POLICE MENGUMUMKAN FATTAH AMIN SEBAGAI DUTA JENAMA DI MALAYSIA UNTUK KOLEKSI KACAMATA

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2020 - Police, jenama gaya hidup Kumpulan De Rigo, dengan sukacita mengumumkan pelakon dan penyanyi Fattah Amin sebagai duta baru jenama itu bagi koleksi kacamata untuk pasaran Malaysia. Fattah mengikuti jejak duta global Police yang lalu termasuk Bruce Willis, George Clooney, David Beckham, Antonio Banderas, Neymar Jr dan Lewis Hamilton.

Dikenali sebagai pelakon muda yang berbakat dan sensasi muzik generasi baru, kerjasama Fattah Amin dengan Police menandakan penyatuan dua ikon terbesar. Kempen ini memperlihatkan Fattah menggayakan koleksi kacamata terbaru Police yang bercirikan reka bentuk yang terkenal, diilhamkan dari model paling ikonik jenama itu, dan ditafsirkan semula dengan gaya yang selaras dengan trend industri kacamata terkini.

"Fattah Amin adalah pelakon berbakat yang mempamerkan keperibadian yang baik dengan karisma yang tinggi. Dia sentiasa bersemangat, dengan daya tarikan yang menggoda. Di De Rigo, kami bersepakat mengatakan ciri-ciri ini akan menentukan hala tuju kacamata jenama Police." kata Vittorio Trusso, Pengarah Urusan De Rigo Asia Pasifik.

"Adalah menjadi suatu penghormatan untuk dipilih sebagai duta untuk kacamata Police, terutama ketika saya membesar dengan mengimpikan reka bentuk mereka. Selalu ada sesuatu yang sangat ikonik mengenai koleksi mereka, terutama ketika anda melihat George Clooney atau Bruce Willis menggayakannya"  tambah Fattah Amin.

Dilancarkan pada tahun 1980-an sebagai kacamata jenama Kumpulan De Rigo, Police kini menawarkan pelbagai jenis produk, semuanya diperbuat dari bahan berkualiti tinggi untuk gaya hidup urban.

###

Mengenai Police

Police adalah jenama milik De Rigo, peneraju dunia dalam reka bentuk, pembuatan dan pengedaran kacamata dengan kualiti yang tidak dapat dipertikaikan. Ditubuhkan pada tahun 1983, jenama Police semakin diperkasakan dengan reka bentuk halus berserta imej yang kuat. Melalui identiti dan kedudukannya dalam pasaran, yang telah digabungkan selama beberapa tahun, Police sentiasa stabil mencipta konsep gaya hidup yang pelbagai merangkumi wangian, jam tangan, barang kemas dan barangan kulit kecil. Koleksi Police diedarkan di lebih dari 80 negara, terutamanya di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.


Mengenai Fattah Amin

Fattah Amin ialah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat besar. Beliau mula meraih populariti menerusi lakonan dalam drama 'Suri Hati Mr. Pilot' dan setelah membintangi beberapa filem, termasuk 'Hero Seorang Cinderella', 'KL Special Force', dan 'Isteri Bukan untuk Disewa' yang menampilkan lagunya 'Isterimewa' sebagai OST.  Terkini Fattah membintangi 'Mat Kilau', yang akan dilancarkan dalam tahun 2020. Dia juga telah melancarkan beberapa single seperti 'Wanita Terakhir', 'Cinderella', '1234U', 'Syawal Kali Ini', 'Paling Sempurna' dan lagu terbarunya 'Bebas ', yang telah dilancarkan pada 13 Mac 2020. Fattah Amin yang juga merupakan ikon fesyen, pernah menghiasi sampul Glam Lelaki, EH!, Maskulin, dan Folio Lelaki.



Latest Single “Bebas”  

Post a Comment

0 Comments