Nestlé memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu jenama MILO dan NESCAFÉ kegemaran rakyat Malaysia

Nestlé Malaysia melancarkan rangkaian Dairy Free Drinks serba baru dengan kerjasama Jaya Grocer. Dari kiri: April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Sedia untuk Minum, Nestlé (Malaysia) Berhad; Kanthan K, Ketua Merchandising, Jaya Grocer; Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad; Daniel Teng, Pengarah Operasi Trendcell, Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd; dan Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif Jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Petaling Jaya, 8 April 2021 - Dua jenama ikonik Nestlé kini muncul dengan versi tanpa tenusu yang menjadi sebahagian daripada rangkaian sedia untuk diminum. MILO dan NESCAFÉ Dairy Free baharu pasti akan mengujakan penggemar yang mengidamkan minuman berasaskan tumbuhan atau tanpa tenusu keluaran MILO dan NESCAFÉ kegemaran mereka.

Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free baharu diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan dan tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. 

Komponen susu dalam minuman digantikan dengan sumber protein berasaskan tumbuhan seperti badam, kacang soya, oat dan kacang pea. Secara umumnya, produk berasaskan tumbuhan merupakan sumber lemak yang sihat, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral serta serat makanan, di samping lebih rendah lemak dan lemak tepu serta bebas kolesterol. 

Nadia Heng, Emcee Pelancaran Nestle Dairy Free di Jaya Grocer, The Starling Mall.
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu di Malaysia buat julung-julung kalinya bagi melengkapkan inovasi produk kami dalam menyediakan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berkhasiat dan mesra alam.

Memandangkan semakin ramai pengguna membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat, serta meneroka cara baharu untuk menikmati makanan yang bukan sahaja bermanfaat untuk diri mereka sendiri malah alam sekitar, kami telah menginovasi minuman MILO dan NESCAFÉ dengan menghasilkan versi tanpa tenusu untuk kedua-dua jenama ini bagi menyokong keperluan berasaskan tumbuhan yang lazat dalam perjalanan ke arah masa hadapan yang lebih lestari.”

Pembuka Tirai 2021 Produk Minuman Terbaru dari Nestle Dairy Free Drinks.
Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Daniel Teng, Pengarah Operasi Trendcell, Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd.

Pelancaran rangkaian minuman Nestlé Dairy Free baharu oleh Nestlé sejajar dengan komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. Tambah Aranols, “Makanan berasaskan tumbuhan telah mencetuskan revolusi cara penghasilan makanan. Kami berharap dengan menawarkan makanan dan minuman berasaskan tumbuhan akan dapat membantu kami mencapai cita-cita ini.”

Evolusi jenama ikonik MILO dan NESCAFÉ yang seiring dengan revolusi makanan ini menawarkan peluang pertumbuhan baharu untuk segmen minuman sedia diminum Nestlé. Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kami berbangga menerajui usaha Nestlé dalam memperkenalkan rangkaian sedia diminum tanpa tenusu yang baharu ini. 

Nestle Dairy Free Drinks dilancarkan secara Rasmi di Jaya Grocer, The Starling Mall.
Chui Hoong, Tetamu Nestle Speaker Freelance Dietition dan Author.
Adik Comel Nestle memberikan Minuman terbaru dari Nestle Dairy Free Drink iaitu MILO Dairy Free Badam, NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte. Sesi Media dan Blogger mencubainya.

Minuman MILO Dairy Free kami merupakan pertama seumpamanya untuk Nestlé, justeru kami berharap produk ini dapat mencetuskan minat dalam kalangan pengguna yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan terhadap MILO, jenama kegemaran jutaan rakyat Malaysia. 

Selain itu, dengan NESCAFÉ menyertai rangkaian tanpa tenusu ini, kami juga berharap penggemar kedua-dua jenama MILO dan NESCAFÉ kini mempunyai alasan yang baik untuk meneroka langkah menuju perjalanan berasaskan tumbuhan bersama kami.”

Terdapat dua format MILO Dairy Free Badam: UHT 1l dan botol PET 225ml. Manakala, NESCAFÉ Dairy Free Badam Latte dan NESCAFÉ Dairy Free Oat Latte pula didapati dalam format botol PET 225ml. Dengan rasa MILO dan NESCAFÉ ikonik yang digemari rakyat Malaysia, produk tanpa tenusu ini juga sesuai untuk pengguna yang mengalami intoleransi laktosa.

Rangkaian minuman Nestlé Dairy Free memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemaknya adalah lebih rendah berbanding produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat.


Untuk menikmati minuman Nestlé Dairy Free baharu, kunjungi Jaya Grocer atau pasar raya, peruncit, kedai serbaneka dan laman web e-dagang yang terkemuka. Untuk maklumat lebih lanjut, layari: https://www.dearnestle.com.my/brand-story/rtd-dairy-free

#####

Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti. Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.

Post a Comment

0 Comments