PROJEK SAVE OPS BANJIR SUKARELAWAN YAYASAN PENERAJU DAN ALUMNI SHYFT BANTU MANGSA BANJIR


SELANGOR, 30 Disember 2021 - Sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), kelab bekas penerima faedah Yayasan Peneraju, Scholars of Yayasan Peneraju for Transformation (ShYFT) dan kelab-kelab / persatuan majikan turun padang membantu mangsa banjir di Hulu Langat, Selangor.

Ini merupakan salah satu inisiatif ShYFT tersendiri yang bekerja keras membantu mencuci dan membersih rumah-rumah penduduk di sekitar Taman Damai Batu 18 di Hulu Langat yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

Antara lain, mangsa yang terkesan merupakan keluarga bekas penerima faedah Yayasan Peneraju, adik Nurfatini Nasuha Mohd Naim.

Turut serta dalam misi bantuan kali ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Kol. Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail, dan saudara Izzat Syahmi, Presiden ShYFT.

###

Mengenai Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif yang memfokuskan kepada pengukuhan pembinaan kapasiti ke arah bakat Bumiputera yang mampan. antara objektif Yayasan Peneraju adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, pensijilan vokasional, profesional & pakar.

Post a Comment

0 Comments