Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar, ubati kekecewaan peminat


Konsert sulung penyanyi Khai Bahar yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda lebih setahun ekoran penularan wabak Covid-19 selain aktiviti persembahan dan konsert tidak dibenarkan sepanjang pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita pembatalan konsert yang sepatutnya diadakan di Istana Budaya itu sedikit sebanyak mengundang kesedihan penyanyi yang mencipta nama menerusi aplikasi Smule itu. Apatah lagi, kebanyakan peminat sudah teruja untuk menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi di pentas ternama itu.

Namun, kekecewaan itu bakal terubat apabila Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin kembali menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar pada 12 Februari tahun hadapan.

Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama. 

Khai yang popular menerusi lagu “Bayang”, “Dari Jauh Saja”, “Luluh dan banyak lagi berkata, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.

“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik. 

Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.

Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya. Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini,” katanya.

Menurut Khai juga pemenang tiga kali kategori ‘Penyanyi Lelaki Popular’ pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) menyifatkan penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu dapat mengubat kerinduan dan kekecewaan peminatnya.

“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.

Post a Comment

0 Comments