyak 23 edisi sehingga tahun terakhirnya pada 1982. 
 .
2.  Filem ini mengisahkan mengenai Sancaka yang hidup di jalanan sejak kecil setelah ditinggalkan oleh ibu-bapanya. Kesulitan hidup membuatkan Sancaka sering memikirkan bagaimana dia harus bertahan untuk meneruskan kehidupan. Ketika keadaan semakin buruk, Sancaka perlu memilih untuk hanya melindungi dirinya sendiri atau bangkit menjadi pahlawan membantu mereka yang ditindas. 
.
3.  Filem ini dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Tara Basro, Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan. Pelakon dari Malaysia, Bront Palarae turut membintangi filem ini dan memegang watak penjahat utama.
.
4.  Filem ini ditulis dan diarahkan oleh pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar. Antara filem terkenal arahan Joko Anwar adalah Janji Joni, Pengabdi Setan dan terbaharu, Perempuan Tanah Jahanam.
.
5.  Filem edaran Legacy Pictures dari Indonesia ini merupakan terbitan bersama Screenplay Films dan BumiLangit Studios.

.
6.  Filem ini akan ditayangkan di seluruh Malaysia pada 26 Disember 2019. Filem ini telahpun ditayangkan di Indonesia  pada 29 Ogos 2019.
.
7.  Bagi penghasilan kostum, filem ini bekerja sama dengan pereka kostum daripada Amerika Syarikat iaitu Quantum Creations FX yang telah menghasilkan kostum bagi filem-filem terkenal seperti Dare Devil, Supergirl, The Hunger Games, Star Trek dan Iron Man.
.
8.  Visual effect bagi filem ini dihasilkan oleh Anibrain VFX, India yang terlibat dalam pembikinan filem Doctor Strange, Guardians of Galaxy Vol 2, Fantastic Beast dan banyak lagi.
.
9.  Gundala telah berjaya menggondol tiga anugerah di Festival Film Indonesia 2019 menerusi kategori Pengarah Sinematografi Terbaik (Ical Tanjung), Penata Efek Visual Terbaik (Abby Eldipie) dan Penata Suara Terbaik (Khikmawan Santosa, M. Ikhsan & Anhar Moha)
 

Post a Comment

0 Comments