PESTA KOPI KL X BLUES VALLEY JAM


KUALA LUMPUR, 25 November 2021 - Tempatan Fest ditubuhkan pada 2013 dengan objektif utama untuk mempertengahkan inisiatif usahawan tempatan dalam pelbagai bidang yang menonjolkan seni dan kreativiti baik dari bidang seni grafik, fesyen jalanan, muzik mahupun kulinari dengan penganjuran tahunan seperti Tempatan Fest, Tempatan Stage, Tempatan Kitchen dan seumpamanya. 

Kekangan akibat pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 memberi impak yang sangat besar bagi semua usahawan ini. Pengoperasian semula pelbagai sektor ekonomi membuka ruang bagi Tempatan Fest yang diketuai oleh Seir Rashid untuk kembali aktif meneruskan usaha yang telah dimulakan sejak penubuhannya. 


Untuk kali ini, Tempatan Fest akan menganjurkan dua acara - Pesta Kopi KL & Blues Valley Jam

PESTA KOPI KL 

Pesta Kopi KL akan diadakan pada 4 & 5 Disember 2021 dengan kerjasama Pasar Seni. Selama dua (2) hari, usahawan kopi tempatan seluruh negara berkumpul untuk mempersembahkan produk minuman kopi masing-masing serta menunjukkan pelbagai cara dan seni penyediaan kopi.

la akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 9 malam di Kasturi Walk, Pasar Seni dan akan dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan.


Antara aktiviti menarik sepanjang acara dua (2) hari tersebut adalah 

1. Persembahan kumpulan buskers, artis indie dan beberapa artis ternama.
2. Demonstrasi penyediaan kopi dan demonstrasi alat-alat penyediaan kopi oleh para vendor.
3. Jualan barangan penyediaan, aksesori dan produk kopi.

Pesta Kopi KL ini tidak dapat dijayakan tanpa sokongan pihak-pihak seperti Pasar Seni, Kinabalu Peaks, Peminat Kopi, Sekolah Kopl, Zenia Coffee dan Rasta Brew sebagai Rakan Strategik, Avenue J Hotel sebagai Hotel Rasmi dan The Rakyat Post sebagai Media Rasmi. 


BLUES VALLEY JAM

Blues Valley Jam adalah acara konsert bertema alam sekitar kerjasama antara Blues Gang dan Tempatan Fest. la tercetus sempena sambutan ulang tahun ke-48 Blues Gang bukan saja sebagai ert ulang tahun tetapi juga dengan harapan ia menjadi acara tahunan dalam menyemarakkan rasa cinta dan peduli kepada kelestarian alam sekitar. 

Untuk kali ini, acara ini akan diadakan secara maya pada 28 Disember 2021 bermula jam 4 petang sehingga 11 malam di laman rasmi Blues Gang - www.bluesgangofficial.com 

Sesi Sidang Media Pesta Kopi KL X Blues Valley Jam

Orang ramai yang berminat boleh membeli pas tontonan berharga RM22 (termasuk caj perkhidmatan) di laman yang sama. 

Antara artis yang akan menjayakan Blues Valley Jam kali ini adalah :

1. Lord (The Boys)
2. Pitahati
3. Sons Of Adam
4. Andy (Flop Poppy) 
5. Zip Zieller
6. Blues All Stars 

Blues Valley Jam dijayakan dengan sokongan Sabasun HyperRuncit sebagai penaja utama. 

Pesta Kopi KL
Facebook: Pesta Kopi KL
Instagram: @pestakopi

Tempatan Fest
Facebook: Tempatan Fest
Instagram: @tempatanfest

Post a Comment

0 Comments