KUALA LUMPUR, 13 Januari 2022 – Lebih dari 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union bagi melancarkan lagu tema usaha menyelamat mangsa banjir dan video muzik berjudul KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后.
Dengan kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan, dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat ‘Keluarga Malaysia’ dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
Lagu tersebut menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran – mengingatkan mereka “sesudah ribut, datangnya pelangi”.
Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu mangsa-mangsa banjir pulih dari bencana tersebut.
Baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.
KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后, Lagu Video Muzik yang terselit gambar mereka yang menolong antara satu sama lain semasa mangsa banjir besar di Malaysia masa itu oleh Rescue Union dan selebriti.
KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后 merupakan sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”.
Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.
Artis-artis yang terlibat ialah:
01 - Jack Lim (Penyampai radio My FM)
02 - Fu ying & Sam
03 - Henley
04 - Billy Ng
05 - Juztin Lan
06 - Ribbon Ooi
07 - Yumi Wong
08 - Puteri Lili Ayumi
09 - Aki
10 - Ky Tha
11 - Emely Poon
12 - Joey Kong
13 - Nick Ooi
14 - Regine Kok
15 - Kask
16 - Cindy
17 - Lenny
18 - Sunshine Aileen Devi Eric
19 - dan wakil Rescue Union yang lain
Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS).
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, ”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain. Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka”.
“Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir, FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ianya menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah. Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang. Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia,” tambah beliau.
Penerimaan baju hijau Rescue Union Volunteer Ketika di Majlis Penutup Perasmian Pelancaran Lagu Muzik Video KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后
Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECC) kini disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, bersama hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini.
Diantara terselit gambar mereka yang menolong antara satu sama lain semasa mangsa banjir besar di Malaysia masa itu oleh Rescue Union dan selebriti.
Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa. Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.
Diantara terselit gambar mereka yang menolong antara satu sama lain semasa mangsa banjir besar di Malaysia masa itu oleh Rescue Union dan selebriti.
Pengasas Rescue Union, Encik John Yap berkata, ”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini. Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir.”
Video Dihari Pelancara Rescue Union Kita Di Sisimu
Lagu Muzik Video Rasmi Disini KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后
###
Worldwide Wellness Club dan sekutunya berganding bahu untuk inisiatif philantropis, bersama-sama berkhidmat untuk keman.
0 Comments