Kuala Lumpur, Rabu, 24 November 2021 –Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) untuk bekerjasama dalam membuka laluan kepada lebih ramai bakat Bumiputera untuk menjadi Chartered Banker.
MoU itu ditandatangani hari ini oleh Kol. Bersekutu (PA) Ts Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju dan Encik Edward Ling, Ketua Eksekutif AICB, disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid dan Tan Sri Azman Hashim, FCB , Pengerusi AICB.
Di bawah kolaborasi itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membangunkan saluran yang mampan bagi Chartered Banker Bumiputera melalui program Peneraju Profesional Chartered Banker. Setakat kini, seramai 25 peserta sedang mengikuti program tersebut.
Sesi menandatangani memorandum Persefahaman antara Kol. Bersekutu (PA) Ts. mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju (kiri depan) dan Edward Ling, Ketua Eksekutif AICB (depan kanan), disaksikan oleh YB Datuk Mastura Tan Sri Dato' Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) dan Tan Sri Dato' Azman Hashim, Pengerusi AICB
Selain daripada kelayakan Chartered Banker, Yayasan Peneraju menyasarkan untuk mendaftarkan 400 profesional untuk pelbagai pensijilan di bawah Perkhidmatan Kewangan & Perniagaan pada 2022, termasuk Certified Internal Auditor (CIA), Chartered Financial Analyst (CFA), Certified Shariah Practitioner (CSP), dan Certified Shariah Auditor (CSA).
Datuk Mastura berkata Yayasan Peneraju telah memperluaskan pensijilan profesional yang ditawarkan di bawah teras Peneraju Profesional untuk menggalakkan penyertaan bakat Bumiputera dalam industri dan kerjaya yang relevan. Ini adalah untuk memastikan tenaga kerja Malaysia yang baru memasuki pasaran kerja mampu memenuhi keperluan organisasi, yang terus berkembang hasil daripada inovasi digital, integrasi serantau dan peralihan demografi pelanggan.
“Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, matlamat utama Yayasan Peneraju adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, TVET, profesional, teknologi dan pensijilan spesialis.
Berdiri (Dari kiri) YB Datuk Mastura Tan Sri Dato' Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas)dan Tan Sri Dato' Azman Hashim, Pengerusi AICB. Duduk (dari Kiri) Kol. bersekutu (PA) Ts. mohd Muzzammil, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Edward Ling, Ketua Eksekutif AICB.
“Bilangan tenaga kerja Bumiputera yang diperakui sebagai Chartered Banker masih rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan berterusan dan permintaan sektor itu. Oleh sebab itu, sememangnya terdapat keperluan untuk penglibatan lebih ramai profesional Bumiputera dalam sektor kewangan dan perbankan untuk menangani jurang itu,” tambah Datuk Mastura.
Dengan kemunculan megatrend global seperti teknologi ‘disruptive’, peralihan demografi ke arah pembandaran yang lebih besar, dan penduduk menua, adalah penting untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan mahir dan profesional.
“Pemeteraian MoU hari ini menandakan komitmen kukuh Yayasan Peneraju dan AICB untuk membina saluran mampan bakat Bumiputera dengan kemahiran dan keupayaan yang selari dengan keperluan industri melalui program Chartered Banker dan melengkapkan bakat Bumiputera kita dengan kelayakan perbankan profesional yang diiktiraf di peringkat global dan jawatan profesional berprestij untuk terus maju dalam persekitaran perbankan global yang sentiasa berkembang,” kata Pengerusi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Tan Sri Azman Hashim.
Beliau juga berkata kerjasama itu memberikan peluang terbaik untuk bersama-sama mengembangkan fraterniti Chartered Banker yang kini berjumlah lebih 500 orang, dan seterusnya menanamkan profesionalisme dan integriti jurubank masa depan kita. Program Chartered Banker, yang dijalankan dengan kerjasama Chartered Banker Institute, UK, adalah piawaian emas dalam perbankan dan direka untuk melahirkan jurubank yang relevan dan berpengetahuan luas tentang industri yang merangkumi piawaian profesionalisme, kecekapan dan kelakuan beretika tertinggi, yang mana ia akan mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan mengesahkan semula komitmen industri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada masyarakat.
Beliau juga menambah, setelah tamat program Chartered Banker, seseorang itu boleh memperoleh MBA Chartered Banker dalam tempoh satu tahun melalui laluan singkat khusus yang ditawarkan oleh Asia Banking School dan Bangor Business School, UK.
“Agensi kerajaan seperti Yayasan Peneraju dan badan profesional seperti AICB perlu bekerjasama untuk memastikan kita terus melahirkan profesional berkualiti yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi yang pesat,” kata Datuk Mastura.
Dalam tempoh sembilan tahun sejak penubuhannya, Yayasan Peneraju telah berjaya melaksanakan pelbagai program pembiayaan meliputi program pembiayaan akademik, TVET, profesional, teknologi dan pensijilan spesialis, termasuk program perbankan dan kewangan yang sesuai dengan semua golongan Bumiputera bermula daripada lepasan SPM hingga pelajar universiti serta profesional yang bekerja dan menganggur. Hari ini, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih 40,000 penerima manfaat dari seluruh Malaysia melalui lebih 350 program pembiayaan.
###
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.
Untuk keterangan lanjut mengenai Yayasan Peneraju sila layari www.yayasanpeneraju.com.my
The Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) is the sole professional body for Malaysia’s banking industry. The Institute is governed by a council of representatives from Bank Negara Malaysia (BNM), The Association of Banks in Malaysia (ABM), and the Malaysian Investment Banking Association (MIBA). With over 32,000 members and growing, AICB aims to elevate professional and ethical standards in banking by creating a workforce with the highest standards of professional conduct, knowledge and competence through its professional membership and qualifications.
AICB is the only institute in Southeast Asia that is approved by the Chartered Banker Institute, UK, to award the Chartered Banker status. The Institute continues to support the growth of its members through innovative learning and by advocating professionalism, advancing thought leadership, and facilitating networking opportunities.
For more information on AICB, please visit: www.aicb.org.my
0 Comments