Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 -
bagi pihak Radiance Studios Sdn Bhd, telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance Studios dan Yayasan Artis Veteran Malaysia pada 23hb Februari 2022. Majlis tersebut akan diadakan di Ballroom 2, Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur di 2.30 petang hari rabu.
Radiance Studios, sebuah syarikat pengeluaran di bawah Radiance Assets Berhad, sebuah syarikat pemegangan pelaburan Patuh Syariah sedang mencari untuk menjalin hubungan jangka panjang dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia.
Ketika bersama Kereta yang telah diterima oleh pihak Yayasan Artis Veteran Malaysia, Sumbangan dari Pihak Radiance Studios Sdn Bhd.
Yayasan Artis Veteran Malaysia adalah sebuah organisasi yang diwujudkan untuk membantu dan mempertahankan kesejahteraan Artis Veteran yang terlibat dalam pelbagai bidang seni industri hiburan seperti pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik dan penari.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman pada 23 Februari 2022 & Sidang Media
Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Yayasan Artis Veteran Malaysia bersama Pihak Radiance Studios Sdn Bhd.
Radiance Assets Berhad, menerusi anak syarikatnya Radiance Studios Sdn Bhd, merupakan syarikat korporat pertama yang mengangkat martabat artis veteran negara dengan mewujudkan kerjasama strategik dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia.
Pengerusi Eksekutifnya, Dr Mohd Ezman Zamani berkata, menerusi kerjasama itu, penerbitan Filem Pendek yang menawarkan pelbagai pengisian memberi peluang kepada artis veteran terbabit dalam Karya Seni itu.
#RadianceStudios #YayasanArtisVeteranMalaysia #ShortMovie #SunwayPutraHotelKL
0 Comments