KONSERT KELAPAN MIC ON! - PERJUANGAN HABIB DI MIC ON! TAMAT.

Kuala Lumpur, 28 Disember 2020 - Lagu bertemakan Lagenda yang bermaksud lagu kepunyaan penyanyi asal yang disegani dan sangat dihormati. Dan kali ini ia adalah sangat mencabar untuk peserta Mic On! kerana ada di antara mereka harus menyanyikan lagu milik juri Mic On! sendiri iaitu Dato M.Nasir dan Mas Idayu. Persediaan peserta harus dibuat dengan strategi yang betul bersama pengurus masing-masing kerana mungkin kesilapan yang kecil akan mengubah nasib mereka.

Walaupun Habib telah diserap masuk kumpulan Shuk tetapi nasib tidak menyebelahi Habib kerana perjalanan Habib berakhir di sini. Shuk selaku pengurus berharap Habib akan berjaya di luar sana dan sentiasa memperbaiki dalam apa jua yang diceburi. Kekecewaan juga terlihat di raut wajah Fad yang juga bekas pengurus Habib.

Mic On! adalah program realiti yang pertama yang disiarkan di Awesome TV menampilkan 12 finalis yang telah di jurikan oleh Dato M. Nasir dan Mas Idayu. Untuk membantu para peserta sepanjang program ini, mereka diberi pengurus untuk membantu mereka dari segi kreativiti persembahan, di mana pengurus mereka adalah Shuk Sahar, Ropie dan Fad.

Nantikan persembahan finalis Mic On! di konsert keenam pada 25 Disember 2020 jam Mic On! 9.00 malam hingga 11.00 malam melalui saluran 112, MyTV. Ulangsiar program tersebut boleh ditonton di laman sesawang rasmi Awesome TV, www.awesometv.my dan penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic On! melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV.

 Instagram: @awesometv.my
Facebook: Awesome TV
Twitter: Awesometv_my
Youtube: Awesome TV


Post a Comment

0 Comments