MERCHANTRADE & MCIS LIFE BEKERJASAMA UNTUK PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG RM50 BERSAMA CELCOM

KUALA LUMPUR, 8 Oktober, 2021: Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), penyedia perniagaan perkhidmatan wang terbesar di Malaysia bekerjasama dengan MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) untuk memasarkan pelan insurans hayat yang mengambil bahagian dalam program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) RM50 bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom) sebagai salah satu rakan telekomunikasi untuk menjangkau segmen yang kurang mendapat perhatian.

Melalui perkongsian ini, pelan Merchantrade Insure Life boleh ditebus menggunakan PTV RM50 seperti yang diumumkan dalam belanjawan negara 2021.

Penebusan ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak berumur antara 18 hingga 60 tahun yang kini menjadi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menikmati perlindungan polisi Merchantrade Insure Life dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM20,000 selama 1 tahun.

Dilaporkan bahawa sekitar 8.4 juta penerima BPR yang layak akan mendapat manfaat daripada program PTV tersebut. PTV itu amat penting kerana ia memberi kuasa kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang masih belum mempunyai perlindungan insurans hayat untuk mencari jalan bagi melindungi anggota keluarga mereka dari segi kewangan.

Polisi istimewa ini merangkumi kematian disebabkan oleh sebarang punca termasuk Covid-19 dan di samping itu, jumlah pembayaran juga berlipat ganda menjadi RM40,000 untuk penyakit tertentu seperti demam Denggi, demam Chikungunya, Malaria, virus Ensefalitis Jepun, Selsema Burung atau virus Zika.

Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia dan Prasheem Seebran, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life menyambut baik inisiatif kerajaan dalam meningkatkan jaringan keselamatan sosial terutama di kalangan rakyat dalam kategori B40 dan berpendapatan rendah.

T. Kugan, Ketua Pegawai Perniagaan Baharu Celcom Axiata Berhad berkata, “Celcom terus berusaha untuk menyediakan pelbagai perlindungan insurans yang berpatutan seperti insurans Hayat, Kemalangan Diri dan Kecurian kepada semua rakyat Malaysia. Pandemik Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga kehidupan semua rakyat Malaysia, dan sangat penting bahawa setiap orang mempunyai peluang untuk dilindungi dari segi kewangan, dan memberi mereka ketenangan apabila mengetahui bahawa anggota keluarga mereka turut dilindungi”.

“Dengan liputan rangkaian terluas 4G LTE Celcom, kami juga mampu menjangkau segmen yang kurang mendapat perhatian di seluruh Malaysia melalui Aplikasi Celcom Life kami. Kami juga berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Merchantrade Insure dan menawarkan penyelesaian yang lebih mudah, secara langsung, berpatutan dan mudah diakses kepada pelanggan kami,” tambah Kugan.

Merchantrade Insure Life, yang ditaja jamin oleh MCIS Life, menawarkan proses pendaftaran yang mudah, tiada masa menunggu, tidak memerlukan pemeriksaan perubatan dan dilengkapi dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia, memastikan pelan insurans yang sangat berpatutan dengan halangan masuk yang rendah yang membolehkan komuniti yang tidak dilindungi mendapat akses yang lebih baik dan adil terhadap perlindungan insurans hayat.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Merchantrade Insure Life, sila layari laman sesawang   https://mtradeasia.com/insure/ptvms/.

###

About Merchantrade

Merchantrade Asia Sdn. Bhd. is a leading fintech company and Malaysia’s largest Money Services Business operator and fast-growing e-Money issuer.
 
Merchantrade operates 98 branches, 4 main wholesale banknote trading hubs, has more than 500 agent locations and more than 600 cash-in cash-out merchant partners throughout Malaysia. Its award-winning digital platforms such as eRemit mobile money transfer app, available in both Malaysia and Singapore allows for seamless worldwide personal money transfers, and Merchantrade Money an app and card-based digital wallet that offers a range of digital financial services, including multi-currency wallet solution, digital payments, remittance services, currency exchange, micro-insurance, mobile reloads and more.

For more information, please visit www.mtradeasia.com


About MCIS Life

MCIS Insurance Berhad (MCIS Life) is a pioneer life insurer in Malaysia since 1954, regulated by Bank Negara Malaysia, and a proud member of the Sanlam Group, one of the world’s biggest internationally active insurance groups, since 2014. 
#PeopleHelpingPeople

About Celcom Axiata Berhad 

Celcom is Malaysia’s first and largest private mobile network operator, with almost 14 million users on its 2G, 3G and 4G LTE+ networks, covering over 98% of the population. Established in 1988, Celcom is now moving towards integrated multi-access, multimedia services and Internet of Things solutions, in line with evolving technologies and consumer behaviour in Malaysia. A culture that places the customer first is reflected in our award-winning customer service, products, and other corporate accolades at a regional level. Celcom is part of Axiata Group Berhad, one of the region’s largest telecommunications groups actively driving digital transformation across a footprint of 9 markets in ASEAN and South Asia. For more information on Celcom, log on to www.celcom.com.my

Post a Comment

0 Comments