NOKIA Tiga kali lebih daya tahan, sekuriti dan keyakinan dengan peranti HMD yang baharu!

✓  Peranti Nokia yang terbaharu bakal menawarkan waranti, pengemaskinian perisian dan sekuriti sehingga tiga tahun, dengan sebuah portfolio yang pasti anda sukai, yakini dan gunakan lebih lama.
✓  Para peminat Nokia juga berpeluang untuk mendapatkan sagu hati No Time to Die edisi terhad dengan membuat pratempahan bagi Nokia X20 di Shopee

Kuala Lumpur, Malaysia, 14 Oktober 2021 – HMD Global, pengeluar telefon bimbit dan aksesori Nokia, bakal membawa barisan telefon pintar dan telefon asas yang baharu di pasaran Malaysia, iaitu Nokia X20, Nokia G10, Nokia C20, Nokia C01 Plus, Nokia 110 (4G) dan Nokia 105 (4G)

Pelancaran aneka siri telefon pintar ini juga disempurnakan dengan usaha sama yang dijalinkan antara HMD Global dan filem James Bond yang terbaharu, No Time To Die. Sejajar dengan tayangan filem ini pada bulan November, HMD Global bakal menghadiahkan botol air berpenebat eksklusif bagi setiap pratempahan yang dibuat untuk telefon pintar Nokia X20 di Shopee mulai 14 – 18 Oktober 2021

Masih menjulang kemasyhuran telefon bimbit Nokia di peringkat global, Nokia X-series di kelas teratas, G-series di aras pertengahan, dan C-series di aras permulaan, termasuk model-model telefon bimbit asas keluaran HMD Global akan memberi pengalaman yang berkualiti tinggi seperti yang dijangkakan oleh para pengguna. Dalam era yang sedang bergerak pesat dan yang diwarnai dengan fesyen segera, telefon bimbit Nokia melangkaui trend dengan menawarkan peranti yang boleh digunakan lebih lama, keupayaan sekuriti yang tersohor dalam industri, daya tahan yang lebih cemerlang, serta jaminan untuk membekalkan perisian yang terkini. Bersama, portfolio HMD Global yang terbaharu menawarkan peranti yang anda boleh percayai, gunakan lebih lama, dan gembira untuk memilikinya. 

✓  Nokia X20: Kualiti dan pengalaman pengunaan yang anda sukai, termasuk dengan waranti bertempoh 3 tahun, iaitu yang pertama seumpamanya ditawarkan pada harga ini, di samping pengemaskinian sekuriti dan perisian bertempoh 3 tahun, yang memberi pengguna kelapangan dada dengan peranti mereka ini yang akan kekal relevan dan selamat untuk jangka waktu yang lama.
✓  Nokia G10: Ciri-ciri inovatif dalam sebuah pakej yang bersekuriti tinggi, dibantu oleh hayat bateri yang paling panjang setakat ini.
✓  Nokia C20 & C01 Plus: Telefon pintar yang pasti anda ingin gunakan untuk bertahun-tahun lamanya, kerana daya tahan signaturnya.
✓  Nokia 105 4G & 110 4G: Telefon bimbit 4G yang membekalkan keupayaan keterhubungan yang hebat, lengkap dengan fungsi-fungsi yang asas

Ravi Kunwar, Pengurus Besar Pan Asia, HMD Global: “Di HMD Global, kami sentiasa berusaha untuk membawakan teknologi yang mampu dimiliki serta mudah untuk diakses oleh para pengguna kami, dan pada masa yang sama, kami juga tidak membelakangkan kepentingan terhadap alam sekitar. Sambil kita mara ke hadapan, kami akan terus berpegang kepada misi kami - iaitu untuk membekalkan keupayaan ketahanan yang luar biasa, membolehkan peranti kami digunakan untuk tempoh yang lebih lama menerusi kualiti yang tinggi serta waranti yang bertempoh lebih panjang. Kami ingin memberikan pengguna kami keyakinan bahawa kepentingan mereka telah didahulukan, jadi mereka boleh berlapang dada dan tidak perlu menghiraukan tentang perkara lain, selain apa yang penting dalam kehidupan mereka. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami telah melanjutkan tempoh waranti bagi peranti X-series di Hong Kong, dan kami gembira untuk berbuat demikian di Malaysia juga; termasuk negara-negara Pan Asia tidak lama lagi.”

Goh Doh Hau, Pengurus Negara, HMD Global, Malaysia: “Penantian bagi para peminat Nokia telah pun berakhir di Malaysia. Pasukan kami telah bekerja keras untuk memastikan kami dapat membekalkan peranti yang anda sukai, percayai, dan gunakan lebih lama. Barisan peranti kami menunaikan keperluan segmen pasaran yang berbeza-beza, dirumus khas untuk landskap teknologi masa kini yang kian berubah. Sebagai contoh, Nokia X20 didatangkan dengan waranti bertempoh 3 tahun di samping pengemaskinian sekuriti dan sistem operasi selama 3 tahun, sekali gus menjadikannya peranti yang sempurna bagi penggunaan jangka panjang. Begitu juga dengan Nokia G10 yang menawarkan pengemaskinian perisian selama dua tahun dan pengemaskinian sekuriti selama tiga tahun.

Berlatarkan kegiatan e-dompet, perbankan digital dan perkhidmatan dalam talian seumpamanya yang terus berkembang di Malaysia, kami ingin memastikan keselamatan digital pengguna kami kekal menjadi keutamaan tertinggi. Oleh itu, pengemaskinian ini adalah mustahak untuk mewujudkan gelembung yang dapat melindungi peranti pengguna daripada ancaman sekuriti dan pepijat. Kami akan meneruskan kemajuan ini dan menyediakan peranti yang mampu tahan lebih lama, di samping membangunkan teknologi yang lestari serta menggiatkan inovasi, yang turut dibuktikan menerusi pengiktirafan berkaitan dengan kelestarian yang kami telah terima di EcoVadis 2021.”

Rakam detik kegemaran anda dengan Nokia X20, juga kini tiga kali ganda lebih selamat

Mencabar batasan telefon pintar kelas pertengahan, Nokia X20 membekalkan pengalaman dan kualiti yang melangkaui harganya. Di samping gubahan Nordik serba rapi yang ia bawakan, prestasi yang luar biasa juga dapat diamati menerusi Nokia X20. Telefon pintar ini turut hadir dengan waranti, pengemaskinian perisian dan sekuriti selama tiga tahun, menjamin telefon pintar hari ini mampu berfungsi dengan lebih baik pada hari esok. Berlatarkan kegiatan perbankan dalam talian serta e-dompet di Malaysia yang sedang berleluasa, pengemaskinian tambahan ini menawarkan tahap keselamatan yang tinggi buat para pengguna, lantas menjadikan Nokia X20 pendamping yang anda boleh percayai untuk transaksi dalam talian. 

Di samping itu, Nokia X20 direka dengan memberi perhatian ke atas aspek kelestarian yang memfaktorkan perihal pempakejan, penggunaan tenaga dan pengitaran semula, justeru sebuah produk yang lebih sesuai untuk alam sekitar pun terlahir. Nokia X20 didatangkan dengan selongsong yang boleh dikompos 100%. Ia meningkatkan daya tahan telefon pintar ini, di samping mengurangkan pembaziran, dan membantu Nokia X20 melangkau lebih jauh. Dapatkan maklumat lanjut mengenai profil alam sekitar Nokia X20 di sini

Turut mewarnai ciri-ciri kefungsian Nokia X20 yang luar biasa ialah kamera kuad 64MP yang versatil, lengkap dengan ZEISS Optics, ia mencabar batasan fotografi peranti mudah alih. Mod berbilang kamera Dual Sight yang baharu membolehkan anda merakam imej menggunakan kamera hadapan dan belakang pada masa yang sama – di samping itu, anda juga boleh memilih dua kamera yang terletak di belakang untuk merakam gambar lebar dan ultra lebar. Digandingkan dengan Kecerdasan buatan (AI), serta teknologi pengimejan berasaskan kedalaman, Nokia X20 akan memberi nafas kepada detik-detik istimewa dalam hidup anda sambil mencungkil kreativiti. 

Malah musim cuti hujung tahun juga bakal menyusul, maka anda boleh menggunakan peluang ini untuk merakam detik-detik kegemaran anda dengan lensa Nokia. 

Telefon pintar yang selamat dan boleh digunakan lebih lama, Nokia G10

Mempersembahkan daya tahan dan keseimbangan yang sempurna melibatkan segala keperluan telefon pintar anda, Nokia G10 didatangkan dengan hayat bateri bertempoh 3 hari dengan kapasiti berjumlah 5050mAh – iaitu yang paling lama bagi telefon pintar Nokia. Pastinya, anda boleh melakukan tugasan harian anda tanpa mengkhuatirkan tentang situasi bateri telefon bimbit anda. Biarpun bagi tujuan tutorial dalam talian, mencipta konten untuk media sosial, atau menyertai majlis graduasi virtual ahli keluarga anda, nikmati sebuah pengalaman yang lancar lagi sempurna dengan Nokia G10

Kami memahami bahawa daya tahan bukan sahaja melibatkan keteguhan eksterior peranti bimbit anda. Oleh itu, Nokia G10 menjanjikan pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun untuk memastikan data anda dilindungi, termasuk pengemaskinian sistem operasi secara percuma selama dua tahun. Ia akan memastikan anda dilindungi daripada ancaman perisian hasad dan kegiatan pancingan data yang semakin berleluasa di negara kita. Ia turut digandingkan dengan keupayaan sekuriti Nokia yang dinaik taraf, menerusi fungsi nyahkunci wajah dan cap jari di sisi, termasuk skrin paparan yang mengagumkan, dan kamera yang diperkayakan oleh AI untuk memaniskan lagi detik-detik yang dirakam. 

Nokia G10 mempersembahkan teknologi berkualiti tinggi yang mampu kekal relevan lebih lama berserta dengan inovasi yang praktikal, sedia untuk diakses oleh semua.

Mendefinisikan semula nilai dan daya tahan dengan Nokia C-series terbaharu

C-series memperkenalkan teknologi telefon pintar berkualiti tinggi yang dapat diakses oleh semua golongan. Anggota baharu dalam kelas aras permulaan ini membawakan pelbagai fungsi yang digemari ramai seperti skrin paparan HD+ 6.5”, diikuti dengan janji daya tahan dan sekuriti oleh Nokia

Di samping itu, C-series juga hadir dengan Android 11TM (Go edition), yakni 20% lebih pantas, dan merangkumi ciri-ciri sekuriti yang ditambah baik, serta pengemaskinian sekuriti setiap suku tahun selama dua tahun, sekali gus menaik taraf lagi pengalaman pengguna. 

Tampil dengan gubahan Nordik yang menghiasi semua telefon pintar Nokia, C-series memadankan aspek kebolehgunaan dengan gaya, menjadikannya telefon pintar pertama yang sempurna bagi golongan remaja yang trendy, ataupun sebagai peranti sandaran untuk melengkapi gaya hidup aktif anda.

Menjanjikan kualiti bagi semua generasi dengan telefon asas Nokia yang terbaharu

Ringkas dan padat. Jika anda sedang mencari peranti berkualiti yang efektif dan mudah untuk digunakan agar anda dapat kekal terhubung dengan insan kesayangan anda, maka pencarian anda telah berakhir. Nokia 110 4G dan 105 4G disokong dengan sambungan 4G, ia memastikan telefon bimbit yang asas ini mampu menerima suapan yang laju, agar perbualan anda tidak terganggu. 

Dirumus untuk memudahkan penggunaan, selain dimuatkan dalam gubahan moden yang baharu, kedua-dua model hadir dengan fungsi panggilan suara HD, menu yang diperbaharui, serta pelbagai aplikasi dan permainan video, ia merupakan perintis dalam pasaran telefon asas. Dengan panggilan HD VoLTE, keupayaan keterhubungan dan hayat bateri yang lebih baik, telefon asas Nokia ini boleh dijadikan sebagai hadiah bagi insan kesayangan kita yang lanjut usia, ataupun sebagai pendamping yang sempurna ketika anda mengembara ke lokasi terpencil. 

Kami menjanjikan peranti yang anda akan sukai, percayai dan guna untuk jangka waktu yang lama menerusi enam model yang menarik daripada Nokia.

Harga dan ketersediaan
Nokia G10 - Shopee Lazada
Nokia C20 - Shopee Lazada
Nokia C01 Plus -   "      "
Nokia 110 4G - "      "
Nokia 105 4G - "     "

Sila layari laman sesawang kami di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk kami.

Kunjungi laman Facebook Nokia dan kedai dalam taliannya di Shopee dan Lazada untuk perkembangan terkini mengenai produk dan promosi baharu.

###

About HMD Global

Headquartered in Espoo, Finland, HMD Global Oy is the home of Nokia phones. HMD’s mission is providing accessible connectivity for everyone. HMD designs and markets a range of smartphones and feature phones and an expanding portfolio of innovative service offerings.  With an on-going commitment to security, durability, reliability, and quality across our range, HMD is the proud exclusive licensee of the Nokia brand for phones and tablets. For further information, see www.hmdglobal.com.

Nokia is a registered trademark of Nokia Corporation. Qualcomm and Snapdragon are trademarks of Qualcomm Incorporated, registered in the United States and other countries. Qualcomm Snapdragon is a product of Qualcomm Technologies, Inc. and/or its subsidiaries, registered in the United States and other countries. Google, Google Photos, Android and Android One, are trademarks of Google LLC. All specifications, features and other product information provided are subject to change without notice. Variations on offering may apply. Check local availability.

Post a Comment

0 Comments