JDMas menyokong usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi melalui Belanjawan 2021

JDMAS MENYASARKAN RMB 10 JUTA DALAM PENJUALAN UNTUKBELANJAWAN 2021 BERSAMA MOF & MDEC BAGI MENYOKONG MSMEMELALUI PERNIAGAAN ATAS TALIAN RENTAS BENUA

Belanjawan 2021 Shop Malaysia Online Kempen

JDMas Commerce, pengendali Stor Perdana Malaysia di JD Worldwide, iaitu sebahagian daripada peruncit terbesar atas talian di negara China telah disenarai pilih sebagai rakan platform Belanjawan 2021, satu inisiatif dibawah Kementerian Kewangan dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pada 5hb Julai 2021 dan berkuatkuasa daripada 1hb Julai sehingga penghujung tahun 2021.

Belanjawan 2021 ataupun B2021 menampilkan dua inisiatif yang unik untuk menyokong perusahan mikro, kecil dan sederhana (PKS), iaitu Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO). Inisiatif-inisiatif mempunyai objektif untuk membantu perniagaan dan jenama Malaysia untuk menggunapakai perdagangan atas talian (“eCommerce”) sebagai kaedah baru untuk menjalankan perniagaan, di samping meluaskan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa.

JDMas telah dikenal pasti mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk menjalankan transformasi perniagaan melalui perniagaan atas talian rentas benua secara B2C (perniagaan kepada pengguna) menerusi platform dan rangkaian JD.com, peruncit secara atas dan luar talian terbesar di negara China dan ketiga besar di dunia. Ini termasuk promosi dan pemasaran digital, bayaran atas talian, penghantaran muatan rentas benua (cross border freight), Gudang dan logistic menerusi ekosistem JD di China.

JDMas menyokong usaha Kerajaan untuk memulihkan ekonomi melalui Belanjawan 2021

Perusahaan PKS juga mempunyai peluang untuk merealisasikan potensi jenama Malaysia kepada lebih satu billion pengguna berdaftar bersama JD di negara China. Ini, secara terus, membolehkan barangan jenama Malaysia untuk mendapat akses, jualan dan perkembangan yang pesat di pasaran negara yang mempunyai ekonomi kedua besar di dunia.

Di bawah kempen Go-eCommerce Now, syarikat Malaysia dapat menyenaraikan jenama dan barangan di Astaka Nasional Malaysia yang merupakan stor perdana di JD Worldwide dan menerima rebat sebanyak RM5,000.00. Mereka juga dapat menikmati pelbagai subsidi penjual khas dan bantuan teknikal & jualan daripada JDMas di Malaysia dan di negara China.

PKS tersebut juga boleh menembusi dan mendapat akses untuk mengembangkan
perniagaan dengan rebat, promosi dan baucar khas pengguna melalui kempen Shop Malaysia Online yang akan dijalankan oleh JDMas.

“Kami berasa bangga dan rendah diri kerana diberi amanah oleh kerajaan Malaysia untuk menampilkan jenama-jenama Malaysia yang unik untuk pasaran China menerusi platform kami. Pihak JDMas akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat PKS untuk memastikan jualan rentas benua ini berjaya,” kata Datuk Bruce Lim, Pengarah Urusan JDMas Commerce Sdn Bhd.

Datuk Bruce Lim, Pengarah Urusan JDMas Commerce Sdn Bhd

Jenama Malaysia akan mengambil bahagian di pelbagai promosi dan jualan yang akan dijalankan di negara China seperti Kempen Jualan 916 Hari Malaysia dan 11-11 Singles’ Day yang merupakan pesta jualan yang terbesar di negara tersebut.

“Pelanggan dan pengguna kami di negara China akan menikmati rebat yang hebat dan baucar apabila mereka membeli-belah di stor perdana Malaysia di laman JD.com. Kempen tersebut akan dijalankan secara atas talian dan juga secara fizikal di China. Kami bekerjasama rapat bersama-sama agensi seperti MDEC, Matrade dan Malaysia China Business Council (MCBC) untuk memastikan syarikat-syarikat PKS yang terlibat mendapat pendedahan dan jualan yang sepenuhnya menerusi sepanduk digital (“banner ads”), siaran langsung atas talian (“livestream”), carian atas talian dan sebagainya. Stor kami juga diketengahkan di stesen televisyen nasional China, iaitu Hainan TV pada bulan September bersama duta Malaysia di China, Datuk Nurshirwan Zainal Abidin untuk mempromosi jenama dan barangan kami kepada pasaran China,” tambah Lim.

JDMas mensasarkan jualan RMB10 million daripada kempen Shop Malaysia Online campaign untuk tahun 2021.

Ketahuilah lebih lanjut lagi mengenai Go-eCommerce Now dan Shop Malaysia Online di pautan www.jdmas.my/belanjawan2021.

###

Mengenai JDMas Commerce

JDMas Commerce Sdn. Bhd. is operator Stor Perdana Malaysia (Malaysia National Pavilion) bersama JD Worldwide, sebahagian daripada JD.com, iaitu syarikat peruncitan secara atas talian dan tradisional terbesar di negara China. JD merupakan syarikat Internet yang
pertama yang muncul di senarai Fortune Global 200.

Post a Comment

0 Comments